Tuesday, January 31, 2012

Nasi Lemak Sedap @ RnR Nilai Utara

Jika menggunakan lebuhraya utara selatan di waktu pagi, singgahlah di Hentian Rehat Nilai arah utara untuk menikmati sarapan nasi lemak Yang sedap. Kerana sering menempuhi kesibukan lalulintas lebuhraya tersebut seawal jam 6 pagi, maka hentian rehat ini dipilih untuk bersarapan. Gerai ini letaknya di hujung sekali berdekatan dengan tempat parkir kereta dan wakaf. Untuk menikmati nasi lemak sedap ini, waktu operasinya jam 7:30 pagi ye. Pagi ini bersarapan di sini kerana perlu menghadiri mesyuarat di Maju Tower. Harga nasi lemak seperti dalam gambar ini RM4.50 :)

Tips: Sepanjang laluan lebuhraya antara JB-Melaka-N9-KL dan patah balik semula, nasi lemak ini antara yang sedap & memuaskan hati. Harus cuba!!! (semua ini berdasarkan kekerapan berhenti rehat sepanjang 8 tahun sebagai pengguna lebuhraya utara selatan... Kekerapan menggunakan lebuhraya mencecah seminggu 2 kali kebelakangan lewat 2 tahun ini. Lain orang lain citarasa kan :D)

~published by iPhone~


3 comments:

  1. Lia, kalo kat arah selatan plak, masak lomak cili padinya sedap...especialy masak lemak siput sedut keladi..waduhhh....terliur....

    tp ramai yang kata Yong Tau Foo dan Tauhu bakar sedap kat R&R Seremban...entah laaa.... cer test !!! hehehe

    ReplyDelete
  2. Nasi lemak power tu.... memang the best la. lalu kat situ mesti singgah punye..

    ReplyDelete
  3. Kak Nor>> hehehe... kalau arah Nilai arah selatan makan tengahari pulak. Masak lemak cili padi. Pas abes meeting tengahari tu otw blk Melaka singgah makan daging salai masak lemak... hehehe...
    yong tau fu tu ke? erkkk!!! x brp nak ngam la dgn sy kak. dah cuba sblm ni. Saya pilih yong tau fu Telaga Biru kat Pulau Gadong, Melaka. Nanti senang2 lia wat entry yong tau fu pulak k :)

    Anonymous>> hehehe... best kan :)

    ReplyDelete

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...