Sarapan di mana cuti2 hujung minggu??? Kali ni kita cuba satu lagi kedai makan yang menjual sarapan. Menu yang menarik perhatian ialah roti canai kayu arang. Kelainan kali ni ialah roti canai tersebut dimasak menggunakan dapur kayu. Bila roti canai tersebut sampai kat kita, ada bau2 kayu sikit. Macam zaman dulu2 pulak kan. Kedai ni, roti canai & kuah dah dia pun sedap. Menu lain yang ada macam nasi lemak berlauk, soto, lontong, kuih muih & pelbagai lagi. Jika ingin berkunjung, lokasi kedai ni letaknya bersebelahan dengan stesen minyak BHP sebelum simpang ke Bachang di Lebuh AMJ menghala ke Bandaraya Melaka. (simpang sebelum jambatan di Melaka Sentral & Tesco)
~published by iPhone~
~published by iPhone~
No comments:
Post a Comment