Wednesday, May 12, 2010

Sayangi Diri & Keluarga

Kita selalu dikejutkan dengan pelbagai berita yang agak menyedihkan tatkala ada di antara manusia kurang akal fikiran melakukan kegiatan kes ragut. Antara kes yang popular dilaporkan di dada2 akhbar ketika ini ialah meragut penunggang & pembonceng motorsikal sebagai modus operandi mereka. Terpanggil untuk berkongsi cerita ini kerana baru sahaja malam tadi dapat mengambil gambar pembonceng motorsikal membimbit beg tangan. Sedih bila mengenangkan jika pembonceng ini adalah mangsa ragut tersebut. Sedangkala berbagai2 iklan telah diwar2kan melalui pelbagai jenis media kepada seluruh rakyat Malaysia supaya berwasapada. Kepada seluruh daripada kite semua... Sayangilah Diri Kita & Keluarga. Cuba elakkan daripada mendorong manusia kurang akal fikiran tersebut melakukan kegiatan meragut yang akan membahayakan diri kita. (Ayat skema je ni sebab untuk memudahkan semua memahami mesej yang mahu disampaikan)

No comments:

Post a Comment

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...