Sunday, August 22, 2010

Nasi Kerabu

Alhamdulillah... kita selamat sudah menjalani puasa di bulan Ramadhan ini hari yang ke 12 hari ni... Nasi kerabu ni adalah menu berbuka semalam iaitu puasa hari ke 11... cuma lambat sikit updatenya... kesibukan menjahit manik2 comel untuk baju2 pelanggan... hihihi... Nasi Kerabu masakan sendiri daripada dapur rumah yang comel itu... berkongsi makanan bersama2 dengan seluruh kaum keluarga seramai 16 orang, kecuali adinda yang skrg praktikal jururawat di hospital Jitra dan juga kekenada 3 beranak di Cheras Perdana... x pe, nanti kite makan besar ye sebelum raya. Gambar kaum keluarga semua tak sempat nak amek la, sebab kelam kabut ngan anak2 sedara yg ramai itu... :-)

Nasi Kerabu

Ada pelbagai lauk pauk yang sempat dibuat/dimasak sendirian berhad... Penat juga masak bermacam2 jenis lauk ni kan. Mujurnya sesekali je memasak... Ade lauk ayam percik, ikan selar goreng celup tepung, telur itik masin, keropok ikan, solok lada, sambal tumis, sambal kelapa ikan, satar ikan, sayur mayur.... aikkk!!! mana pegi budu dengan air lada???

Nasi Kerabu

haaa... yang ni baru ade air lada dgn budu :-)
jom tengok segala macam lauk pauknya satu persatu
gambar nasi sahaja tak sempat amek... kelam kabut
dengan adik beradik dan anak2 buah yg ramai tu
mana yang sempat je amek gambo ni :-)

Ikan Selar Kuning Goreng Celup Tepung

disebabkan kat pasar masa beli tu xde jual selar kuning yg kecik,
jumpa selar yg besar ni je... terpaksa jugak la beli
daripada x de kan, elok la beli...
besar pun besar la... balik kite operate dia kasi kecik
hahahaha

Budu Cap Orang Kampung

Jauh import budu ni... dari kelantan
memang kirim dengan kawan masa dia balik kampung
stok budu kat rumah ni mmg la x penah surut
sentiasa ade jek...
budu ni sangat sedap la... terasa keenakan ikan bilisnya :-)


Air Lada

stok air lada dah abes... maka buat la sendiri.
Tumbuk cili x berapa lumat, letak cuka dan air sikit
jadik la kan... janji ade:-)

Telur Itik Masin

Kali ni sangat berpuas hati dengan telur itik ni
cantik berseri telur kale oren nya itu
pastu besar lak tu... sekata je semuanya

Keropok Ikan Parang

haaa... amek la... 1 besen gorengnya... maklumlah, keluarga besar
anak2 sedara semalam je dah 8 org
semua kecik2 belaka...
ni kegemaran dorang la ni kan

Sambal Kelapa Ikan

suka betul dengan kelapa ikan yang manis2 sket ni
cara masakan sedikit berbeza la dgn serunding ikan
yang biasa buat tu... yang ini kena goreng sket kelapanya

Satar Ikan

ketidak profesionalan terserlah... ade bungkus kecik, ade yg besau
boleh le tu kan... janji jadi bendanyanya... muahaha

Solok Lada

Walaupun xde lada ijau yang kale ijau muda tu kan,
jadik le pakai yg kale ijau pekat ni...
sedap ni... 1 sudu kecil je letak tepung jagung
nak bagi lekat jek

Ayam Percik

Ayam percik ni baru je lepas bakar... yang ni je Bonda
dengan Ayahanda bekerjasama membuatnya.
Siaplah membakar dengan arang.
Tak sempat nak amek gambau dah curah kuah
sedapnya... terasa hingga kini :-)

3 comments:

  1. oooo ramainya..eh lia ni orang kelantan ke?semuanya menu kelantan meleleh air liur makcik ni..selamat bersahur

    ReplyDelete
  2. fuhhh bestnya homemade nasi kerabu, baru la puas mkn. penah mkn yg kwn serumah buatkan mmg best la dr yg beli kt pasar mlm tu...bagi la sepinggan...

    ReplyDelete
  3. Cik>> lia bukan org kelantan cik... tapi menu2 kelate ni lia suka

    Umiey>> hihihi... best kan :-)

    ReplyDelete

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...