Thursday, June 18, 2009

Black Pepper Lamb Rib

Ni la hasil my dinner malam tadi. Buat sendiri selepas teringin nak makan benda alah yg dah lama x makan ni. Kat rumah cuma My Lovely Dad n ME jek yg makan ni. So ME buat ni n share makan dgn My Lovely Dad la.... Rusuk Kambing ni sedap sebab daging kat situ lapisan atasnya ade lemak2. Bila lemaknya dibakar, tu yg menaikkan bau tu. Dagingnya lembut jekkk... So Layan la resipi yg mudah dan masa penyediaan yg singkat ini. Kalau rajin nanti ME hapdet kat MYR lak ye. Kpd Mr Kwrshii.... Jgn nangis ye bila tgk ni.. Sebab ni salah 1 ur favourite meals kan. :P
Bahan-Bahannya
  • 350 ~ 450 gram daging rusuk kambing biri-biri (sekeping)
  • 1 sudu besar biji lada hitam ditumbuk kasar (sebab suka pedas)
  • 1 sudu besar gula merah
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk paprika
  • 1 sudu teh daun selasih (yg kering)

Cara-cara memasak

  1. Gaul semua bahan2 kecuali butter dan perapkan dengan daging semalaman di dalam peti ais.
  2. Sapukan Butter sebelum mula membakar dengan suhu 200 darjah celcius selama 15 hingga 25 minit ataupun sehingga permukaan daging nampak garing. Boleh juga menggunakan kuali tidak melekat utk menggorengnya (perlu letak sesudu butter).
  3. Siap dan boleh dihidangkan dengan sayur kesukaan. Makan dengan mayonis sedap ni...

5 comments:

  1. Ha...lega dapat jumpa benda makan yg akak boleh duduk semeja...sib baik tak ada tanduk...tajam gak tu...Yum...yum...

    ReplyDelete
  2. lelaz>> maaf la sebab Lia dah mengiurkan lela... Selamat Berkenalan :-)

    ReplyDelete
  3. alfi>> Laper ke kamu sih??? Jemput jamu mata ya...
    K.watie>> Hahaha... beli yg dah siap buang tanduk le kak... hahaha

    ReplyDelete

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...