Pantai Parangtritis ni letaknya di Desa Parangtritis, wilayah Bantul ke arah selatan lebih kurang 30km drpd kraton Jogja (bandar Yogyakrta). Kalau penduduk setempat, mcm2 ritual (aktiviti khurafat) yang masih mereka jalankan di sini. Mcm2 kepercayaan mereka ni... Kalau ada yg masih ingat masa sebelum Gunung Merapi meletus pada Oktober, 2010 dulu... mereka ade menjalankan ritual bagi laut cool down kan gunung la... ape la. Kite tinggalkan aktiviti mereka yg begitu2 tu...
Pantai Parangtritis ni memang terkenal dengan scenery sunset... Ramai yang dtg menikmati matahari terbenam sambil membuat pelbagai aktiviti. Walaupun ada larangan supaya tidak mandi di laut ini, masih terdapat juga segelintir pengujung yg berbuat demikian. Ombak kat sini besar, yg pandai berenang pun boleh ditelan ombak. Ada berani? Antara aktiviti normal yg dorang buat kat sini ialah berkuda (ada tempat2 yg bau BUSUK sebab kuda ni sesuka hati je melepas kecik besar), lepak2 makan jagung bako, minum air kelapa, main ATV, main pasir (walaupun pasirnya xde la bersih sangat), main kejar2 & main bola sepak pun ade gak.
Sunset at Pantai Parangtritis, Yogyakarta, Indonesia
25.04.2012
we was here!
nampak syok jek minah ni ke hulu ke hilir dpn kami naik kuda ni
penjual air kelapa...
dan pengunjung yang melakukan pelbagai aktiviti
makcik jual jagung bako...
kami duduk santai2 depan dia atas tikar sementara tunggu jagung siap bako
ade 2 perisa, manis & pedas
Antara kuih muih tradisional yg dijual...
yg kuning tu mcm popia kat sini
yg bungkus dlm daun pisang tu... nasi+cendawan+ikan bilis (tatau mende kuih ni)
yg putih2 tu mcm pau... inti ape tatau
No comments:
Post a Comment