Sunday, January 13, 2013

Resipi Somtam

Menu hari ni... Somtam. Satu lagi streetfood yg popular kat siam sana tu. bebetul jatuh cinta dgn thai cuisine ni. Tapi awas... Tips klu mkn kat sana utk yg mkn pedas. Sila minta kurang pedas. Sebab kat sana, kurang pedas tp cukup pedas utk kite org2 kat Malaysia ni. 1st time mkn kat Bangkok, ok la sbb kwn yg keje kat sana order. Dia ckp siam, so kami mmg tatau la kan. x amek peduli. 2nd time mkn order sndr kat Chiangmai. MasyaAllah... dorang ni jual somtam ke cilikan mulut org ni? mkn 2-3 sudu jek. terus tinggal... Hehe... Hari ni xde betik muda atau mangga muda. Jadi kite tukar dgn JAMBU BATU. Tips jugak utk kacang tanah, dorang guna kacang tanah yg ade kulit tu. kite beli je yg dah siap bako ni. Kopek kulit, pastu tumbuk sket. Lapo2.... Jom mkn tghr

~published by iPhone~




Edited*** Resipi Somtam

Bahan-bahan:-
  • 1/2 biji jambu batu (biasa guna mangga muda/betik muda/epal)
  • 1 biji limau nipis
  • 1/2 biji tomato
  • 1 sudu besar udang kering
  • 4 biji cili padi merah
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1/2 batang serai
  • 3 hiris bawang besar
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu kacang (yg ade kulit tu... kopek & tumbuk kasar)
  • Daun ketumbar
Cara-cara membuatnya:-
  1. Tumbuk cili padi, bawang, udang kering, serai & gula
  2. Kemudian tomato, tumbuk ringan2
  3. Masukkan perahan limau nipis & sos ikan
  4. Gaulkan jambu batu yg telah dihiris tadi dan daun ketumbar
  5. Tabur kacang tanah
TIPS:-
  1.  Guna lesung kayu untuk menumbuk
  2. Kalau xde lesung kayu, guna je lesung batu biasa tapi just tumbuk ringan2 jek
  3. Tak perlu guna garam sebab sos ikan dgn udang kering dah masin
  4. Guna palm sugar lagi sedap berbanding gula pasir (resipi asal guna palm sugar)

No comments:

Post a Comment

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...