Tuesday, January 31, 2012

Nasi Lemak Sedap @ RnR Nilai Utara

Jika menggunakan lebuhraya utara selatan di waktu pagi, singgahlah di Hentian Rehat Nilai arah utara untuk menikmati sarapan nasi lemak Yang sedap. Kerana sering menempuhi kesibukan lalulintas lebuhraya tersebut seawal jam 6 pagi, maka hentian rehat ini dipilih untuk bersarapan. Gerai ini letaknya di hujung sekali berdekatan dengan tempat parkir kereta dan wakaf. Untuk menikmati nasi lemak sedap ini, waktu operasinya jam 7:30 pagi ye. Pagi ini bersarapan di sini kerana perlu menghadiri mesyuarat di Maju Tower. Harga nasi lemak seperti dalam gambar ini RM4.50 :)

Tips: Sepanjang laluan lebuhraya antara JB-Melaka-N9-KL dan patah balik semula, nasi lemak ini antara yang sedap & memuaskan hati. Harus cuba!!! (semua ini berdasarkan kekerapan berhenti rehat sepanjang 8 tahun sebagai pengguna lebuhraya utara selatan... Kekerapan menggunakan lebuhraya mencecah seminggu 2 kali kebelakangan lewat 2 tahun ini. Lain orang lain citarasa kan :D)

~published by iPhone~


Udang Bakar XXL

Jom mkn udang bakar... Udang bersaiz xxl ni rega agak murah la cuma RM55/kg je (masa tu la). Besar kan... 8 ekor je panjangnya mencecah pinggan bujur. Kali ni lokasi p mkn2 kat Medan Ikan Bakar, Crystal Bay, Alai, Melaka.


Monday, January 30, 2012

Ikan Senangin ~ Segar Dari Laut Selat Melaka

Jalan-jalan dan singgah di tepi Pantai Puteri, Melaka. Di sana ada nelayan2 kecil yang menjual hasil tangkapan laut secara segar. Sangat teruja sekiranya dapat membeli ikan segar dari situ. Ini ialah ikan senangin, biasanya kalau kat pasar mesti dapat yang dah merah. Alahai... Sedap ni kukus dengan asam boi. :)

Sunday, January 29, 2012

Orange's from China

Orange's season was synonym with New Year there. Fruits was sold everywhere and very cheap. We always have fruits inside our bag while hunting & surfing for new stuff. So big, sweet & tasty orange's...

~published by iPhone~

Rafael Nadal vs Novac Djokovic ~ Men's Single Final Australia Open2012

VAMOS RAFA!!!

Jom terbang ke Melbourne pulak skrg ni utk nenyaksikan perlawanan akhir tenis lelaki perseorangan antara Rafael Nadal (Esp) vs Novac Djokovic (Srb). Perlawanan berlangsung di National Tennis Court, Melbourne Park, Australia skrg ni yg diadili oleh main umpire Pascal Maria drpd France. Jom sokong Rafael Nadal... VAMOS RAFA!!!

~published by iPhone~




credit: Pix from other web

Sate Tulang ~ Minang Dishes

Haisyhhh!!! Biar betul ni? Sate Tulang? Cmne nk mkn? Kali ni menu jln2 & mkn2 kite ke Negeri Sembilan pula ye, kite mkn makanan minang. Ini kali ke-2 ke Retoran Bundo Kanduang, Dataran Senawang, N9 (dekat2 ngan Giant & Mc'D Senawang). Bagi yg stress harung jam kat PLUS highway tu, keluar la exit Senawang dan jalan terus je sampai jumpa Giant Hypermarket. Pastu masuk simpang tu menghala ke Mc'D & Domino's Pizza. Waktu operasi untuk sate ni dlm jam 5:30 ptg ke atas. Harga bagi secucuk sate tulang ni RM1 je. Jom makan2 & jalan2 :)

~published by iPhone~



Kanan: Sate Tulang
Kiri: Sate Daging Lembu

Yummy inside... Yeay!!!

Walaweh!!! So heaven having a slice of cheese cake for my breakfast. A few pix of them... Yummyyyyy

~published by iPhone~




Saturday, January 28, 2012

Pecel Lele Lamongan, Melaka

Untuk kawan2 yang mencari-cari tempat makan dan mahukan citarasa Indonesia bolehlah mencuba restoran Pecel Lele Lamongan ini. Letaknya di deretan kedai-kedai sebarisan dengan Kamdar & Giant Hypermarket di Kawasan Industri Batu Berendam, Melaka. Kali ini kita cuba pecel lele (ikan keli) bersama set nasi uduk. Apa yang menarik dengan set makanan ini ialah sambalnya yang membuatkan kita akan meneruskan suapan demi suapan tanpa menghiraukan kepedasannya (bagi yang sukakan pedas). Jom jalan2 makan2 :)

~published by iPhone~

Pesona Cheese Cake

I'm trying a new recipe from bloggers outside there. Such as a very popular simple cheese cake recipe nowadays which is Pesona Cheese Cake. To the owner recipe Ryo (a popular Deejay from Sarawak), I'm so sorry because do a little bit changer from yours. Just having double stuff Oreo biscuits instead of Mery biscuits in my stock, so the results is.... WALAWEHHH!!!

~published by iPhone~

Roti Canai Kayu Arang, Melaka

Sarapan di mana cuti2 hujung minggu??? Kali ni kita cuba satu lagi kedai makan yang menjual sarapan. Menu yang menarik perhatian ialah roti canai kayu arang. Kelainan kali ni ialah roti canai tersebut dimasak menggunakan dapur kayu. Bila roti canai tersebut sampai kat kita, ada bau2 kayu sikit. Macam zaman dulu2 pulak kan. Kedai ni, roti canai & kuah dah dia pun sedap. Menu lain yang ada macam nasi lemak berlauk, soto, lontong, kuih muih & pelbagai lagi. Jika ingin berkunjung, lokasi kedai ni letaknya bersebelahan dengan stesen minyak BHP sebelum simpang ke Bachang di Lebuh AMJ menghala ke Bandaraya Melaka. (simpang sebelum jambatan di Melaka Sentral & Tesco)

~published by iPhone~



Stok kayu bakau

Makcik tengah tebar roti canai & masak atas dapur kayu


yeay!! roti sardin dah sampai

Sakura Fuji Restaurant, Shah Alam

Salah satu tempat makan kesukaan bila ke Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam ialah restoran makanan Jepun iaitu Sakura Fuji. Untuk makan malam, waktu operasinya ialah dari jam 6:30 petang hingga 9:30 malam. Kali ni makan set mee udon dengan udang tempura, set nasi, salad, tempura udang serta unagi no kobayaki (grilled eel). Pencuci mulut yang diberi ialah aiskrim perisa teh hijau (macha ice cream) dan air berkultur Yakult. Pilih tempat duduk meja Jepun sambil boleh lepak2 :)

~published by iPhone~


mine


also mine



Thursday, January 26, 2012

Liuhua Lake Garden, Guangzhou, China

We're on our trip to Guangzhou & Shenzhen, China... hunting some new product for our small business. Here just a few pix sunrise & sunset from our mansion while 6 days there. Happy with winter season there. The wind was a little cold but it felt nice. It was carrying winter fragrance. So nice :)

~published by iPhone~


Sunset

Late evening

1st morning in Guangzhou


Last morning in Guangzhou

Sunday, January 22, 2012

Manik 3D ~ Bunga Matahari Merah

Masih bercerita mengenai manik. Kali ni kita update di waktu yg senggang berkaitan upahan jahitan manik semasa kesibukan tempohari. Balik dari bercuti di Guangzhou tempohari, keadaan kesibukan tidak mengizinkan utk update mcm2 cerita. Antaranya ialah kesudahan manik 3D ini. Berjaya menyiapkan selepas seminggu blk bercuti. Tuan baju minta dicepatkan. Selain drpd lengan baju & bawah baju beliau juga minta supa jahit motif yg sama di tudung. Hasil berpuas hati, beliau setuju dengan upah yg dikemukakan. Alhamdulillah :)

~published by iPhone~


Bawah baju... nice :)


Lengan & Bawah baju



motif yg sama atas tudung

Saturday, January 21, 2012

21.01.2012 ~ Hepi Bestday @ TGI Friday, Pavillion

My Sis belanja mkn2 kt TGI Friday sempena birthday husband dia aka my abg ipaq. TQ la sis... Best tempat ni, mknan pun best & portion besar. Selain tu staf pun bagus. Kite buat surprise cake dgn bantuan staf TGI kat situ. Satu restoran nyanyi utk abg ipar. Hehehe... Layan

~published by iPhone~

Surpriseeee!!!



Masa ni budak2 TFIF ni tgh nyanyi2



My plate: Grilled Lamb


Dah sudah... jom balik

Upgrade Baju Lama Dengan Manik

Kesempatan waktu senggang bila tak ada org upah jahit manik maka kita upgrade baju sendiri yg lama atau dgn kata lain "dulu x sempat nak jahit". Hehehe... Ape2 pun boleh lah kan janji hasilnya menarik & cantik.

Kali ni kite jahit crumble mutiara di leher utk baju yg corak pelangi & crumble kristal manik lengan baju purple pink kosong tu. Untuk tahun ni, tempahan manik raya dibuka sehingga sebulan sebelum raya ye :)

~published by iPhone~


Crumble Mutiara


Crumble crystal manik

Tuesday, January 10, 2012

Bila Medium Pancaindera Terganggu

Cermin mata adalah satu medium perantaraan bagi pancaindera mata yang rabun. Baru2 ini cermin mata telah pecah kerana kelalaian diri sendiri. Memyesal pun tiada guna, salah diri sendiri. Mula menggunakan medium ini sejak 17 tahun yang lepas. Pelbagai jenis & jenama untuk medium ini telah digunakan sehingga kini. Jika tiada benda alah ni, nak memandu pun main agak2 je. Tak boleh nak membaca waima di skrin komputer juga. Arghhh!!! Sangat2 terganggu. Tidak memilih untuk menggunakan lensa kanta lengkap kerana kurang rajin untuk bangun pagi2 menguruskan, selain kanta lekap juga tidak boleh digunakan untuk jangkamasa melebihi 18 jam serta tidak tajam penglihatan kerana kesilauan yang tinggi. Ermmm :((

~published by iPhone~

Saturday, January 7, 2012

Bentley at Shenzhen, China

Once upon a time when have a business trip there. Just love that moment. Bentley!!!




Dream to have it :)

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...