Saturday, January 12, 2013

Resipi Pad Thai

Okay... Masih mood cuti2 Thailand. Today breakfast was homemade Pad Thai. Very tasty and delicious street food at Siam @ Thailand. Just in love...
Pad Thai ni lebih kurang mcm kuey teow goreng la. Tapi rasa dia lain sket... Sebab byk guna bhn2 yg fresh. Yg betul2 masak dlm kuali tu cuma shrimp, egg, dried kueh teow (yg dah soak dlm air). Yg selebihnya fresh. Cecampak je atas pinggan. Byk gak bhn yg digunakan. Udang segar, udang kering, bwg putih, telur, chives, tauge, carrot, daun bwg, cili thai, sos pad thai (wat sendiri), limau nipis, kacang tanah yg berkulit (pagoda tu)... Ape lagi eik... Nanti kite update recipe k. Skrg byk misi. Wekend kannnn... Mau menjahit manikkk...

~published by iPhone~






Edited for resipi:

Bahan-bahan:-
  • sekeping Kueh Teow halus (beli yg kering pastu rendam dalam air panas 7-10 minit. Jgn smp lembik)
  • 5-8 ekor udang segar besar
  • sos pad thai (palm sugar, garlic, cuka, sos ikan, air asam jawa, chilies)
  • sebiji telur ayam
  • 4-5 pokok daun kucai  (potong panjang)
  • semangkuk taugeh kering
  • 1 sudu besar udang kering (sangai/goreng tanpa minyak)
  • 1-2 pokon daun bawang (potong panjang)
  • lobak merah (potong panjang ikut suka nak byk mana)
  • sengkuang (potong panjang ikut suka nak byk mana )
  • bawang putih (cincang)
  • kacang tanah (tumbuk kasar)
  • Cili padi potong
  • Kicap

Cara-cara masak:-

  1. Panasakan minyak sesudu besar. (guna minyak kacang tanah lebih sedap)
  2. Tumis bawang putih, masukkan udang dan ketepikan
  3. Pecahkan telur dan masak smp jadi scramble egg
  4. Masukkan kueh teow yang dah ditoskan selepas direndam dan lobak merah. Dan teruskan goreng kosong
  5. Masukkan sos pad thai 5-6 sudu.
  6. Akhir skali masukkan kucai dan taugeh. Gaulkan selama 1 minit.
  7. Angkat dan hidangkan.
  8. Hiaskan dengan kacang tanah tumbuk kasar, limau nipis, cili padi potong, sengkuang, udang kering sangai dan batang kucai & daun bawang.

No comments:

Post a Comment

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...