Friday, July 12, 2013

Resipi lompat tikam & Tips

Bila bulan puasa... Balik dari terawih. Mcm dah lapar semula kan. Dessert terbaik ialah lompat tikam. Hari ni kite share resipi mudah2 je, lompat tikam tanpa pulut  warna merah tu. Kuih tradisi negeri Kelantan. Balik keje buat. Pastu sejukkan. Balik terawih leh mkn sesejuk. Yummmyyyy.... Resipi ini akan menghasilkan kuih yg agak byk juga. Leh bagi jiran2 juga. Simpan peti ais leh mkn 2-3 hari lagi. :)

Bahagian warna hijau:-
6 helai daun pandan
3 mug air
3 sudu besar gula pasir
1 mug tepung beras
1 sudu kecil pewarna hijau epal

Cara-caranya:- blender 6 helai daun pandan dgn 3 mug air. Tapis, amek air. Campur dgn 1 mug tepung beras & 3 sudu besar gula pasir & 1 sudu kecil pewarna hijau epal. Kacau bagi sekata. Baru buka api... Kacau smp likat & masak. Tuang dlm bekas. 

Bahagian warna putih:-
Sebiji kelapa parut
4 mug air
1 sudu kecik garam
1 mug tepung beras

Cara-caranya:- blender kelapa parut dgn 4 mug air dan tapiskan. Campur 1 mug tepung beras & 1 sudu kecil garam  bagi sekata. Baru buka api... Kacau smp likat & masak berkilat. Tuang atas bekas yg dah letak bhgn hijau tu. 

Tips:-
1. Tunggu kuih sejuk baru mkn. Baru nikmat
2. Guna gula kabung atau gula melaka
3. Guna kuali tak lekat atau kuali tebal masa masak... Guna kuali senang nak kacau. 
4. Gunakan whisk semasa mengacau. Nanti kuih jadi elok x berketul2
5. Masak guna api sederhana
6. Sentiasa kacau dan jgn tinggal atas dapur. Masaknya kejap jek.
7. Makan dengan pulut tanak @ kukus lagi sedap

1 comment:

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...