Sunday, May 9, 2010

Blueberry Cream Cheese Tart

Ini juga projek untuk sambutan Hari Ibu malam tadi. Kami sambut awal sket la kan... Dapat resipi ni kat salah satu blog I Follow :-) hehehe... sangat teruja ngan resipi-resipi yang dihasilkannya. Walaupun ade resipi2 yang Non-Halal kat situ kan. Tapi x pe... sebab kite leh tukar dengan bahan2 masakan yang halal... Y3K Recipes Pegi la sini... sebabnya memang la teruja tengok sume resipi dia... Hehehe :-)

Siap dihidangkan utk tetamu

on making crust tart

yeay.. ade macam2 warna
yg itam tu dah terlebih masak... ahaksss :D


ok... masukkan blueberry filling

jom.. corak2 kan dia... hehehe
Kat bawah ni resipi yang dah dialih bahasa ye...
Terima kasih Y3K Recipes :-)
@ Bahan2 untuk Tart Shell/Crust
@@Bahan A
  • 120g butter
  • 60g gula icing
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1 biji telur kuning
  • 1/2 biji telur putih
  • sedikit perasa butter

@@@ Bahan B

  • 260g tepung rendah protein
  • 15g tepung kastard
  • 2 sudu besar susu tepung (kira2 30g)

### Bahan2 untuk filling (ME buat separuh adunan je)

  • 250g cream cheese
  • 40g gula icing
  • 10g butter
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh jus lemon
  • 1/5 camca teh garam halus
  • sedkit blueberry filling

Cara-cara membuatnya:-

  1. Campurkan bahan2 A untuk kelopak tart tersebut, kemudian masukkan bahan2 B pula. Hanya campurkan menggunakan tangan sahaja
  2. Ambil sedikit doh dan kemudian tekan dalam acuan tart. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 10 minit.
  3. Untuk filling/inti cream cheese tu, pukul kesemuanya sekali. Masukkan dalam tart shells tersebut, blueberry filling dan bakar lagi selama 10 minit pada darjah yg sama.

No comments:

Post a Comment

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...