Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak yang bernilai RM292 juta dan menjadi venue utama Sukan Malaysia (Sukma) 2008 runtuh menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah. (sumber Utusan Malaysia~3/06/2009)
Berikut adalah sedikit info yang diperolehi drpd Berita Harian keluaran 3/06/2009
INFO Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Dibina Mei 2006; siap 2008
Kos RM292 juta
Sebahagian daripada Kompleks Sukan Gong Badak bernilai RM500 juta
Kapasiti 50,000 orang
Mempunyai prasarana sukan bowling dan skuasy
Dimajukan beberapa kontraktor tempatan; kerja pemasangan bumbung dilakukan syarikat Korea Selatan
Stadium pertama di Asia guna sistem bumbung tanpa sokongan tiang

Beginilah keadaan bumbung di bahagian timur Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak, Kuala Terengganu yang runtuh pagi semalam.

Sebahagian besar struktur bangunan berusia lebih 30 tahun itu, yang hendak dirobohkan, dikatakan runtuh kira-kira jam 5 petang, dipercayai disebabkan keadaan tanah di sekitar kawasan berkenaan yang tidak kukuh. (sumber Berita Harian~29/05/2009)
No comments:
Post a Comment