Monday, January 28, 2013

Bercuti ke Jogja - Hari Pertama

Entri kali ni ingat nak buat rempitan pasal travelogue yang tertunggak2 selama ari ni. Hanoi dgn Guangzhou tak pasti ingat lagi ke tak. Tapi kali ni kite cite dulu pasal cuti2 Jogja. Nama kalau ikut daftar negara dia Yogyakarta, Indonesia.

Kenapa pegi Jogja? Pegi dgn sape? Agak2 brp kos pegi sana? Mungkin ade yg akan terjawab persoalan tu dalam entri travelogue kali ni.

Pergi berdua jek dgn my bff Pija pada 25-28 April, 2012. Hampir setahun dah kot. Baru ade kesempatan nak menulis. Kami beli tiket masa Air Asia ade wat promo. Biasa la kan AA mmg slu wat promo. Kos penerbangan pegi balik dgn AInsurans, luggage pegi 15kg, balik 30kg jugak makanan pegi balik utk 2 org semuanya dalam RM550. Exact figure x igt. Penerbangan pepagi alam jam 7.00am mengambil masa selama 2 1/2 jam. Sebab tahun lepas hanya ade 1 flight je ke Jogja dari Kl setiap hari. Tapi tahun ni klu x silap dah 2 penerbangan. Sampai sana lebih kurang jam 8.30am pagi waktu sana. Naik kat LCCT turun kat Adi Sucipto Airport. Kami gunakan perkhidmatan Pak Supir Nizam yg jumpa kat forum cari (dia suh pekerja dia Pak Totok yg bawak kami). Cas yg dikenakan IDR500k/hari. Utk selama 4 hari kami di sana dia cas IDR1,600,00... Skrg ni bila tgk balik jumlah yg dikenakan. Agak mahal la. Huhu... sebab kalau kat http://www.yogyes.com/en/yogyakarta-car-rental/ ada yang boleh dapat IDR200k/12hours (kereta + supir). Berbaloi2 kan. Rugi aihhhh... Sampai sana, agak shocking sket, airport nya kecik jek. Tang nak amek luggage tu yg nyampah. Lama nau...


Sejak AA selalu buat promo, jarang dah naik MAS
tapi tiap kali nak travel, masih guna universal adapter ni :)


Tengah isi borang sebelum landing, nanti dah sampai imigresen sana, senang..


Candi Sari
ni tempat memula kami jejak kat Jogja ni
dekat je ngan airport tu... singgah sebelum ke mana2


Masjid Warna
Jalan depan sikit jek... jalan kaki jumpa Masjid Warna
ada satu keluarga tu menjalankan perniagaan ayam goreng
dorang wakafkan masjid ni
kedai ayam goreng tu, depan masjid ni je

ok... ni signboard yang di mana letaknya wilayah candisari tu


Candi Prambanan
lepas daripada singgah Masjid Warna dgn Candi Sari
kami pun pergi pulak Candi Prambanan
kami mmg sgt lapar masa ni, dah le panas
dah hujung jln kuar baru ada resto
cerita kat candi Prambanan ni next time kite cite


Hotel Ibis Yogyakarta
Kuar je dari Candi Prambanan, kami mintak Pak Totok hantar ke hotel
kami memilih untuk menginap di hotel Ibis untuk 2 malam
letaknya di Jalan Malioboro
turun2 je hotel mmg tempat shopping
rehat2 kejap dan tunaikan kewajipan... pastu petang ada aktiviti ke pantai


Pantai Parangtritis
menikmati sunset di sini... wahhhh! ramai betul orang kat sini
tapi masih damai, tidak terganggu
antara aktiviti dorang kat sini ialah main bola, berkuda, mandi manda
next entry kite share2 gambar sini juga ye 


 
Nasi Padang
yummy... nasi padang ni sedap
dah biasa masuk resto nasi padang, jd teruk amek campo jek
kalau berhidang tu bukan x boleh
tapi risau semua benda kami bedal kang. kikiki
kami makan di Rumah Makan Duta Minang
ni aktiviti akhir sebelum kami balik hotel dgn supir
lauk yg dipilih rendang minang sapi, telur lemak, pucuk ubi & sambel berlado
balik hotel, aktiviti sebelum tdo ialah explore Jalan Malioboro


Keseluruhan hari pertama di Jogja memang menyeronokkan, banyak pengalaman baru. Kota ini damai... walaupun kesesakan di merata2 tempat di bandar nya. Ramai sungguh tourist/pelancong/wisata yang dtg ke sini. Sebut saja lokal wisata atau dari negara luar. Tarikan utama di sini sudah tentunya banyak tempat2 yg disenaraikan sebagai objek wisata yg diiktiraf UNESCO

6 comments:

  1. Salam.....saya akan bercuti di Yokyakarta pada bln Mei 2013 nanti. Nak idea sedikit dari pengalaman saudari. Apa itienery yang paling baik untuk melancong selama 4 hari 3 mlm di sana. Bermula daripada airport Yokyakarta jam 10.00 pg. hingga ke airport semula pada hari keempat jam 2.00ptg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... Saya pun x tau nak cadangkan itenary cane. Main redah je pun... free & easy. Hehehe... mungkin dgn cerita2 sy ni nanti akan ade idea mana tempat u all leh p :)

      Delete
  2. Kena isi borang ape ye tu? Airasia yg bg je? Mana nak beli universal adaptor ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena isi borang... borang biasa kalau kite p oversea... declare dgn kastam & imigresen... travel adopter tu skrg byk ade jual. Kat giant, mydin, tesco pun ade... kalau pegi mcm parkson or aeon... pegi bhgn traveller

      Delete
  3. Salam...Saya akan cuba pi masjid warna tu..cantik teringat Moscow..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... caner ngan program ke sana? Sempat jejak x ke masjid tu? Hehe

      Delete

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...