Saturday, June 5, 2010

Kek Sarang Lebah, Kereta Dilanggar Jiran & Berehat Selama Seminggu

Alhamdulillah... menjadi juga kek ni. Minggu lepas dah buat tapi x jadi sarang lebah, dia jadi sarang semut jek. Lubang tecik2 sangat, kira x jadi la senang cite kan rupa parasnya. Kali ni menjadi seperti yang dikehendaki dan menepati piawaian Kek Sarang Lebah. Kiranya lebah2 leh masuk la kan, x yah susah2 buat sarang dia dah. Hehehe... Dalam2 kegembiraan ni, berlaku kejadian yang menyedihkan tadi.

Lepas je siap membancuh kek ni dan menunggu masa peramnya. Merempit tengok cite The Lucifer kat CH303 tu. Malang tidak berbau, kereta kesayangan telah dilanggar oleh jiran semasa dia mengundurkan kereta dia. YA ALLAH... depan mata ni berlaku, berderau darah naik ke muka. X sempat cakap ape2 dengan jiran tu, cuma tanya kenapa pak cik langgar kereta saya??? Dan bila jawapan yang terkeluar daripada mulut dia hanya gelak ketawa dan dia cakap akan bayar kos baiki, terus je masuk ke dalam tanpa berkata apa2 dah dengan dia. Sebak di dada kerana tiada sebarang perkataan maaf pun yang diberikan. Terus biarkan My Lovely Dad uruskan hal2 tu. Masuk bilik terus nanges jek... Tak mampu nak berkongsi gambar kereta kesayangan. Sedih sangat... Menjaganya selama 6 tahun dengan elok2, org senang2 je langgar kereta tu. Tuan Rumah ni akan berehat selama seminggu kerana percutian & sedikit aktiviti kemasyarakatan akan dilaksanakan selama itu... Kepada rakan2 yang mencari tu... kat sini ditinggalkan Kek Sarang Lebah ni ya... Kecewa kerana dilukai oleh perlakuan jiran tu maka membawa hati yang lara selama seminggu, ataupun lebih di alam maya ini...

6 comments:

  1. salam lia,
    Kesiannya lia. sabar lia, ada hikmahnya. nasib baik kena ketea, bukan tuan keta, kan? Moga2 dipermudahkan segala urusan. akak numpang kek sarang lebah. besar sungguh sarang dia. menjadi lia buat... :)

    ReplyDelete
  2. Salam... terima kasih mendoakan lia. Kek sarang lebah ni kan, kali ke 2 buat. minggu lepas buat, tapi jadi sarang semut. hihihi... mgu ni buat, lupa lak nak bawa balik ke rumah mak ni mixer, jadinya... pakai tangan je pukul telurnya... alhamdulillah menjadi lak... jemput2 makan kek ni :D

    ReplyDelete
  3. Salam Lia. Anti-climax tul, tgh excited tengok kek yg besao2 lobang tetiba lak keta kena langgar... kalau Along pun frust gak. Kita org pompuan mmg cermat pakai keta kan. Nanti claim premium sekali, jgn kasi muka itu org sbb takda manner.... hehe... biar pueh hati... Bila dah lega2 nanti, please come back k...mmmuah!

    ReplyDelete
  4. salam lia..harap bersabar..kadang2 ada hikmah semua ni..tapi mmg tak patut jiran sebelah buat gitu tanpa kata maaf pon..wah cantik jadi kek sarang lebah ni..akak buat hari tu tak berapa sgt maybe sbb peram tak cukup lama hehhehe

    ReplyDelete
  5. Along>> spoil jek kan... dah le lia nak bercuti keesokkannya... nyampasss... langsung lia x nak amek tau pun. minta tolong bapa lia je uruskan. lia balik drpd bercuti smlm, nengok keta dah ok... alhamdulillah :-)

    ReplyDelete
  6. Kak Fida>> x pe le kan kak... ni ari lia... keta pun dah elok.. kek tu kan? kdg2 buat jadi, kdg2 buat x jadik... nape eik? de pantang2 ke kak? hehehe

    ReplyDelete

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...