Saturday, May 22, 2010

Bapa Saya Hebat ~ Pajeri Buah Bacang

Pajeri Buah Bacang
Walaupun hari ni sepatutnya hari cuti masak2 bagi dia, tapi oleh kerana pagi2 tadi hujan melanda bumi Melaka ni kan. Maka satu menu ni telah disediakan oleh beliau. Anakanda dia masa tu, sibuk nengok tv cite The Lucifer; cite Korea... Seronok gak melayan cite tu, biasa cite2 Korea tangkap leleh je... Kali ni tengok siri penyiasatan. Lagipun Ayahanda tidak bersuara pun, dia realx2 & cool jek... Asyik2 buah bacang kan??? Sekarang ni musim buah bacang dengan buah kuining rasanya kat seluruh Malaysia ni. Kat pasar banyak betul. Nak masak pajeri buah bacang ni macam pajeri mangga juga. Kalau boleh peram dulu buah ni dengan gula sket dalam 3 hari. Pastu masak la mcm biasa. Cuma pajeri mangga atau bacang ni, kite tak perlu letakkan santan. Dasat kan menu Ayahanda hari ni? Hehehe... Anakanda dia masak ape lak???
Ade editing sket khas untuk kawan2 yang mahu mencuba
Bahan2 Pajeri Bacang
  • 6 biji buah bacang yang masak layu
  • 10 sudu gula pasir
  • 5 biji bawang kecil mayang
  • 5 ulas bawang putih mayang
  • 1 inci halia mayang
  • sedikit udang kering/ikan bilis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 sudu besar gula merah
  • 6 sudu besar rempah kari daging adabi (bancuh dgn air)
  • 5 sudu besar kerisik
  • 1 sudu kunyit
  • 1 sudu garam
  • air masak 3 mug (hampir 1 liter)
  • Minyak masak utk menumis (agak banyak ye)

Cara2 Masak

  1. Buang kulit buah bacang & potong. Perap dengan gula pasir selama 3 hari.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih & halia bersama dengan rempah2 penumis sehingga naik bau yang harum.
  3. Masukkan pula kunyit, rempah kari dan juga perencah samada udang kering ataupun ikan bilis. masak sehingga naik minyak.
  4. Masukkan air sebanyak 3 mug tadi, biarkan mendidih dan masukkan gula & kerisik. Kacau hingga pekat. Kemudian boleh lah masukkan pula bacang yg telah diperam itu.
  5. Selamat mencuba :-)
Ikan Parang Masak Kicap Cili
Haaaa... Anakanda masak ni jek... Hehehe... Menu senang. Hari tu masa ke pasar, beli ikan parang ni seekor. Jadi masih punya baki lagi la kan. Tak tahu menu ape dah nak masak ni. Kite masak yg simple2 jek. Masak kicap cili... semua nya potong2 jek, cuma masak menumis tu letak sikit cili kisar.
Kaki Ayam Goreng

Huhuhuhu.... Ni makanan eksotik ke tak? Boleh jadi eksotik kan? Dah lama Ayahanda request nak makan kaki ayam goreng ni. Bukan x nak gorengkan, tapi masalah paling besar berlaku ialah meletup2 masa goreng ni. Kena pakai perisai woooo masa nak terbalikkan dia. Hehehe... Dah macam main mercun pun ade. Lengan kanan ni dah tercium ujung kuali, melecur segaris. Hehehe... Ni peberet Ayahanda tercinta...

5 comments:

  1. salam lia

    akak tak penah lagi makan pajeri bacang nnti nak trylah..

    ReplyDelete
  2. Datin El... lom penah makan kena cuba tau... sedap ni... Nanti lia tanya mak atau bapa lia resipinya... hehehe

    ReplyDelete
  3. tadi cari bacang tak jumpa..tak putus asa:)

    ReplyDelete
  4. Datin El>> tunggu resipi ye? Nanti lia tanya bapa lia ye...

    Cik>> huhuhu.. xde eik? ciannya... dapat bacang yg xde sabut sedap tau... kena masak peram :-)

    ReplyDelete

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...