Showing posts with label Ape-ape Jekkkk. Show all posts
Showing posts with label Ape-ape Jekkkk. Show all posts

Thursday, December 12, 2013

Nak Jugak... Sinar FM

Pagi2 ni... Masa otw nak pegi keje... Member wassup suh dgr radio Sinar FM... gigih le juga cari frekuensi Sinar FM tu... sebabnya jarang benor dengor radio tu. Asyik iklan jek. Maleh...  Hahaha... Kisahnya pasal NAK JUGAK... mcm menarik jek... mcm best jek nak dgr... hahahaha...

Skrg ni rasa sgt annoying dgn sorang member skolah lama tu... aigooo... menjengkelkan betul la... Org ade silk dia pun nak jugak... Mslhnya... org beli silk bila travel2... beli sbg kenang2an. Lps tu x beli dah kain2 kat sini... sbb byk stok x jahit... Dia gigih p kirim pulak ngan org lain... semata2 NAK JUGAK... Ape mslh tatau minah sorang ni. Yg jadi sgt annoying tu... Bila kite ade, baru la dia sesibuk nak p kirim kat kwn2 dia p beli gak.. Kesian betul bila igt2 balik perilaku nya... Gambo yg kat bawah ni semua hasil Encik Google jek... Bukan gambo sendiri... TQ yg share kat Google :)

Thai silk, Korean silk, Myanmar longyi & lace



  Sulam tangan bunga melati isi, Vietnam silk, China silk & sulan tangan bunag suji (Bukittinggi, Indonesia)


Lom le halnya lagi kalau pasal shawl ke pashmina ke chiffon halfmoon ke... Adoiyaiiii... Mmg suka pakai shawl... tambah lagi kalau travel... SEBAB? Senang kekdahnya... Ade 2 sebab... Kisah lanjutnya nanti entry psl shawl. Hehehe... Kdg2 kite travel tempat xde iron/seterika. Nak anto laundry mcm pepoyo jek. Kala kite guna cotton shawl or silk shawl, kite dah x perlu sibuk2 cari iron dah,,, Hehehe... Satu lagi, kdg2 kite pegi travel tempatnya berabuk, jadi... Shawl tu boleh bertukar jadi niqab :)
Lepas dah tau perangai nya begitu... Mmg ler maleh nak sembang2 dah kalo dia tanya beli ape balik dr travel. Xde ler nak citer beli batu permata kat Myanmar ke, beli tanaka ke, silk shawl ke.. bla2...

Sekian dulu bebelan pagi ni... kikiki :P



Monday, December 24, 2012

Berbaloi di Guardian

Petang tadi (smlm la kot. Sbb ni dah hari lain... :P) sempat singgah ke Guardian. Hajatnya nak beli nail clipper jek. Tapi boleh pulak terpengaruh tgk harga yg rata2 tgh diskaun 15% tu. Jd beli la selsun blue yg pakej skali 200ml & 120ml ni rm34++... Berbaloi kotttt... Bila sampai kat cashier. Dia kira 2 brg je dah lebih rm50. Pastu dia ckp dpt voucher rm5. Kalau barang yg lain ni lebih rm10 leh redeem masa ni gak. Ok! TQ la kat guardian sebab wat sale mcm ni. Selsun blue + 2 brg scholl & bedak ni jumlahnya cuma RM68 jek. Berbaloi betul singgah tadi. :)

~published by iPhone~



Thursday, June 21, 2012

I need some rest

After a few day rushing, busy & stressed with many hassles... I need some rest. My planning tonite... Going back to my home. And do some theraphy... Arghhhh!!! So many numbers need my attention today... If I got all that millions? So heaven...

**credit pix to yahoo images

~published by iPhone~







Tuesday, April 17, 2012

Pasar Besar, Melaka Sentral

Hari Ahad yg lepas, pegi ke pasar sini utk beli brg2 basah. Kat sini mcm kat psr2 lain juga, mcm2 hasil laut, kolam, pertanian moden, kampung, buah2an serta brg2 dapur yg kering. Kali ni cuma nak kongsi pasal nenek yg dlm gambar ni. Nama dia x tau sbb x penah tya. Tapi dia jual nasi lemak, kuih muih kdg2 ade jagung juga. Nenek ni dah lama niaga. Sejak kat pasar lama lagi dah ade dia ni. Trademark yg paling best dia akan jerit "NASI LEMAK... KARIPAP... DONUT DIK..." Suara dia akam bergema mengatasi suara peniaga2 lain. Seronok tgk dia niaga. Lokasi makcik ni di pintu besar kat tgh2, dia duduk sblh escalator naik ke tingkat atas. ❤

~published by iPhone~

Friday, March 16, 2012

Episod Duka

Alhamdulillah... Akhirnya, kenderaan beroda pat ni pulih gak drpd episod kedukaan. 3 bulan lebih dpt cuti & duduk dlm ward oleh krn tuan dia x cukup $ nk beli sparepart baru. Sedih tu x tau la nk cerita cmne bila otak/jantungnya rosak. Ribu2 nak cari sblm boleh operation. Hehehe... Ape yg rosak? ECU keta ni rosak. ECU ialah Electronic Control Unit yg berfungsi sebagai menguruskan enjin secara keseluruhan serta mengatur bekalan bahan bakar dan udara kemudian pengapian.

Alhamdulillah dgn berkat usaha Faisal yg merupakan mekanik di Hyundai ni, siap dah keta ni. Terima kasih ye Faisal yg dah 8 tahun setia menyelenggara keta ni. Sempat juga tukar pemegang pintu yang patah tu. Dia dah service bagi jadi longgar. Sy senang dgn mekanik ni sebab mmg dari mula beli dia yg bikin lebih 3/4 kali servis. Lagipun dia mudah berbicara & x lokek ilmu. Keta dah 8 tahun, sy masih setia service di pusat servis utama Hyundai.



Episod bermula gambar sebelah kanan tu... Sebab Hyundai x buat aircond, tu yg htr kat luar. Lepas je buat kat situ la mangkuk ecu tu wat hal. Pe boleh buat redha je la. Sementara nak tunggu $ cukup, rehat le keta ni. Pastu nak tau/sah ecu rosak je makan masa 2 minggu gak dak Faisal ni check. Kesian smp sakit2 blkg dia pasal menunduk check wiring keta 4 roda ni kan. Akhirnya gambar penuh ni, tu nampak kepala jek... Dia tgh last test.


Mangkuk ECU yg rosak tu mcm gambar yg atas ni... tu ade sekali no part dia 39110-02930 warna silver... yang ni memang untuk keta manual. Kalau guna keta auto lain no siri part ni. Yg bawah ni lak ialah G-Scan yg gunanya utk check segala mak nenek dlm enjin keta ni. Secara x langsung sy juga dpt bljr byk benda dr dlm benda alah ni melalui mekanik sy ni. Mangkuk G-Scan ni touch2 hokayyy... touch mcm galaxy note leh pakai ujung kuku. Si Faisal ckp, ingat tepon akak je ke leh touch2... wakakaka... hawau jekkk

Ok la... terima kasih banyak2 kat Hyundai Car Service Centre terutamanya Faisal & Miss Liew (minah ni selalu call ai utk updated). Paling banyak berjasa tentulah kat family sebab bagi guna keta spjg keta sy ni rosak x leh jalan kan. TQ my lovely dad & mom :)

~published by iPhone~

Friday, February 24, 2012

Groceries Shopping Spree

Tonight I'm having a valueable time with my mom for a month groceries shopping spree. While bz chatting with my best friend, I managed to grab some essential items. Thanks to Apple & WhatsApp for making our chat become more easier. Here was some photos that I took while shopping spree. Enjoy :)

~published by iPhone~

Thursday, February 23, 2012

Coffee Mug

Too much coffee drank during the courses... Love the shape of mug. Sweet!

~published by iPhone~

Sunday, January 29, 2012

Rafael Nadal vs Novac Djokovic ~ Men's Single Final Australia Open2012

VAMOS RAFA!!!

Jom terbang ke Melbourne pulak skrg ni utk nenyaksikan perlawanan akhir tenis lelaki perseorangan antara Rafael Nadal (Esp) vs Novac Djokovic (Srb). Perlawanan berlangsung di National Tennis Court, Melbourne Park, Australia skrg ni yg diadili oleh main umpire Pascal Maria drpd France. Jom sokong Rafael Nadal... VAMOS RAFA!!!

~published by iPhone~




credit: Pix from other web

Tuesday, January 10, 2012

Bila Medium Pancaindera Terganggu

Cermin mata adalah satu medium perantaraan bagi pancaindera mata yang rabun. Baru2 ini cermin mata telah pecah kerana kelalaian diri sendiri. Memyesal pun tiada guna, salah diri sendiri. Mula menggunakan medium ini sejak 17 tahun yang lepas. Pelbagai jenis & jenama untuk medium ini telah digunakan sehingga kini. Jika tiada benda alah ni, nak memandu pun main agak2 je. Tak boleh nak membaca waima di skrin komputer juga. Arghhh!!! Sangat2 terganggu. Tidak memilih untuk menggunakan lensa kanta lengkap kerana kurang rajin untuk bangun pagi2 menguruskan, selain kanta lekap juga tidak boleh digunakan untuk jangkamasa melebihi 18 jam serta tidak tajam penglihatan kerana kesilauan yang tinggi. Ermmm :((

~published by iPhone~

Wednesday, March 9, 2011

Jumpa Kawan Lama


Lama sudah tak berjumpa kawan2 masa belajar di UTM ni... setahun dah abes belajar, semua dah x de kelas hujung minggu terasa rindu pula... Kali ni dapat jumpa juga dengan beberapa orang. Yang disebelah kiri & kanan tu rasa2nya berkasih-kasihan... hihihi. Lepas ni p makan kenduri depa pulak la... Ni kenduri Wan & Zaila di Kg Tasek Tambahan, Ampang... Wan tempah 1200 biji moist chocolate mini cupcake. Jenuh juga menyiapkan tempahan yang banyak tu. Alhamdulillah siap juga. Tak dapat bergambar bersama pengantin sebab dorang lambat sampai. Dah jam 2 petang masih x sampai... jadi balik dulu la..

Ni pula kakak & anak sedara yang teman ke kenduri... bergambar bersama ibu pengantin masa dah nak balik... Terima Kasih Wan & Zaila :)

Tuesday, August 10, 2010

Pekan Rabu, Alor Setar

Ini bukan la cerita pasal kunjungan ke pekan rabu ye... ini adalah hasil tempahan makanan2 di Pekan Rabu, Alor Setar tu... Rindu betul dengan suasana di sana. Kebetulan sabahat semasa di UiTM Arau dulu masih menetap di Alor Setar, jadi senang nak tempah dengan dia. Rindu nak makan emping padi yang harum tu... kuah rojak Mak Bee, kuih bangkit santan yg putih berseri (pakai santan buah kelapa yang original tu...) lepas tu kuih karas, dan juga kuih ros atau juga dipanggil kuih goyang/loyang... Terima kasih Yusnita Wan Chik atas pertolongan menghantar terus ke rumah menggunakan G-Dex tu ye... lain kali akan ade tempahan lain... hihihi

Saturday, July 3, 2010

Sebulan Berlalu

Alhamdulillah... bertemu kembali kita setelah hampir sebulan tidak bersiaran. Tuan Rumah ni macam terlalu sibuk je kan. Dan sememangnya begitulah sibuk dengan pelbagai urusan untuk diselesaikan. Namun akan cuba untuk mengagihkan masa untuk semua. Dengan ini, jom kite cuci sikit pemandangan menarik waktu hampir senja ini. Kelihatan bulan di balik awan dan juga beberapa ekor burung bangau terbang kembali ke sarang. Aman damai dan tenang je... :-)

Saturday, June 5, 2010

Kek Sarang Lebah, Kereta Dilanggar Jiran & Berehat Selama Seminggu

Alhamdulillah... menjadi juga kek ni. Minggu lepas dah buat tapi x jadi sarang lebah, dia jadi sarang semut jek. Lubang tecik2 sangat, kira x jadi la senang cite kan rupa parasnya. Kali ni menjadi seperti yang dikehendaki dan menepati piawaian Kek Sarang Lebah. Kiranya lebah2 leh masuk la kan, x yah susah2 buat sarang dia dah. Hehehe... Dalam2 kegembiraan ni, berlaku kejadian yang menyedihkan tadi.

Lepas je siap membancuh kek ni dan menunggu masa peramnya. Merempit tengok cite The Lucifer kat CH303 tu. Malang tidak berbau, kereta kesayangan telah dilanggar oleh jiran semasa dia mengundurkan kereta dia. YA ALLAH... depan mata ni berlaku, berderau darah naik ke muka. X sempat cakap ape2 dengan jiran tu, cuma tanya kenapa pak cik langgar kereta saya??? Dan bila jawapan yang terkeluar daripada mulut dia hanya gelak ketawa dan dia cakap akan bayar kos baiki, terus je masuk ke dalam tanpa berkata apa2 dah dengan dia. Sebak di dada kerana tiada sebarang perkataan maaf pun yang diberikan. Terus biarkan My Lovely Dad uruskan hal2 tu. Masuk bilik terus nanges jek... Tak mampu nak berkongsi gambar kereta kesayangan. Sedih sangat... Menjaganya selama 6 tahun dengan elok2, org senang2 je langgar kereta tu. Tuan Rumah ni akan berehat selama seminggu kerana percutian & sedikit aktiviti kemasyarakatan akan dilaksanakan selama itu... Kepada rakan2 yang mencari tu... kat sini ditinggalkan Kek Sarang Lebah ni ya... Kecewa kerana dilukai oleh perlakuan jiran tu maka membawa hati yang lara selama seminggu, ataupun lebih di alam maya ini...

Friday, June 4, 2010

Tempat Membeli-Belah Terbaru ~ Kedai Pemborong Barang2 Bakeri Terbaru

Weeehhhaaa... ade tempat membeli belah terbaru la, besar lak tu... Ada 2 pintu kedainya. Seronok!!! Semalam masa dalam perjalanan ke tempat kerja, tertoleh ke sebelah kiri jalan ni. Masa tu gelap lagi sket sebab masih awal pagi. Jadi perjalanan balik ke rumah menoleh ke sebelah kanan pula untuk memastikan apa yang dibaca pagi tu betul. Jeng jeng jeng... hihihi... Jawapannya pasti la... Tempat membeli-belah yang terbaru akan dijejaki tidak lama lagi. Petang tadi dah sempat jadi paparazzi sekejap, skodeng dari jauh tempat tu. Sekarang ni masih dalam aktiviti punggah memunggah barang2. Nanti hari pembukaan harus menjejakkan kaki di sini ni. Hehehe... Dekat lak tu ngan rumah. Jadi sekarang ni dah ada 3 pesaing la kat Melaka ni pemborong barang2 bakeri ni. Bagus le, xde la dimonopoli oleh sorang je selama ni. 2 kedai pemborong ni dekat dengan rumah, manakala 1 kedai lagi dekat dengan pejabat (kedai ni yg monopoli dulu....) OK2... Kepada kawan2 di sekitar Melaka yang mencari2 kedai barang2 bakeri kan, jom kite buat bandingan sama2. Selamat membeli belah... hihihi :-)

Thursday, June 3, 2010

Watsons & Guardian

Bulan ni macam2 produk kesihatan dan penjagaan mahu dibelikan. Ade yg dah abes stok, dan ade produk2 baru yang harus ditukar. Banyak barang yang dicari xde dalam stok yang sempat shopping2 ari tu ialah Mederma untuk scar care, Sebamed ~ lipgloss, Salonpas ~ muscle pain dan juga Tiger Balm ~ nanti nak guna kalau pening2... Hihihi... Ade lagi benda2 alah yg nak beli tapi x de... iaitu Ginvera Hair Serum & Lorea'l moisturizer.

Thursday, May 20, 2010

Hari niiiii....

Jalan2 kat kedai jual barang2 bakeri tadi kan.... Terpedaya dengan panah penangan mata ini... Hehehe... Tadi macam nak beli 20 cups jek, tapi ntah le... x tau nak cakap cmne ngan diri ini. Nozzle tu lak, kalau boleh setiap kali pegi kedai tu nak beli satu untuk koleksi. Beli satu2 ni jadi mahal kan. Tapi kedai tu xde lak jual sume yg kite nak lepas tu kite pun x mampu lak nak membelanjakan utk tu jek. Untuk barang2 macam ni, kedai ni akan bagi 10% diskaun drpd harga asal. Minggu ni balik sana nak buat inventory barang2 bakers ni la... :D

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu

UMMI

BY HADAD ALWI & SULIS

Wednesday, April 7, 2010

Vanilla Ice Cream ~ Ubat Batuk

Sejak hari Ahad lepas tonsil mula membengkak... Jadi ape lagi kan... makanan asasi selama 3 hari ni ialah Aiskrim Vanilla...Kurang sket kebarangkalian utk mendapat batuk... tapi selsema la pulak jadinya... Adeh laaaa... Nak wat cmne kan, dah selsema makan le Panadol Soluble... Tapi eskrem ni x kira la, pagi ke malam ke dok balun makan aiskrim ni jek... Makanan lain x leh nak makan sangat le... Masuk je klua balik...huhuhu

Thursday, March 4, 2010

What Happen???

Weeehhhaaa....
what happen to my track suit zip??? huhuhu...
long time not wearing then those thing happen....
the lock zip was broken already... :D

Friday, January 29, 2010

Tanglung For Chinese New Year

weeehhhhaaa..... Tinggal lagi 2 minggu je lagi masyarakat berbangsa Cina di Malaysia ni akan menyambut Tahun baru... Mereka dah mula shopping2 tau... Isnin lepas ME keluar malam bersama my sis pegi Daiso, Dataran Pahlawan beli barang sikit. Dalam perjalanan balik tu... jumpa mereka2 ni tengah membeli belah di Jalan Bunga Raya :-)

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...