Showing posts with label Udang. Show all posts
Showing posts with label Udang. Show all posts

Thursday, November 14, 2013

Bercuti ke Kuala Rompin - Endau - Mersing - Kluang ~ Kenangan Terakhir

Setelah agak lama berada dalam folder DRAFT.... Pagi masa 5-7 Julai, 2013... beberapa hari lagi nak puasa. Entry kali ni adalah kenangan terakhir kami bersama Allahyarham Ahmad. Di kalangan kami mmg pgl Pak Mad jek... Arwah telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini pada 2hb Ogos, 2013... Hampir sebulan selepas sesi menjejaki Kuala Rompin. Moga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yang beriman. Al-Fatihah... 

Salah satu jeti perikanan yang terdapat di Endau


Abah Lan, me, Su & arwah Pak Mad
duduk2 atas buai tepi pantai :)


Alhamdulillah... Kami berjaya menjejaki udang galah
makan2 session kat kedai Mak Ngah... pilihan kami udang galah gred AA
Sekilo dah siap masak RM70 (dapat dalam 4 ekor)
sebab kami berlima... makanya... lebih la sekilo
Sorang makan sekor jek... paling sedap tang kepala udang & otaknya
slurppppp... lembut gitu...
Ape yg kami makan???
Udang gred AA ni 5 ekor
Ulam 2 pinggan
Sambal Belacan 2 piring
Sayur kobis sepinggan
Sayur kacang panjang sepinggan
Nasi 5 pinggan
Air x igt ape dahhh
Semua sekali RM110... Berbaloi kan


Menjejaki sunrise di belakang rumah penginapan... bersebelahan jeti Tg Gemok


OK!!! Beli pulak udang nak bawak balik ke rumah
Setiap hari Ahad, ada pasar minggu yang besar di Kuala Rompin
Taraaa.... siap beli ais & polistren container
Baru la udang segar dpt smp dgn selamat :)

Kat Kuala Rompin pun ade sawah padi yang besar sgt...
mengikut kata kawan... org2 dari Kedah yg berhijrah ke sini yg mengusahakan
maka terhasil lah jelapang padi ni


Daripada atas bukit di Mersing... Nampak kan perbezaan tone warna laut :)


Menjejaki sunrise lagi di Tg Gemok


wlpun xde sunrise ala2 biskut cicah air...
jadi arrrr :P


Jeti ikan kat Tg Gemok


Buddies & colleugues

Saturday, January 12, 2013

Resipi Pad Thai

Okay... Masih mood cuti2 Thailand. Today breakfast was homemade Pad Thai. Very tasty and delicious street food at Siam @ Thailand. Just in love...
Pad Thai ni lebih kurang mcm kuey teow goreng la. Tapi rasa dia lain sket... Sebab byk guna bhn2 yg fresh. Yg betul2 masak dlm kuali tu cuma shrimp, egg, dried kueh teow (yg dah soak dlm air). Yg selebihnya fresh. Cecampak je atas pinggan. Byk gak bhn yg digunakan. Udang segar, udang kering, bwg putih, telur, chives, tauge, carrot, daun bwg, cili thai, sos pad thai (wat sendiri), limau nipis, kacang tanah yg berkulit (pagoda tu)... Ape lagi eik... Nanti kite update recipe k. Skrg byk misi. Wekend kannnn... Mau menjahit manikkk...

~published by iPhone~






Edited for resipi:

Bahan-bahan:-
  • sekeping Kueh Teow halus (beli yg kering pastu rendam dalam air panas 7-10 minit. Jgn smp lembik)
  • 5-8 ekor udang segar besar
  • sos pad thai (palm sugar, garlic, cuka, sos ikan, air asam jawa, chilies)
  • sebiji telur ayam
  • 4-5 pokok daun kucai  (potong panjang)
  • semangkuk taugeh kering
  • 1 sudu besar udang kering (sangai/goreng tanpa minyak)
  • 1-2 pokon daun bawang (potong panjang)
  • lobak merah (potong panjang ikut suka nak byk mana)
  • sengkuang (potong panjang ikut suka nak byk mana )
  • bawang putih (cincang)
  • kacang tanah (tumbuk kasar)
  • Cili padi potong
  • Kicap

Cara-cara masak:-

  1. Panasakan minyak sesudu besar. (guna minyak kacang tanah lebih sedap)
  2. Tumis bawang putih, masukkan udang dan ketepikan
  3. Pecahkan telur dan masak smp jadi scramble egg
  4. Masukkan kueh teow yang dah ditoskan selepas direndam dan lobak merah. Dan teruskan goreng kosong
  5. Masukkan sos pad thai 5-6 sudu.
  6. Akhir skali masukkan kucai dan taugeh. Gaulkan selama 1 minit.
  7. Angkat dan hidangkan.
  8. Hiaskan dengan kacang tanah tumbuk kasar, limau nipis, cili padi potong, sengkuang, udang kering sangai dan batang kucai & daun bawang.

Sunday, February 12, 2012

Nasi Dagang Beras Merah

Sarapan pagi tadi sempat masak nasi dagang. Beras ni dah beli lama, simpan je nanti rosak pulak. Kali ni msk gulai ikan dgn gulai udang. Nasi kukus mcm biasa pas tu buat jelatah. Agak selalu mkn nasi dagang ni sbb skrg dah mudah beli berasnya. Dah ade jual beras tu kat pasar :)

~published by iPhone~





set lengkap :)

Tuesday, February 7, 2012

Udang Geragau

Kalau pelawat/pelancong dtg ke Melaka, biasanya akan bawa pulang belacan dan cencaluk sbg buah tangan yg mana pembuatannya adalah berasaskan drpd udang geragau. Biasanya udang geragau ini kite boleh dapat di pesisir pantai ikut musim angin. Kadang2 kite boleh tengok banyak gerai2 kecil jual. Kalau jumpa gerai kecil ni, mesti berenti singgah beli. Udang geragau segar sangat sedap kalau kita buat cucur letak bawang, tauge, kucai atau daun bawang, cili cincang & telur.

~published by iPhone~

Tuesday, January 31, 2012

Udang Bakar XXL

Jom mkn udang bakar... Udang bersaiz xxl ni rega agak murah la cuma RM55/kg je (masa tu la). Besar kan... 8 ekor je panjangnya mencecah pinggan bujur. Kali ni lokasi p mkn2 kat Medan Ikan Bakar, Crystal Bay, Alai, Melaka.


Thursday, September 3, 2009

12 Ramadhan 2009 ~ Ape yg mak masak

Macam biasa la kan.... Ni menu berbuka posa. Kat umah mmg makan nasi le. Menu ni mak yang masak sepenuhnya.... Sebab masa balik keje smlm tanya mak.... dia ckp mak dah masak :-) Senang le kan... hehehe.... ME balik cuma buat kuah puding jek

Masak Lemak Perut + Pucuk Ubi
(mcm biasa la pucuk ubi petik kat blkg umah)
Sambal Tumis Udang
(balance yg sahur punya)

Ikan Kembung Masak Kicap
(original recipe mak yg masak....)

Wednesday, September 2, 2009

Sambal Tumis Udang

Selepas sesi menjahit manik malam tadi... Mata ni terkebil2 lak pegi kopek kulit udang ni nak buat sambal tumis. Sebab buat sambal tumis, lauk2 masa berbuka tu dah abis... Hehehe... So My Lovely Mum cakap buat jek sambal tumis udang yg ade dlm stok tu..... Yg leh makan ni ME and adik jek.... Layannnnnnn kan ajek resipi sambal tumis ni yg mudah banget :-)

Sambal Tumis Udang
@@@ Bahan-Bahannya
  • 400 gram udang
  • 2 biji bawang besar
  • 2 senduk besar cili kisar
  • 1 sudu garam
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • 2 sudu besar gula merah
  • 2 sudu besar sos housin
  • minyak masak 1 senduk

### Cara Membuatnya

  1. Bersihkan udang, buang kulit. Bawang besar tadi potong bulat2.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang sampai layu, masukkan pula cili kisar tadi dan tumis sampai garing.
  3. Masukkan garam, asam jawa dan sos housin.
  4. Masukkan pula udang yg telah siap dibersihkan
  5. Masak lagi sampai kering air udang dan tambah gula merah. Siap....

Monday, August 24, 2009

2 Ramadhan 1430 H

Hari ini merupakan hari ke 2 muslimin dan muslimat di Malaysia ni berpuasa di bulan Ramadhan. Tuan Rumah sempat menjemput rakan baiknya bertandang ke rumah utk berbuka puasa. Sempat juga menembak gambar2 makanan sblm tetamu dtg. Hehehe.... utk itu... kite layan je la ye... Nanti2 akan di hapdet mana2 resipi yg patut :-)

Udang Bersos Housin & Lada Hitam


Rendang Pucuk Ubi


Ikan Terubuk Bakar Berempah


Air Asam



Pajeri Mangga

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...