Sarapan di mana??? Sarapan kat umah jek... x yah pegi jauh2 pun... dok dalam umah pun leh makan sedap2 kan, malahan berkhasiat pulak tu. Hehehe... Dah beberapa hari teringin nak makan nasi air ataupun juga dikenali ngan moi sup ni. Makan ni mesti bersama sup daging yang hanya dimasak bersama-sama bawang merah, bawang putih, halia, garam dan gula sket (boleh juga letak serai ketuk sebatang). Kalau kat sebelah2 utara dan pantai timur memang la popular benda alah ni sebagai sarapan dan juga makan malam ke. Terkenang2 semasa duduk belajar di Arau dulu kan, ini adalah hidangan yang agak terkenal di kalangan kawan2. Bau sup daging + tulang nya sahaja sudah membuatkan diri tidak keruan. Hahaha... Kalau x silap kan, hidangan ini berasal dari negara jiran kita iaitu Siam ataupun nama lain ialah Thailand :-)
No comments:
Post a Comment