
This blog is a personal blog about writer's personal life. Any articles and photos may not be copied in any form.
Saturday, May 29, 2010
Majlis Akikah Qaisarah Raihanah ~ Fruit Tart

Friday, May 28, 2010
Kari Daging + Kacang Kelo @ Mongge

Kepada yang terlupa bagaimana rupa paras kacang kelo atau mongge ni... ataupun yang tidak tahu dan kurang mengenalinya kan... Ini lah dia kacang kelo atau nama lain mongge. Yang ni dah siap disiang ye... kena kikis kulit hijau dia tu. Lepas tu potong2 la. Kalau kite x kikis kulit ijau dia tu nanti maung bau kari tu. OK2... Tuan Rumah ni mahu berangkat pulang ke rumah sana pula ye...
Nasi Air @ Moi Sup

Thursday, May 27, 2010
Bapa Saya Hebat ~ Ketam Masak Lemak Cili Padi

tapi x leh nak makan seekor la... sebab ketam besar
makan sebelah jek
kenyang2 :-)
Sunday, May 23, 2010
Tepung Pelita ~ Kuih Sampan

Bahan2 untuk Tepung Hijau
- 5 helai daun pandan
- 4 mug air
- 1 mug tepung beras
- 3 sudu besar tepung jagung
- 8 sudu besar gula (kalau x cukup manis tambah lagi)
- 3/4 biji kelapa
- 3 1/2 mug air
- 1/2 mug tepung beras
- sedikit garam
- Potong kecil daun pandan dan kisar bersama 1 mug air. Tapiskan daun pandan dan perah. Masukkan kesemua bahan dalam kuali (sebab senang nak kacau). Dengan menggunakan tangan, hancurkan tepung biar bagi sekata dengan air tadi. Dah sekata baru la panaskan kuali dan mula mengacau dengan sudip.
- Bila dah masak adunan tepung hijau ni, dia akan jadi likat dan cepat membeku.
- Masukkan 2 sudu teh gula ke dalam kelongsong sampan tadi, dan kukus sehingga gula hancur.
- Bila gula dah hancur, masukkan pula adunan tepung hijau tadi. Tepung hijau yang hampir keras akan jadi x sekata (sememeh). Kukuskan tepung hijau tersebut, dan adunan akan menjadi sekata semula.
- Masakkan pula untuk adunan tepung dalam kuali juga. Cara yang sama digunakan utk buat tepung hijau. Kalau nak senang, kisar je kelapa parut tu dengan air.
- Bila tepung putih dah masak, sudukan masuk dalam sampan yang telah siap dikukus ngan tepung hijau tadi. Kukus sekejap lagi ataupun biar saje adunan tu. Siap...

Pucuk Ubi + Petai Lemak Tempoyak Cili Padi

Bahan2
- 1 mangkuk kecil cili padi - blend
- 3 biji bawang kecil - blend
- 4 ulas bawang putih - blend
- 1 inci kunyit hidup - blend
- 1 mug santan pekat
- 2 biji bawang kecil - mayang
- pucuk ubi (banyak)
- petai (ikut suka)
- ikan bilis
- 5 batang serai - mayang
- 3 helai daun kunyit - mayang
- semangkuk kecil tempoyak - bancuh ngan 1/2 mug air
Cara2 masak
- Blend/kisar bahan2 yg kena blend dgn 1 mug air. Pastu masukkan dalam kuali, masukkan bahan2 mayang yang lain dan juga ikan bilis.
- Bila cili dah cukup masak, masukkan pula santan dan kacau selalu. masuk pula tempoyak yang dibancuh dengan air tu. biar pekat
- Masukkan petai dan biar masak seketika.
- Untuk pucuk ubi tu, selepas disiang. ramaskan ngan garam. Kemudian cuci. Nak ilangkan pahit daun,
- Bila dah cukup masak, angkat dan boleh hidang
Saturday, May 22, 2010
Bapa Saya Hebat ~ Pajeri Buah Bacang
Walaupun hari ni sepatutnya hari cuti masak2 bagi dia, tapi oleh kerana pagi2 tadi hujan melanda bumi Melaka ni kan. Maka satu menu ni telah disediakan oleh beliau. Anakanda dia masa tu, sibuk nengok tv cite The Lucifer; cite Korea... Seronok gak melayan cite tu, biasa cite2 Korea tangkap leleh je... Kali ni tengok siri penyiasatan. Lagipun Ayahanda tidak bersuara pun, dia realx2 & cool jek... Asyik2 buah bacang kan??? Sekarang ni musim buah bacang dengan buah kuining rasanya kat seluruh Malaysia ni. Kat pasar banyak betul. Nak masak pajeri buah bacang ni macam pajeri mangga juga. Kalau boleh peram dulu buah ni dengan gula sket dalam 3 hari. Pastu masak la mcm biasa. Cuma pajeri mangga atau bacang ni, kite tak perlu letakkan santan. Dasat kan menu Ayahanda hari ni? Hehehe... Anakanda dia masak ape lak???
Ade editing sket khas untuk kawan2 yang mahu mencuba
Bahan2 Pajeri Bacang
- 6 biji buah bacang yang masak layu
- 10 sudu gula pasir
- 5 biji bawang kecil mayang
- 5 ulas bawang putih mayang
- 1 inci halia mayang
- sedikit udang kering/ikan bilis
- 1 batang kulit kayu manis
- 4 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 sudu besar gula merah
- 6 sudu besar rempah kari daging adabi (bancuh dgn air)
- 5 sudu besar kerisik
- 1 sudu kunyit
- 1 sudu garam
- air masak 3 mug (hampir 1 liter)
- Minyak masak utk menumis (agak banyak ye)
Cara2 Masak
- Buang kulit buah bacang & potong. Perap dengan gula pasir selama 3 hari.
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih & halia bersama dengan rempah2 penumis sehingga naik bau yang harum.
- Masukkan pula kunyit, rempah kari dan juga perencah samada udang kering ataupun ikan bilis. masak sehingga naik minyak.
- Masukkan air sebanyak 3 mug tadi, biarkan mendidih dan masukkan gula & kerisik. Kacau hingga pekat. Kemudian boleh lah masukkan pula bacang yg telah diperam itu.
- Selamat mencuba :-)
Haaaa... Anakanda masak ni jek... Hehehe... Menu senang. Hari tu masa ke pasar, beli ikan parang ni seekor. Jadi masih punya baki lagi la kan. Tak tahu menu ape dah nak masak ni. Kite masak yg simple2 jek. Masak kicap cili... semua nya potong2 jek, cuma masak menumis tu letak sikit cili kisar.

Huhuhuhu.... Ni makanan eksotik ke tak? Boleh jadi eksotik kan? Dah lama Ayahanda request nak makan kaki ayam goreng ni. Bukan x nak gorengkan, tapi masalah paling besar berlaku ialah meletup2 masa goreng ni. Kena pakai perisai woooo masa nak terbalikkan dia. Hehehe... Dah macam main mercun pun ade. Lengan kanan ni dah tercium ujung kuali, melecur segaris. Hehehe... Ni peberet Ayahanda tercinta...
Friday, May 21, 2010
Lempeng Kelapa & Sambal Ikan Bilis Petai
Jom makan malam... Hari ni kite makan malam lempeng kelapa je la ye.... cicah ngan sambal tumis ikan bilis petai ni... Lama x makan menu ni kan. Siang tadi sembang dengan kawan masa kat UiTM Arau dulu... Ni dia punya idea la ni. Hehehe... Tak pe la kan Kak Wawa kan, menu ni teringin nak makan. Sembang2 cite pasal masa zaman2 Kesatria UiTM dulu2. Wahaha.... sangat2 menghiburkan hati. Kami tengah mencari2 resipi masa masak2 kat camping2 dulu. Daging masak asam. Dah x tau cmne nak masak daging tu. Sebab masak dalam kuantiti yang banyak utk budak2 camping tu. Sekali masak sampai lebih 15kg daging... Macam buat kenduri kecil2 kan. Akan berusaha untuk mengingati kembali resipi tu. Hehehe.... OK kite layan dulu makan malam ni :-)
Thursday, May 20, 2010
Hari niiiii....

Wednesday, May 19, 2010
Bubur Som Som

4-4/2 mug air (kapasitinya 280~300ml utk 1 mug)
1/2 mug tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
garam sket
gula sket
daun pandan sehelai
(blender 1 mug kelapa parut + 2 mug air)
Bapa Saya Hebat ~ Ikan Parang, Bacang & Nangka Masak Lemak Cili Padi

Tuesday, May 18, 2010
Sambal Getuk @ Sambal Kertas Surat Khabar

Ni ade sedikit editing... Tadi sembang ngan my best friend kat Sg Siput tu... Cik Gu Sha Fiza kata ni Sambal Kertas. Nape lak dia panggil itu macam??? Hehehe... Jawapan dia... Sebab bila kite dah tumbuk ikan2 bilis ni nampak mcm kertas surat khabar yg ditumbuk lumat. Hahaha... hampehhhh... :P
Monday, May 17, 2010
Sukun Goreng & Kicap Cili

ade 13 biji sukun yg dijual...
2 biji dah ambik utk goreng & kasi jiran2
bila gambar ni atas rumput kapet cantik lak :D
xde le nanti dorang susah2 kan :-)
bila dah klua getah2 kot kulit dia ni... dah cukup matang le
Kopi Hang Tuah

1 beg kertas ni Kak Intan bagi ole2
Terima kasih sangat... mcm tau2 je peminat kopi o
hehehe....
pertama kali tau pasal kopi ni...
dah cuba minum tadi... sedap la..
Terima Kasih :-*
Lompat Tikam @ Lopat Tike

Sunday, May 16, 2010
Daging Salai & Perut + Buah Bacang Masak Lemak Cili Api
Sebelum cite benda2 makanan ni kan, nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik yang telah mendidik diri ini secara formal dan tidak formal juga. Kepada kedua2 ibu bapa, nenek atuk, pakcik makcik, adik beradik, guru2 di sekolah tadika, SK Lepar Utara 8 Pahang, SK Batu Berendam Melaka, SK Trolak Timur Perak, SM Trolak Perak, SM Teknik Ipoh Perak, Kolej Yayasan Alor Gajah, UiTM Arau Perlis, UTM Jalan Semarak KL & Skudai... Rakan2 blogger yg menjadi guru menimba berbagai2 ilmu, rakan2 yg bergelar cikgu di sekolah2 kerajaan dan swasta.... pergh... ramai ni... semua la... SELAMAT HARI GURU!!! Hari2 kite belajar sesuatu yang baru... Pembelajaran sepanjang hayat :-)
Panjangnya nama lauk ni
disebabkan musim buah bacang ni dah melanda negara kan
org2 kat rumah ni request mahu makan benda alah ni
kali ni salai daging + ngan pewut

masak layur sket
tetapi baunya harummm semerbak dapur
Cik Manggis... sama kan lesung kite ni :-)
sila la pegi umah Cik Manggis kat Jom Borak Jom Makan
sedap2 sumenya makanan Cik Manggis
Thursday, May 13, 2010
Makam Dalam Sekolah???

sila la baca ye...
cuma nak komen
zaman tahun 1820-an
Datuk Dol Said dapat pencen RM100
wahhh!!! dasat la... banyak tu....
Subscribe to:
Posts (Atom)