Hualahhh.... Kite cite pasal salah satu masakan tradisi org Melaka ye. Kalau kat Melaka ni selalu dapat jumpa masakan ni masa kenduri kendara kecik. tapi skrg ni Kenduri kawin pun ade gak tuan rumah jamu masakan ni. Rasanya yg masam2 dan pedas2 gitu. Sangat harum dek kerana rempah ratus yg terdapat didalamnya. Kebiasaannya... daging yg digunakan ialah jenis yg berlemak2 sket. Kat Melaka ni org panggil daging tetel. Kalau kat sebelah Utara Malaysia, daging ni yg masa kenduri org masak Kuah Dalca atau Kuah Gulai tu. Kalau kat sebelah Pantai Timur lak, daging ni dorang campur masuk dalam Gulai Kawah..... So, petang ni sebab kebosanan... kite layan resipi ni ye. Kekonon rajin le kan...
Kepada Mr Kawairashii yg semalam bertanya makan ape... Sorry xsempat nak jawab sebab byk benda nak nak sembang lagi. Lagipun semalam Mr Kawairashii berada di Changi Airport, Singapura transit before ke Kanzai Airport, Jepang.... ME harap misi Mr Kawairashii kat Kusatsu City, Jepang tu berjalan lancar la ye... Sila menjamu mata bila baca my blog ni
ni rempah ratusnya setelah disangai
ini pula ialah bumbunya... sebelum ditumbuk...Untuk resipi leh pegi kat sini. ME dah update kat My Resipi....So yg ni ME siarkan lagi kat sini ye....
Bahan-bahan ( Bila dah siap masak boleh la makan utk 5 org makan )
Cara-cara:-
ini pula ialah bumbunya... sebelum ditumbuk...Untuk resipi leh pegi kat sini. ME dah update kat My Resipi....So yg ni ME siarkan lagi kat sini ye....
Bahan-bahan ( Bila dah siap masak boleh la makan utk 5 org makan )
- 600 gram daging tetel (daging yg berlemak sket)
- Sebiji bawang besar (ditumbuk)
- 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
- seinci halia (ditumbuk)
- seinci lengkuas (ditumbuk)
- 2~4 batang serai (diketuk-kalau kecik letak 4)
- 4 helai daun limau purut
- sehelai daun kunyit
- Cili kering (bila dah blend jadi 500ml kat belnder tu~4 senduk besar)
- 1 senduk besar minyak masak
- 250 ml air asam jawa (drpd segenggam biji asam jawa)
- 1 sudu teh biji ketumbar, lada hitam, jintan putih, jintan manis dan sebiji buah keras(disangai dan tumbuk kasar)
Cara-cara:-
- Panaskan minyak masak, tumis bahan2 yg telah ditumbuk seperti bwg besar, bwg putih, halia dan lengkuas. Masukkan sekali serai yg telah diketuk dan juga rempah ratus yg telah ditumbuk.
- Setelah bahan2 tumis naik bau, masukkan pula cili kering yang telah dikisar tadi. Goreng sehingga pecah minyak dan garing. Masukkan pula daun limau purut dan daun kunyit.
- Masukkan daging yg telah dibasuh bersih dan biarkan sehingga kering air daging. Jika daging masih belum empuk, campurkan 1 liter air. Biarkan sehingga air menjadi setengah daripada tadi. (menggunakan api yg kecil)
- Setelah daging empuk, baru la masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa. Masakkan ini rasanya masam2 pedas dan juga kuahnya pekat. Jadi semasa memasak selalu la merasanya tahap masamnya ye...
- Setelah siap, boleh dihidangkan dengan nasi panas, ulam2, telur asin dan sambal belacan. Selamat Menjamu Selera :-)
No comments:
Post a Comment