Salam Ramadhan 1431 Hijrah... Berjumpa lagi kite dengan bulan Ramadhan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan segala amal kite dipermudahkan dan diterima... Amin... Awal Ramadhan ini, mengambil kesempatan bercuti sejak 1 Ramadhan... 6 Ramadhan baru memulakan kerja semula. Kesempatan cuti digunakan untuk mentelaah pelajaran yang mana Sabtu ini 14/82010 akan ade peperiksaan. Selain itu mencuri2 masa sedikit untuk memasak2 juadah berbuka puasa. Nasi Ambeng merupakan juadah yang sangat tersohor dikalangan masyarakat Jawa untuk majlis-majlis keraian dan juga kenduri kendara. Kali ini dikongsikan serba sedikit untuk rujukan diri sendiri dan kawan2 :-)
Nasi Ambeng
Antara sebahagian lauk-pauk yang dimakan bersama nasi.
Cara hidangannya adalah menggunakan daun pisang.
Oleh kerana kekangan waktu, maka tak sempat la nak demo.
Ini nasi ambeng yang x berapa nak jawa la, sebabnya
tak ada rempeyek yg dimakan bersama nasi
Antara sebahagian lauk-pauk yang dimakan bersama nasi.
Cara hidangannya adalah menggunakan daun pisang.
Oleh kerana kekangan waktu, maka tak sempat la nak demo.
Ini nasi ambeng yang x berapa nak jawa la, sebabnya
tak ada rempeyek yg dimakan bersama nasi
Tempe, Suun, Tauhu Kicap
Tak tahu ape nama masakan ini, tetapi salah satu hidangan wajib la ni
Tak tahu ape nama masakan ini, tetapi salah satu hidangan wajib la ni
Bahan2:-
- 2 keping tempe (yg 4 segi besar tu)
- 100g suun
- 2 keping tauhu
- 2 labu bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 2 biji cili besar hijau
- 10 biji cili padi ketuk
- kicap manis
- tempe dan tauhu dipotong kecil dan goreng garing. kalau suka boleh letak kentang juga.
- tumis bawang besar, bawang putih, cili besar dan cili padi ketuk. masukkan suun, gula, kicap manis dan garam. kemudian masukkan pula bahan2 yg digoreng garing tadi.
Ayam Masak Kicap Pekat
kongsi juga resipi ayam masak kicap pekat ni... rindu2 boleh buat
Bahan2:-
- 500g ayam yg dipotong kecil dan digoreng ( x payah garing2)
- 2 labu bawang besar
- 2 biji cili hijau
- 5 biji cili padi ketuk (saje suka pedas)
- 1 inci halia
- 3 ulas bawang putih
- sejemput asam jawa (bancuh dengan 1/2 cawan air)
- kicap
- 1 sudu makan tepung jagung dibancuh bersama 3 sudu air
- gula & garam
- tumis semua bawang, cili dan halia sampai layu. masukkan pula air asam jawa, garam, gula dan kicap. biar sampai mendididih, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung. kemudian masukkan pula ayam yg dah siap goreng.
Mee Goreng
ini pula mee goreng yang ringkas... :-)
ini pula mee goreng yang ringkas... :-)
Bahan2 :-
- 1/2 bungkus mee kuning (250g)
- 1 labu bawang besar yg x berapa nak besar sgt... hehe
- 3 ulas bawang putih
- 1 keping dada ayam yang dipotong kecil2
- 4 sudu cili kisar
- 3 sudu makan udang kering
- 1 biji telur
- kicap, sos tomato dan sos cili
- taugeh
- daun bawang dan daun sup
- Bawang besar, bawang putih & udang kering ditumbuk. Kemudian tumiskan.
- Masukkan pula cili kisar. Bila dah garing, masukkan dada ayam yang dipotong kecil2.
- Cuci bersih mee dan masuk dalam kuali dan kacau sampai masak, pecahkan telur dan masak lagi sehingga sebati. Masukkan garam, sos & kicap.
- Bila semua sudah ok, masuk pula taugeh.
- daun bawang dan daun sup letak akhir.
Urap Pucuk Ubi
Tak de sukatan pula nak masak urap pucuk ubi ni... tapi senang sangat membuatnya... bahan2 yg diperlukan ialah pucuk ubi yg dicelur dan diperah airnya. Bawang merah, bawang putih, cekur dan udang kering di tumbuk halus kemudian ditumis. Masukkan juga cili padi tumbuk. Kemudian, masukkan pula kelapa parut, dan kacau sehingga masak lembab. Kemudian masuk pula pucuk ubi yang dah dicelur tadi.
Serunding Kelapa
Bahan2 :-
- 1/2 biji kelapa parut
- segenggam ikan bilis
- 3 ubi cekur muda (kalau pakai yg dah tua, letak 1 ubi je boleh)
- 2 inci kunyit (boleh je ganti dengan kunyit serbuk)
- 1 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 2 sudu makan ketumbar
- 2 sudu makan jintan manis
- 2 batang serai
- seinci lengkuas
- gula dan garam
- Kisar semua bahan kecuali ikan bilis dan kelapa parut.
- Tumis bahan2 kisar sehingga masak.
- Masukkan ikan bilis dan kelapa parut.
- Masuk gula dan garam dan kacau sehingga masak lembab. (rasa akan manis2 sikit)
Ini ialah pokok cekur yang diambil dari belakang rumah.
Menu nasi ambeng mesti ada cekur ni,
selain baunya yang harum, berjaya juga mengeluarkan angin.
Guna dalam serunding kelapa dan guna urap :-)
salam lia..makcik tak pernah makan nasi Ambeng.Nampak sangat sedap...kena rajinnn betul baru dapat buat nasi ni...serunding kelapa tu..sedapppnya:)
ReplyDeletemakan lam dulang ramai2...pegh!! bestnyeeeee..
ReplyDeletesalamlia,
ReplyDeletesedapnya nasi ambeng...
selamat berpuasa utk lia sekeluarga.
Cik>> huhuhu... ntah mana dpt seru dan vitamin R tu lia pun x tau... agaknya masa bosan2 ngadap buku tu kot...
ReplyDeleteMina>> hehehe... tak dan nak posing nasi serta lauknya... makan lauk je pun
Kak Suzi>> salam kak... lia minta maaf, x dan nak jalan2 umah akak... lia kesibukan sket la kak... bersilat2 ni dgn mcm2 hal... selamat berpuasa ye utk akak sekeluarga di tronoh