Monday, January 17, 2011

Saree Silks For Sale .:Part 2:.

Tadi kita dah tengok 1st review kain sutera sari kan, kali ni kite tengok lagi sebahagian yang lain pulak. Macam yang telah dimaklumkan tadi, panjang setiap kain sutera sari ini ialah 6.25 meter manakala lebarnya pula 45 inci. Kalau jenis badan yang memang pakai 4 meter je utk buat baju kurung, lebihannya kalau ade anak kecil bolehlah dibuat baju baby tu... mesti comel kalau pakai sedondon kan. Kali ni kita tambah info sikit lagi, semua jenis kain yang dijual ini boleh dicuci tangan, tidak perlu dicuci dengan cucian kering.

Kod Item: NSC17
Harga: RM200/=

Kod Item: NSC15
Harga: RM200/=


Kod Item: NSC03
Harga: RM200/=

Kod Item:NSC05
Harga: RM200/=

Untuk tempahan dan belian, boleh lah email kepada Tuan Rumah ni di alamat mazaliamansor@yahoo.com dan nanti akan dapat butiran2 yang diperlukan. Penghantaran akan dibuat dalam tempoh 3 hari bekerja menggunakan POSLAJU Malaysia yang mana ditanggung oleh pembeli sendiri selepas bayaran sepenuhnya dibuat.

Saree Silks For Sale .:Part 1:.

Kembali lagi bertemu untuk sekian kalinya... Kali ini kite sembang2 dan test2 market di blog pula, untuk rakan2 yang berminat untuk membeli kain sutera sari dengan Tuan Rumah ini. Sebelum2 ni jual dengan rakan2 rapat di Facebook & pejabat sahaja. Jom kite review sket dulu kain2 sari yang ade ni. Berikut ni adalah 2nd attemp punya stok selepas 1st review dulu mendapat sambutan menggalakkan drpd kwn2. Gembira bekerjasama dengan rakan niaga yang merupakan sahabat baikku. Untuk pengetahuan semua, kain sari panjangnya ialah 6.25meter manakala lebar pula sama macam kite org Malaysia ni la buat baju kurung iaitu 45 inci. Jom tengok!!!

KOD ITEM: NSC11
Harga: RM200/=
Jenis Kain: Sutera Sari

Untuk tempahan dan belian, boleh lah email kepada Tuan Rumah ni di alamat mazaliamansor@yahoo.com dan nanti akan dapat butiran2 yang diperlukan. Penghantaran akan dibuat dalam tempoh 3 hari bekerja menggunakan POSLAJU Malaysia yang mana ditanggung oleh pembeli sendiri selepas bayaran sepenuhnya dibuat.

Sunday, January 16, 2011

Char Kueh Teow

Main masak2 Char Kueh Teow ni, masa tu balik rumah sana mengemas sebab dah janji dgn my best friend utk shooting Saree Silks from Chennai, India... Owh!!! Antara punca2 kesibukan ialah, Tuan Rumah punya perniagaan sampingan secara online & juga kpd kawan2... Nampaknya mcm mudah je kan, ye la meniaga kain... tapi prosesnya agak payah gak (mana de keje yg senang2... hehehe). Nanti la, seterusnya nanti kite akan cite2 sket pasal kain2 sutera sari ni...

Char Kueh Teow ni, isi perut dia ade udang buang kulit, kerang buang cengkerang (hahaha... tak leh blah betul), kucai, taugeh, telur... Masakan yang ringkas, sesuai la dgn Tuan Rumah yg x brp nak rajin kan. Asal pewut terisi sudah... Makan dengan cili padi potong & limau kasturi. Pinggan yg sebelah lagi tu yg nampak sipi2 tu ialah Siew Pak Choy Fried with oyster sauce :)

Thursday, January 13, 2011

Tempahan Cupcake .:Melaka:.

Walaupun kejadian ni dah sebulan berlalu, tapi nak kongsi juga di sini utk tatapan di masa hadapan... menerima tempahan cupcake ni sempena majlis perkahwinan anak kawan di pejabat semasa bulan Disember lepas. Betul2 abes exam yg terakhir, kakak ni pun tempah cupcake. Ini ialah kek coklat lembab yang dihiasi buttercream. Adik yang tolong ratakan buttercream, yg corak2 atas kek tu ialah kakak dia... hehehe... hasil yg tidak berseni sgt kan... boleh la :)

pengalaman pertama dia...hihihi... puas ngajo
tu le, kekecik dulu tgn tu tak bedong...
kejap selekeh... tapi boleh la
(ni gambo siang hari)


skodeng dia lak... ni lakonan semata2 ye...
dia nak sgt tekan bunga kale pink tu... tu yg kasi
bila dpt kat dia amek ko.... wakaka
menggigil2 tangan dia menekan buttercream
last2 kakak dia juga yg siapkan semua
(sampai ke malam buat benda ni)

Taraaa...
ini hanya la 1/6 drpd hasilnya... yg beratus2 tu...
jenuh menulis perkataan "Terima Kasih"
terasa macam kena denda ngan cikgu lak...
dolu2 kan, kalau kite salah mengeja,
cikgu denda suh tulis 1000 kali...
huhuhu... penat2
tapi... ape2pun...
Syukur Alhamdulillah dengan setiap rezekiNYA :)

Thursday, January 6, 2011

Lokan


Lagu 3 kupang, saku penuh padi
Enam ekor burung, duduk tepi kuali
Bila sudah masak, burung nyanyi saja
Tentu sedap makan, beri pada Raja

Raja dalam rumah, buat kira2....
(lepas ni ape eik???)

Kenapa pulak tiba2 lagu 3 kupang kan? Padahal makanan laut di atas ialah LOKAN bukannya KUPANG... hehehehe... Ini adalah gara2 lupa lirik seterusnya... kesian kan... jenuh dok ingat balik lagu rakyat tu... nampaknya sel2 perkembangan otak semakin mengecut...hahaha... makan sup anai2 byk kot...

Ini adalah lokan pandan, warnanya hijau sedikit berbanding lokan biasa yg berwarna kuning air + coklat cerah. Lokan ini sangat sedap dimasak sambal cili padi berserai. Lokan ni hidup di perairan pertembungan laut & sungai atau nama buku nya ialah MUARA... hehehe... harus berselut tempat tinggalnya. Kali ni jumpa lokan yang besar, beratnya adalah 80+- gram seekor dan besarnya ialah setapak tangan org dewasa. Sila abaikan tapak tangan yg gumuksss itu. Hehehe... Jadi, siapa2 yg berhajat bercuti di Melaka, jangan lepaskan peluang menikmati hasil laut seperti LOKAN ini ye :-)

Wednesday, January 5, 2011

5.1.2011 .:Hepi Besday Adik:.

Happy 20th Birthday untuk Maizatulakmar Mansor @ Adik... semoga menjadi hambaNYA yang mensyukuri nikmat2 yang diberikan, jadi anak yang solehah dan berguna kpd mak ngan bapa, jadi adik yg terbaek kakak2nya, menjadi jururawat yg bagus... Semoga ALLAH SWT merahmati perjalan hidupmu. Ni gambar masa dia tolong menyiapkan tempahan cupcake :)

Tuesday, January 4, 2011

Cuti2 Di Melaka

Walaupun ini adalah cerita lama iaitu semasa musim cuti persekolahan hujung tahun lepas, tapi masih juga mahu berkongsi cerita di sini untuk kenangan. Boleh dikatakan setiap kali musim cuti sekolah, DANIAL yang merupakan anak saudara ni memang akan balik ke Melaka. Seronok katanya cuti di sini. Lagi pula ada sepupu2 yang lain. Jom kite tgk apa aktiviti dia pada 6/12/2010 yang lepas :)


Danial & Mak Su
berlatang belakang kincir air di seberang sungai Melaka
Nasib baik ada makcik yang pandai selok belok jalan kan,
dapat la mengelak daripada melalui jalan2 yang sesak.
Untuk pengetahuan, jalan di Melaka kerap sesak semasa
cuti persekolahan. Ini berikutan Melaka menjadi tumpuan
pelancong dar dalam dan luar negara :)
Melaka Bandaraya Bersejarah
Melaka Bandaraya Warisan Dunia


Puas berjalan di siar kaki dari Jonker Street hingga ke hujung kapal.
Menurut sejarah, satu masa dulu, di muara Sungai Melaka ini merupakan
jeti dagangan yang menempatkan kapal2 dagang dari luar negara
yang berniaga rempah ratus, sutera dan sebagainya.
Replika kapal yang tersergam indah ini telah dijadikan
Muzium Samudera. Kapal dagang di zaman dahulu kala
memasuki Sungai Melaka melalui Selat Melaka yang sehingga kini
merupakan selat tersibuk di dunia. Besarnya saiz kapal dagang
dahulu kala adalah 3 kali ganda daripada saiz replika ini.


Penat jalan2, masa untuk makan.
Balik kita lalu jalan tepi pantai. Singgah di Pokok Mangga,
makan sate daging yang sedap berharga 30 sen je.
Danial & Mak Su sangat suka & gumbira.


Muka gumuksss yang gumbira :)

Monday, January 3, 2011

Alhamdulillah :)

Alhamdulillah... bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah penuh takzimNYA segala urusan telah dipermudahkan. Keputusan peperiksaan pun dah disahkan, sekarang tengah tunggu pengesahan untuk penganugerahan oleh UTM. Harap2 sesi konvokesyen bulan Mac nanti, akan tersenarailah nama ni...:)

Mohon ampun maaf kepada semua pengunjung blog kerana Tuan Rumah sangat sibuk. Sehinggakan nak menjemput sesi Kenduri Kesyukuran yang telah diadakan pada 1/1/2011 pun tidak berkesempatan di blog ini. Sesi kenduri kendara sempena Tuan Rumah abes belajar & juga berpindah ke rumah miliknya telah pun selesai dengan kehadiran kaum keluarga, saudara mara dan juga sahabat handai. :)

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...