Tuesday, June 16, 2009

Mee Rebus Tulang

Ni bukan la entri terbaru... Cuma nak share makanan last Saturday. Kadang2 ME cuma memasak weekend je. Kebetulan skrg ni tgh cuti semester. Memandangkan kelas pun xde... Maka tahap kerajinan tu tinggi sket le kan.

Ok... berbalik pada cite Mee Rebus Tulang ni.... My Lovely Mum yg request nak makan. Ape lagi kan... kite mulakan projek pada Jumaat malam.... Projek terawal ialah sesi merebus tulang lembu ni... Pagi2 Sabtu tu mula la buat kuah mee rebus ni... Kpd Mr Kwrshii... Jgn terliur ye melihat keenakan Mee Rebus Tulang ni....


Mangkuk ME pada pagi ituuuu.... Mesti ade tertanya2 nape ade jagung kecik ngan lobak merah tu kan. Ianya menjadi kegemaran keluarga... Maka kite stimkan aje... Masuk dlm mangkuk masing2. Jagung tu sebab dah byk sgt kat kebun tu.... Kite leh pilih ambik yg kecik2 jek.

Ok... ni pulak my 2nd plate petang tu.... Resipi ke? Ermmm.... mcm x rajin je nak menaip... nanti bila dah share kat MYR ME copy paste ye kat sini.... Ok... Mood dah sampai... untuk resipi.. leh la tgk kat bawah ni

Bahan-bahan ( ramai2 leh makan )
  • @@ Utk Mee @@
  • Sekilo Mee kuning
  • Taugeh, lobak merah, putik jagung, daun sup + daun bwg, cili hijau
  • 4 keping Tauhu putih (digoreng)
  • 4 biji Telur rebus
  • ## Utk Kuah ##
  • 1/2 kilo tulang lembu
  • 1/2 kilo daging lembu (campur yg berlemak sket)
  • Sekilo keledek sayur (warna kuning~rebus dan lenyek)
  • 2 labu bawang besar (ditumbuk)
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 5 batang serai (guna lebih sebab kat umah ade byk)
  • Seinci lengkuas (diketuk)
  • 3 sudu besar serbuk kari daging
  • 3 sudu besar taucu (x letak pun xpe)
  • 3 sudu besar udang kering
  • Minyak untuk menumis
  • Gula merah atau gula melaka
  • garam secukup rasa
  • 2 keping asam gelugor/keping


Cara-cara

  1. Rebus tulang dan juga daging sehingga empuk dengan menggunakan api yg perlahan dan air sebanyak 2 liter.
  2. Didalam kuali yg berasingan, tumis bahan2 tummbuk sehingga wangi dan kekuning2an. Selepas itu masukkan serbuk kari, taucu dan juga udang kering. Tumis sehingga menjadi paste
  3. Campurkan paste ke dalam periuk rebusan daging dan tulang tadi. Masukkan keledek yg telah siap dilenyek dan juga asam keping. Perasakan dengan garam dan gula merah.
  4. Bila nak makan tu. celurkan dulu mee kuning. Masukkan bahan2 sampingan yang kite suka tadi tu. Letak le seberapa byk kuah dan juga isi2 yg kite mau. Lupa la... Jgn lupa taburkan bawang goreng utk lebih bau dan rasa yg enak. Selamat Menjamu Selera

2 comments:

  1. Sedapnya risha......bila lah akak nak buat.....tukang tu yg susah nak dpt....lambat jer dah habis....

    ReplyDelete
  2. K.watie... Kalau kat melaka ni agak mudah mendapatkan bekalan daging lembu ni. Kat pasar pagi ataupun pasar malam ade di jual. Cuba akak tgk kat entry saya bulan Mei, ape-ape aje... kat situ leh tgk Lia ade snap pic kepala ngan kaki lembu gak.. wakaka :D

    ReplyDelete

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...