Showing posts with label kuih tradisional. Show all posts
Showing posts with label kuih tradisional. Show all posts

Monday, February 6, 2012

Bingka Ubi @ Bengkang Ubi

Alhamdulillah... Kenduri kesyukuran dah selamat diadakan semalam. Moga kak long Mieza Irdina akan dpt belajar lebih bersungguh2 dan mencapai kejayaan berganda2 di MRSM Terendak nanti. Boleh menjadi contoh dan idola kepada adik2 yg lain. Nenek & atuk buat kenduri sekali lagi untuk kejayaan kak long ni. Untuk kali ni selain masak2 untuk makan, sempat buat kuih bingka ubi. Resipi sama & biasa buat sblm2 ni:-

2 1/2 cwn ubi yg disagat
1/2 cwn tepung gandum
300 ml santan pekat
1 cwn gula merah
(kalau suka manis, lebihkan gula)

~published by iPhone~

Friday, August 20, 2010

Makanan Sejuk Beku << Buat Sendiri >>

Diam2 dah nak 10 hari kite menjalani ibadah puasa... Alhamdulillah... masih diberi kesempatan ini. Puasa2 macam ni sesuai sangat buat makanan yang boleh dibekukan... sempat jugak buat benda2 ni... lagipun buatnya senang2 je... mana la mampu nak buat yang susah2 macam kuih yg kukus2 tu kan... hehehe... jom skodeng

Popia

ni senang kan buat, kulit beli jek...
dalam masa 30 minit leh dapat banyak... Lumayan
inti senang je ni
isi ayam hiris halus, lobak & timun parut panjang,
daun bawang, daun sup, bawang cincang dan garam
semua tu tak payah nak masak pun...
gaul semua dan gulung

roti/ karipap sardin

ini pun senang sangat buatnya... hanya perlu roti kepingan,
ikan sardin, bawang besar, daun sup, liamu nipis,
cili besar cincang dan mayonis
tak payah pakai kulit karipap pun... pakai roti je :D

Roti Sosej

haa... ini lagi la senangnya... hanya perlu sosej, kepingan roti
dengan kulit popia. Dalam masa 10 minit dapat buat 6 ketul.
Tadi sebelum pegi keje sempat buat ni... start potong sosej
jam dah pukul 6.50... siap sume simpan barang dan pegi
kereta start enjin, jam kul 7.00 pagi ade berita kat radio.. hihi

Saturday, May 29, 2010

Majlis Akikah Qaisarah Raihanah ~ Fruit Tart

Buat fruit tart ni tadi masa pulang ke rumah sana... sebagai ole2 kepada kawan lama semasa sekolah di Ipoh dulu iaitu Reza Hafize. Majlis kenduri akikah untuk anakanda tercinta iaitu Qaisarah Raihanah ni diadakan di rumah mertuanya di Crystal Bay, Alai, Melaka... Berdepan je dgn projek SPRM tu... Terima kasih kepada tuan rumah Reza Hafize & Raja Rafizah seisi keluarga atas jemputan kenduri tu ye... :-)

Sunday, May 23, 2010

Tepung Pelita ~ Kuih Sampan

Jom buat kuih tepung pelita ataupun juga dikenali sebagai kuih sampan. Kuih yang sangat mahsyur di negeri Perak ni kan, saje2 dibuat kerana mencuba kemahiran diri. Takut lupa dah cmne nak buat kan. Hehehe... Alhamdulillah berjaya juga walaupun ade sedikit herot berot kelongsongnya. Sampan dah jadik bujur je semuanya sebab salah stapler ujung muncungnya. Tak pe la kan, kelongsong jek herot berot, rasa tetap kekal sedap. Kali ni kite kongsikan cara2 buat sampan ataupun kelongsongnya ye... :-)

Bahan2 untuk Tepung Hijau

  • 5 helai daun pandan
  • 4 mug air
  • 1 mug tepung beras
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 8 sudu besar gula (kalau x cukup manis tambah lagi)
Bahan2 Untuk Tepung Putih (kepala santan)
  • 3/4 biji kelapa
  • 3 1/2 mug air
  • 1/2 mug tepung beras
  • sedikit garam
Cara2 Membuatnya
  • Potong kecil daun pandan dan kisar bersama 1 mug air. Tapiskan daun pandan dan perah. Masukkan kesemua bahan dalam kuali (sebab senang nak kacau). Dengan menggunakan tangan, hancurkan tepung biar bagi sekata dengan air tadi. Dah sekata baru la panaskan kuali dan mula mengacau dengan sudip.
  • Bila dah masak adunan tepung hijau ni, dia akan jadi likat dan cepat membeku.
  • Masukkan 2 sudu teh gula ke dalam kelongsong sampan tadi, dan kukus sehingga gula hancur.
  • Bila gula dah hancur, masukkan pula adunan tepung hijau tadi. Tepung hijau yang hampir keras akan jadi x sekata (sememeh). Kukuskan tepung hijau tersebut, dan adunan akan menjadi sekata semula.
  • Masakkan pula untuk adunan tepung dalam kuali juga. Cara yang sama digunakan utk buat tepung hijau. Kalau nak senang, kisar je kelapa parut tu dengan air.
  • Bila tepung putih dah masak, sudukan masuk dalam sampan yang telah siap dikukus ngan tepung hijau tadi. Kukus sekejap lagi ataupun biar saje adunan tu. Siap...

1. Daun pisang gunting 4 segi

2. Lipatkan seinci di kedua2 hujungnya

3. Akan menghasilkan seperti ini

4. Kelim dihujung sampan dan ketip guna stapler senang

5. Buat pula di hujung sebelah lagi satu

6. Siap pun kelongsongnya...

7. Kukus 2 sudu teh gula sebelum letak tepung hijau.
Akan menghasilkan kuih yg berair manis dibawahnya :-)

Friday, May 21, 2010

Lempeng Kelapa & Sambal Ikan Bilis Petai

Jom makan malam... Hari ni kite makan malam lempeng kelapa je la ye.... cicah ngan sambal tumis ikan bilis petai ni... Lama x makan menu ni kan. Siang tadi sembang dengan kawan masa kat UiTM Arau dulu... Ni dia punya idea la ni. Hehehe... Tak pe la kan Kak Wawa kan, menu ni teringin nak makan. Sembang2 cite pasal masa zaman2 Kesatria UiTM dulu2. Wahaha.... sangat2 menghiburkan hati. Kami tengah mencari2 resipi masa masak2 kat camping2 dulu. Daging masak asam. Dah x tau cmne nak masak daging tu. Sebab masak dalam kuantiti yang banyak utk budak2 camping tu. Sekali masak sampai lebih 15kg daging... Macam buat kenduri kecil2 kan. Akan berusaha untuk mengingati kembali resipi tu. Hehehe.... OK kite layan dulu makan malam ni :-)
Lempeng Kelapa & Sambal Ikan Bilis Petai
Bahan2 untuk masak sambal
yg lain2 ialah... gula, garam & asam jawa

Bahan2 utk lempeng kelapa
kena bancuh ngan air dan garam ye...

Jom makan...
close up sket sambal ni...
kali ni makan ngan sambal kering2 mcm ni

Wednesday, May 19, 2010

Bubur Som Som

Hari ni terasa nak makan bubur som-som lak... rasanya ade nama lain bagi pemanis mulut ni kan. Aman damai je tekak ni bila masuk mulut. Lemak2 santan, manis2 gula kabung. Wahhh... sedapnyaaa... Senang je buat pemanis mulut ni kan? Bahan2 pun mudah jek... Tepung beras, tepung jagung, santan, air, daun pandan, garam sket, gula sket... yummy!!!

2 mug kelapa parut
4-4/2 mug air (kapasitinya 280~300ml utk 1 mug)
1/2 mug tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
garam sket
gula sket
daun pandan sehelai
(blender 1 mug kelapa parut + 2 mug air)

Monday, May 17, 2010

Sukun Goreng & Kicap Cili

Jom makan malam... sape lum makan lagi??? Malam ni kite makan buah sukun jek ye... Petang tadi dok kait buah ni kat belakang umah. Ade peraih datang beli... Kali ni dapat 15 biji buah sukun yang dah matang... Sedap2 makan ngan kicap cili... pedas2 manis2... hehehe... Sukun goreng biasa jek... ngan tepung beras, letak sket jek kapur makan tambah sket tpg gandum... Tadi dapat resipi drpd kawan, kata dia cuba letak kelapa parut dalam bancuhan tepung tu... jadi sedap kata dia... wah... kena try esok tu... sebab ade lagi stok sukun lom goreng :D

Alhamdulillah...
ade 13 biji sukun yg dijual...
2 biji dah ambik utk goreng & kasi jiran2
bila gambar ni atas rumput kapet cantik lak :D
ok... potong siap2... leh bagi jiran yg dah siap potong
xde le nanti dorang susah2 kan :-)
posing atas dulang lak... sebijik yg x brp nak besar
bila dah klua getah2 kot kulit dia ni... dah cukup matang le

Lompat Tikam @ Lopat Tike

Rasa teringin sgt nak makan pemanis mulut yg asalnya dari negeri cik siti wan kembang ni... Disebabkan kes teringin kan, kena la buat sendiri. Kat sini mana la nak beli benda alah ni. Lain le kalau duduk kat KL ataupun Kelantan sendiri kan... Mesti ade orang jual. Hasil skodeng2 semalam kan... Maka terhasil la pemanis mulut ni. Nama Bahasa Melayu Lompat Tikam... Kalau Bahasa Melayu loghat Kelantan bunyinya... Lopat Tike... Hehehe... Sepatutnya ade pulut warna merah dalam lompat tikam ni, tapi tak buat pun. Dapat makan yg ni je dah cukup gembira... Hehehe... Resipi ni ambik kat rumah Cik Manggis... Tapi dah ade sedikit perubahan kat tepung hijau tu. Sebab suka makan lembut2 & lembik2 sket, jadi lebihkan air... :-) Terima kasih Cik Manggis... Sayang dia :-*

Sunday, April 4, 2010

Soya Beans ~ Kacang Soya

Ape ade dengan kacang soya? Leh wat ape je sangat? Biasa la kan... mesti tertanya2 mende mcm tu kan... Terasa mau minum soya cincau le pulak... semalam dah rendam kacang soya... jadi tadi dah mulakan proses membuat le.... Satu je masalah bila membuat air soya ni... iaitu proses membuang kulit dia... waduh... lecehnyaaaa... Kalau x buang nanti maung pulak rasa airnya... Tiada pilihan le kan.. Buang juga le.. Hampas kacang soya tu kite buat kuih Masala Vadey... sejenis kuih-muih masyarakat India :-)

yeay... jom makan2
Masala vadey dengan soya cincau
masala vadey ni biasa org buat dgn kacang dal kan?
kali ni kite buat ngan kacang soya...
sebabnya hasil hampas yg kite buat air tadi tu
transfer jadi kuih laa... x membazir
adunan kuih tu....
rasanya kalau ade letak jintan manis sedap sket
ni hanya letak tepung sikit, bawang, cili ngan garam
ni lah kulit kacang soya tu
kena buang sebab ade yg hitam2 tu...
kalau x buang nanti air soya jadi rasa maung... huhuhu

Saturday, April 3, 2010

Raddish Cake ~ Loh Pak Kou

Terima kasih kepada Cik Manggis yang berlaman blog di sini kerana telah berkongsi resipi kuih tradisi masyarakat cina ini... Selalu sangat nampak kuih ni kat kedai2 jual kuih masyarakat Nyonya Baba di Melaka ni... sangat gembira kerana telah berjaya membuatnya sendiri.. Selama ni tengok2 & jeling je le kan...walaupun terdapat sedikit insiden yang tidak diingini semasa membuatnya.. tetapi berjaya la jugak... hihihi... LAYANZZZ...

3 keping kek lobak utk minum petang

ok2... dalam sisi yg berbeza pulak... hihihi

Ni la insiden yg x sepatutnya berlaku
resipi kek lobak ni... cara2 masaknya adalah mengukus
disebabkan kat rumah sendiri ni xde pengukus yang direct fire
hanya ade pengukus yang kat rice cooker jek...
bila cari acuan... semua x muat....
fikir punya fikir.... masukkan je la dalam oven ni
tapi bakar secara waterbath...belasah je le... cobaaaa :D
Tara.. sudah siap dibakar...
Sepatutnya kena letak udang kering sangai... tapi x letak
sebab x suka sgt rasa udang kering banyak...
masa tengah tunggu kuih ni siap bakar, dapat 1 sms
"Salam, akak jadi pulak pegi. Lom sampai lg. Nti tolong
recommend hotel yg selesa & dlm rate...."
Huisyhhh... ade kawan mau datang Melaka la.. Jalan2 kata dia
so... cepat2 le menyiapkan kerja semua...
Minggu ni ade tetamu :-)
Ini... sedap... mesti cuba... buat 1/2 adunan drpd resipi asal
setelah ujikaji dijalankan dengan membakar kuih ni kan....
kesimpulan yang dapat dibuat ialah...
  1. Sila tutup permukaan atas adunan menggunakan aluminium foil. Kalau x tutup, permukaan kuih akan menjadi kering.
  2. Tambah lagi 50ml air panas mendidih ke dalam adunan (jika buat 1/2 adunan) sebab nak bagi lembut sikit.
  3. Masa pembakaran adalah selama 35~45 minit dengan menggunakan suhu 220 darjah celcius dan api bawah sahaja.
  4. Sila potong kuih bila dah sejuk. Kalau masa panas potong, maka akan jadik le mcm yg dalam gambar ni ye... hehehe :D

Sekian dahulu kesimpulan yg dapat dibuat... hehehe... Minta maaf CM... resipi telah diubah cara memasaknya... :D

Tuesday, September 8, 2009

Kuih Kacang Dhal

Kuih peberet Tuan Umah ni.... Nak sebut dalam sebutan yg betul takut salah...Hehehe... nak buat sket punyer le senang... cuma preparation je lama sket. Maklum le nak menunggu kacang ni kembang... semalaman lerrr... yg lelain senang bangat... Kali ni buat x letak tepung sesudu pun (N3 yg lepas ade letak tepung)... Sedapnya... makan masa lepas berbuka 13 Ramadhan yg lepas..... Pastu ade belen lagi bancuhan tu.. simpan dalam peti... sahur 14 Ramadhan goreng benda alah ni lagik... hehehe... Ni x letak pun rempah2 cuma ade kacang dhal, bawang besar dadu, cili kering hiris nipis dgn garam... siappppp.... makan panas2 sedap ni.. Lembut jek

Wednesday, September 2, 2009

11 Ramadhan 1430 H

Menu 11 Ramadhan ni, My Lovely Mum yang masak sume... Anak dara kat umah dia tu.... balik keje lepak2 jek... hehehe.... Ape nak dikatakan lagi... Mak dah masak sume. Bila dia x larat atau dah buntu ape nak masak maka dapur tu dia serah je le kan :-) Menu biasa2 jek.... Masak sikit jek, tapi bila dah tengok sepinggan2.... banyak jugak jadiknya.... Kite skodeng ape menu berbuka tuuuuu..... Kebanyakan menu2 kat umah ni berasakan benda2 yg x gatal2 kalau di makan. Maklum saje kat umah tu ramai yg tgh berpantang. Ini hasil drpd virus Chicken Pox yg telah menyerang seisi rumah sejak sebulan yg lepas. Nanti kite hapdet ye....

Ulam-ulaman
sume petik kat blkg umah jek
(salad, timun dgn pucuk tenggek burung)
Ikan Kerapu Masam Manis
(ikan yg besar.... masak 3 keping jek)

Ikan Kerisi Goreng
(ikan lagi..... umah ni mmg suka mkn ikan le)

Pucuk Manis Masak Lemak
(sayur pucuk manis ni pun petik kat blkg umah jek)

Air Asam
(sebagai pencicah kpd ulam dan ikan)
Cendawan Tiram Goreng
(nak abiskan stok takut expired)

Karipap Kentang & Sardin
(yg ni beli jek.... 6 ketul RM2)

Monday, June 29, 2009

Karipap Sardin Kentang

Maaf le sebab gambo sebelum kejadian je ade... Pic selepas kejadian x sempat nak snap la... Buat pun 10 biji jek... Inti ade lebih... Tapi malas nak buat kulitnya... Saje buat sardin ni sebab nampak stok tin sardin Ayam Brand tu dok terletak jek... so ape lagi... Buat karipap ni seronok... Tapi bab nak menggoreng tu fail abis le... Rasa2nya... karipap ni x leh goreng minyak sikit dan kulit melekat kat kuali kot... nanti itam bertompok2 jadiknya... Kepada kwn2 yg ade petua cemane nak goreng karipap tolong bagitau eik....

Friday, June 26, 2009

Bingka Ubi & Jagung (Kuih Bengkang)

Yesterday so busy... Bila bz tu pepaham je le kan... No Entry le jawabnya... SO ni nak hapdet resipi yg dah dibuat 2 hari yg lepas le....Kuih2 tradisional ni sedap dimakan dan penyediaannya mudah saje...Kalau x silap org2 belah utara tanahair kite ni sebut kuih ni Bengkang...

Resipi Kuih Bingka Jagung

Bahan2nya
  • 2 mug jagung (dikisar dgn 100ml air)
  • 150 g tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 cwn gula pasir
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 300 ml santan pekat ( mug)
  • 1/2 sudu teh garam

Cara2 membuatnya

  1. Campurkan kesemua bahan2 dan kacau sehingga tepung larut dan juga gula tu cair.
  2. Masukkan campuran tepung tersebut ke dalam loaf roti yg telah dibalut dasar dan tepinya dgn aluminium foil (nak bagi sng dibawa keluar dan x hangit bawahnya)
  3. Bakar adunan tadi pada suhu 170 darjah celcius selama 30 minit.

Resipi Bingka Ubi


Bahan-bahan

  • 2 1/2 mug ubi kayu yg telah disagat
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 300ml santan pekat (1 mug)
  • 3/4 cwn gula merah
  • 1/4 cawan gula pasir

Cara2 Membuatnya

  1. Campurkan gula pasir dan gula merah ke dalam santan dalam satu bekas. Larutkan sehingga gula menjadi cair.
  2. Tapis larutan gula dan satan ke dalam bekas lain yang besar. (Ini kerana gula merah biasanya ad habuk2 dan berpasir)
  3. masukkan bahan2 lain ke dlm bekas besar tu dan gaul lagi.
  4. Sediakan loaf roti yg dibalut dgn aluminium foil (sama gak dgn atas.. xnak bagi hangit dan mudah dibawa kelaur... juga mudah nak basuh nanti.... Heheheh)
  5. Bakar adunan dgn suhu 190 darjah celcius selama 60~70 minit

Monday, June 22, 2009

Custard Puding

Puding ni buat sempena lambakan jagung di rumah ini.... Hahaha... Yang enaknya ialah dapat makan jagung fresh... utk resipi 6 bekas jeli ni... gunakan 3 biji fresh corn. Kisar sume... campakkan dalam periuk dgn 3 mug air + 1 mug santan pekat. sebiji telur dgn 4 sudu besar tepung custard dan 4 ~ 5 sudu gula. Jgn lupa garam sket utk rasa lemak.. Sekejap je abis. Suka makan yg baru lepas masak... Panass2 sket


Suka mcm ni... Lembik2 sket.... Masih Boleh dikeluarkan dari dlm bekas tu.... Tgk tu... leh goyang2 lagik.. wakaka :-)

Monday, June 15, 2009

Vadey... Betul ke ni???

Last Friday.... My Lovely Mum and Dad xde umah.. dorang pegi melawat besan dorang. Ayah Mertua My Lovely Sis meninggal dunia. Al-Fatihah......

ME sempat buat kuih ni semasa ketiadaan mereka. X tau nama ni betul ke x... tapi ni salah satu kuih kaum India yg telah menjadi kuih harian jual kat mana2 pun ade...

Sebelum dibentuk menjadi kuih


Hasilnya....
Untuk Resipi:-
  • 3 cawan kacang dal yg telah ditumbuk/blend (rendam dulu bagi kembang)
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 tangkai cili kering digunting halus
  • sebiji bawang besar
  • 1 sudu kecil garam

Panaskan minyak. Bentukkan menjadi bulat/leper... Goreng sehingga kuning2. Resipi ni akan menghasilkan 10~12 biji vadey yg comel

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...