Tuesday, January 4, 2011

Cuti2 Di Melaka

Walaupun ini adalah cerita lama iaitu semasa musim cuti persekolahan hujung tahun lepas, tapi masih juga mahu berkongsi cerita di sini untuk kenangan. Boleh dikatakan setiap kali musim cuti sekolah, DANIAL yang merupakan anak saudara ni memang akan balik ke Melaka. Seronok katanya cuti di sini. Lagi pula ada sepupu2 yang lain. Jom kite tgk apa aktiviti dia pada 6/12/2010 yang lepas :)


Danial & Mak Su
berlatang belakang kincir air di seberang sungai Melaka
Nasib baik ada makcik yang pandai selok belok jalan kan,
dapat la mengelak daripada melalui jalan2 yang sesak.
Untuk pengetahuan, jalan di Melaka kerap sesak semasa
cuti persekolahan. Ini berikutan Melaka menjadi tumpuan
pelancong dar dalam dan luar negara :)
Melaka Bandaraya Bersejarah
Melaka Bandaraya Warisan Dunia


Puas berjalan di siar kaki dari Jonker Street hingga ke hujung kapal.
Menurut sejarah, satu masa dulu, di muara Sungai Melaka ini merupakan
jeti dagangan yang menempatkan kapal2 dagang dari luar negara
yang berniaga rempah ratus, sutera dan sebagainya.
Replika kapal yang tersergam indah ini telah dijadikan
Muzium Samudera. Kapal dagang di zaman dahulu kala
memasuki Sungai Melaka melalui Selat Melaka yang sehingga kini
merupakan selat tersibuk di dunia. Besarnya saiz kapal dagang
dahulu kala adalah 3 kali ganda daripada saiz replika ini.


Penat jalan2, masa untuk makan.
Balik kita lalu jalan tepi pantai. Singgah di Pokok Mangga,
makan sate daging yang sedap berharga 30 sen je.
Danial & Mak Su sangat suka & gumbira.


Muka gumuksss yang gumbira :)

1 comment:

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...