Ini bukan la cerita pasal kunjungan ke pekan rabu ye... ini adalah hasil tempahan makanan2 di Pekan Rabu, Alor Setar tu... Rindu betul dengan suasana di sana. Kebetulan sabahat semasa di UiTM Arau dulu masih menetap di Alor Setar, jadi senang nak tempah dengan dia. Rindu nak makan emping padi yang harum tu... kuah rojak Mak Bee, kuih bangkit santan yg putih berseri (pakai santan buah kelapa yang original tu...) lepas tu kuih karas, dan juga kuih ros atau juga dipanggil kuih goyang/loyang... Terima kasih Yusnita Wan Chik atas pertolongan menghantar terus ke rumah menggunakan G-Dex tu ye... lain kali akan ade tempahan lain... hihihi
No comments:
Post a Comment