Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Thursday, November 14, 2013

Bercuti ke Kuala Rompin - Endau - Mersing - Kluang ~ Kenangan Terakhir

Setelah agak lama berada dalam folder DRAFT.... Pagi masa 5-7 Julai, 2013... beberapa hari lagi nak puasa. Entry kali ni adalah kenangan terakhir kami bersama Allahyarham Ahmad. Di kalangan kami mmg pgl Pak Mad jek... Arwah telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini pada 2hb Ogos, 2013... Hampir sebulan selepas sesi menjejaki Kuala Rompin. Moga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yang beriman. Al-Fatihah... 

Salah satu jeti perikanan yang terdapat di Endau


Abah Lan, me, Su & arwah Pak Mad
duduk2 atas buai tepi pantai :)


Alhamdulillah... Kami berjaya menjejaki udang galah
makan2 session kat kedai Mak Ngah... pilihan kami udang galah gred AA
Sekilo dah siap masak RM70 (dapat dalam 4 ekor)
sebab kami berlima... makanya... lebih la sekilo
Sorang makan sekor jek... paling sedap tang kepala udang & otaknya
slurppppp... lembut gitu...
Ape yg kami makan???
Udang gred AA ni 5 ekor
Ulam 2 pinggan
Sambal Belacan 2 piring
Sayur kobis sepinggan
Sayur kacang panjang sepinggan
Nasi 5 pinggan
Air x igt ape dahhh
Semua sekali RM110... Berbaloi kan


Menjejaki sunrise di belakang rumah penginapan... bersebelahan jeti Tg Gemok


OK!!! Beli pulak udang nak bawak balik ke rumah
Setiap hari Ahad, ada pasar minggu yang besar di Kuala Rompin
Taraaa.... siap beli ais & polistren container
Baru la udang segar dpt smp dgn selamat :)

Kat Kuala Rompin pun ade sawah padi yang besar sgt...
mengikut kata kawan... org2 dari Kedah yg berhijrah ke sini yg mengusahakan
maka terhasil lah jelapang padi ni


Daripada atas bukit di Mersing... Nampak kan perbezaan tone warna laut :)


Menjejaki sunrise lagi di Tg Gemok


wlpun xde sunrise ala2 biskut cicah air...
jadi arrrr :P


Jeti ikan kat Tg Gemok


Buddies & colleugues

Tuesday, November 12, 2013

Food everywhere for a few day

Hepi weekend last week... Hasilnya... Taraaa... A few photo for a food hunter. Yummyyyy... Last Sunday my bff & me was lepaking session for ladies day out. Hoyeahhhhh... Cuaca sgt best. Ujan since b4 subuh till asar. X sedar pun. Kuar at 9.30am... Smp rmh smla at 4.30pm... What we have done? Breakfast together at windmill, Marvelaux Hotel. Movie time at Dataran Pahlawan. Lunch at The Breeks, Mahkota Parade. Lps tu... Monday & today lepak rmh mak... Kiter p mkn kat luar je la. Senang... Hasilnya. Yong tau fu. & lauk je tanpa karbo. Huhu


Taraaaa... Antara movie yg best tahun ni. Last tgk 2 tahun lps. Thor. Tq Uder & Kay for make our day so sweet :)

Tuesday, August 27, 2013

Tahniah Arni & Zamri


Tahniah my superb friend Arnisarina & Zamri... Smlm 25.07.2013 tarikh perkahwinan mereka. Sempat juga sy & rakan2 yg lain dr Melaka konvoi beramai2 ke Kg Sum Sum, Janda Baik, Pahang... Ni gambar pengantin terkejut dgn kehadiran kami. Dia pun tak sangka kami datang. Dah la smp kul 2.25pm mcm tu. hehe... Kelakar mereka berdua ni dgn aksi2 terkejut. Arni dan Zamri cantik sangat dgn persalinan ni. Tahniah korang... Dah alang2 ader kat Janda Baik, kami p cari durian. Yummyyyy... 



Musang king & D24 in da houseeee... Yeayyyy!!! Mkn smp pening... Hahahahaaaaa 

Friday, August 16, 2013

Mee kari untuk tetamu


Sedang menunggu tetamu datang... Menu mee kari, murtabak megi, popia & agar2 santan... Ni je yg sempat. Hasil lps berbuka mlm td. Letih kot wat sorang2... Dgn kemudahan yg terhad kat rmh ni. Tunggu... Mana dorang ni??

Sunday, July 21, 2013

Nasi kerabu


Nasi kerabu ni buat sempena kawan2 dtg berbuka kat rumah. Mcm biasa... Ni antara masakan yg boleh dikira... Setahun berapa kali je masak. Kenapa pilih nasi kerabu? Sebab selalu kalau beli kat sini, jarang ade jmp yg sedap. Yg memenuhi tekak. Jadiii... Kiter masak la sng kan. 

Pilihan lauk mcm biasa je... Daging bakar, ikan salut tepung, lada solok, ulam2, kelapa ikan, sambal tumis, telur masin, air lada... Smp x cukup pinggan nak boh. Hahahahaaaaa ... Kwn2 yg dtg pun, ade yg bw skali. Uder dgn nurul dtg bw solok lada. Husni bw keropok. Imah bawa telur masin rebus. Yg lain disediala kat rumah ni la. Seronok mkn ramai2... Sembang2... Anak2 dorang pun pandai bawak diri. 


Sebagai pemanis mulut... Kiter makan puding karamel ye. Tapi masa mkn ni ade kwn2 yg dah beransur pulang. Terpaksa la yg tinggal ni makan & tapau la. Hehe... Buat ngam2 je utk tetamu. Tu pun x abes.

Last but not least... Kite minum air longan ye. Air ni imah bawa. Maklumlah bini tokey air bazar ramadhan. Zizi x ikut sama sebab niaga. Jd dia htr jek imah & anak2... Punya la byk isi longan yg dia bagi. Smpkan x abes. Siap minum sahur pulak tadi. Minum longan panas. Alhamdulillqh dgb rezeki yg diberikan :)

Wednesday, July 3, 2013

Tempahan kek... Pepahat cili


Kesibukan membakar kek tempahan... Guna cream cheese ni lagi. 


Hari ni kite dinner dgn megi goreng je la. Sibuk katanya kan. Janji perut kenyang. Masak sndr mmg tidak pernah mengecewakan. Cili jeruk tu pun wat sndr. Sng je kan. Lepas 2 hari dah leh makan. 

Ok... Ni menu smlm.. Biasa org masak kailan belacan dgn udang ke sotong ke. Or ikan masin ke. Kali ni sebab nak senang nya pasal. Nak makan seafood dan sayur. So masak pepahat (bamboo shell) ni pepedas boh belacan boh sayur kailan. Senang cite. Suka beli pepahat ni. Sbb byk isi. Bukan beli yg fresh pun. Beli frozen kat jusco tu. 

Saturday, January 12, 2013

Resipi Pad Thai

Okay... Masih mood cuti2 Thailand. Today breakfast was homemade Pad Thai. Very tasty and delicious street food at Siam @ Thailand. Just in love...
Pad Thai ni lebih kurang mcm kuey teow goreng la. Tapi rasa dia lain sket... Sebab byk guna bhn2 yg fresh. Yg betul2 masak dlm kuali tu cuma shrimp, egg, dried kueh teow (yg dah soak dlm air). Yg selebihnya fresh. Cecampak je atas pinggan. Byk gak bhn yg digunakan. Udang segar, udang kering, bwg putih, telur, chives, tauge, carrot, daun bwg, cili thai, sos pad thai (wat sendiri), limau nipis, kacang tanah yg berkulit (pagoda tu)... Ape lagi eik... Nanti kite update recipe k. Skrg byk misi. Wekend kannnn... Mau menjahit manikkk...

~published by iPhone~






Edited for resipi:

Bahan-bahan:-
  • sekeping Kueh Teow halus (beli yg kering pastu rendam dalam air panas 7-10 minit. Jgn smp lembik)
  • 5-8 ekor udang segar besar
  • sos pad thai (palm sugar, garlic, cuka, sos ikan, air asam jawa, chilies)
  • sebiji telur ayam
  • 4-5 pokok daun kucai  (potong panjang)
  • semangkuk taugeh kering
  • 1 sudu besar udang kering (sangai/goreng tanpa minyak)
  • 1-2 pokon daun bawang (potong panjang)
  • lobak merah (potong panjang ikut suka nak byk mana)
  • sengkuang (potong panjang ikut suka nak byk mana )
  • bawang putih (cincang)
  • kacang tanah (tumbuk kasar)
  • Cili padi potong
  • Kicap

Cara-cara masak:-

  1. Panasakan minyak sesudu besar. (guna minyak kacang tanah lebih sedap)
  2. Tumis bawang putih, masukkan udang dan ketepikan
  3. Pecahkan telur dan masak smp jadi scramble egg
  4. Masukkan kueh teow yang dah ditoskan selepas direndam dan lobak merah. Dan teruskan goreng kosong
  5. Masukkan sos pad thai 5-6 sudu.
  6. Akhir skali masukkan kucai dan taugeh. Gaulkan selama 1 minit.
  7. Angkat dan hidangkan.
  8. Hiaskan dengan kacang tanah tumbuk kasar, limau nipis, cili padi potong, sengkuang, udang kering sangai dan batang kucai & daun bawang.

Monday, January 7, 2013

Homemade food

From my little kitchen for about past 2 week ago. Just cooked a simple but healthy for my tummy. Yummyyy... Somewhere look have a lamb, tomyam, fried rice, soup. Hepi drooling ur eyes

~published by iPhone~



Friday, December 28, 2012

Auntie Anne's ~ Voucher Redeem

Pegi redeem voucher yg dah dibeli bila x igt. Tp dah nk expired... Auntie's Anne special pretzels... Gilos sedap. Berbaloi2 beli voucher ni. Byr RM14 je utk 2 jumbo chezy hotdog & 2 specialty pretzels yg nilai sebenarnya RM24.40... Ye la utk jumbo chezy hotdog je dah rm7+... Specialty pretzel je dah rm3++... Beli kat Groupon dulu. Tq la... Sy sgt suka ❤

~published by iPhone~





Tuesday, December 25, 2012

Seabass Fish Tomyam

Hoyeahhh... Still mood in Thailand. Hahaha... Just finished my dinner tonite. Seabass fish tomyam... Yummy...

~published by iPhone~



Monday, December 24, 2012

Mamee Kari Berapi

Ok! Sape lom dinner? Mlm ni menu mamee kari berapi!!! Kalau nak lagi berapi tambah lagi 4 biji cili padi merah. Jejes ayermata masa makan. Hehe... Kite masak boh la seafood ngan sayur ape yg kite suka. Taraaaa... Makan sambil nanges. Hehe... Layannnn!!!

~published by iPhone~



Saturday, December 22, 2012

Lamb Leg Chop & Ice Lemonade

Lunch tadi... Hya msk ni je. Kambeng ni dah marinate mlm td. Menu yg mudah2 je. Sng keje. Sambil msk leh wat keje lain. Perut Malaysia... Mlm ni mkn nasi gorianggg... :P

Beli je daging belah kaki tu. biasanya agak mahal berbanding bhgn lain. Pastu marinate dgn sos heinz. Yg lain2... Kukus lobak dgn jagung manis. Sos lada hitam bikin sndr leh la boh cendawan putih. Air kena yg masam2 sket. Minum ice lemonade jek. Kenyangggg...

~published by iPhone~



Old Chang Kee, Singapore

Salah satu favourite dish masa jln2 kat Singapore ari tu. karipap dia sedap2. Lebih kurang mcm karipap kat Ikea. Tp yg ni lebih sedap kot. Outlet dia byk leh jumpa kat station2 mrt. Sebiji karipap ni harganya SGD1.60... Air pulak SGD2.00 klu x silap. Boleh request no sugar. Less sugar. Normal. Ni antara Halal food yg menjadi pilihan kat sana. Boleh juga mkn roti dgn kari. Set tu x igt brp dollar. Tapi roti dia lembut. Cuma kita org Malaysia dah biasa mkn roti byk kari sikit. Kat sana terbalik lak. Roti cecomel jek. Kari punya byk. Hihi

~published by iPhone~


Friday, November 30, 2012

Masjid Sultan, Singapura

Alhamdulillah... Berkesempatan ke sini masa p jln2 s'pore 15-18 Nov baru ni. Short decision making with jimba2 frenz. Syahdu sgt masa berjemaah di sini. Kami jamak takhir zuhur-asar kat sini. Juga jamak takdim maghrib-isya'. Kalau kebanyakan masjid, lampu chandelier biasa sbg tarikan. Kat sini, kipas yg sgt besar menarik perhatian kite. TQ kat pengurusan masjid



Thursday, November 1, 2012

Happy Birthday

Alhamdulillah... Thanks to ALLAH for almighty
Nothing special
Just reward myself and sista
Lunch at Seoul Garden, Mahkota Parade
Cakes and latte at The Coffee Bean, AEON Bandaraya Melaka
Skyfall 007 at GSC AEON Bandaraya Melaka
Hush Puppies travelling bag

Wednesday, June 13, 2012

Jagung Bakar vs Air Nira di Rantau Abang, Terengganu

Mungkin ini senario biasa je kan. Tapi spjg perjalanan kami yg lebih byk berrnti drpd berjalan ari tu, menu setiap petang ialah jagung bakar. Sangat lazat kot. Makan x hengat sampai lupa amek gambo jagungnya. Sib baek ade gambo gerai tepi jalan ni. Walawehhhh... Pegi jln2 musim cuti skolah kat Malaysia ni, jln pun agak sesak. Tambah lagi kami sepakat nak lalu jln pantai. Pe lagi yg boleh kami buat. Berenti la mana yg boleh. Cemuih wehhh drive sengguk2 gitu. Ape yg menarik tentang air nira ni? Jgn tanya ye sbb kami langsung x beli & x minum. Both of us kureng suka manis ye. Tapi bila tgk semua kedai tulis nira, teringat kat our former classmate dedolu yg ujung nama dia Nira. Hehe... Cekidautttt!!!

~published by iPhone~

Tuesday, April 24, 2012

Stok makanan

Kali ni bawa stok mknan sket jek. P pun x lama. 4 hari 3 mlm je pun. Snickers mcm biasa. Mee segera bw 2 bungkus je... Mee sedap goreng ngan bihun pama. Lozenges bawa 2 jenis fisherman's friend & dequadin sebab skrg tgh sore throat & batuk sket. Biskut bawa 3 jenis oat krunch hazelnut, mini chipsmore & oreo ori. Minuman bawa 2, kopi o hang tuah & oat chocs nesvita. Tak lupa jugak maruku, kuaci serta asam masin. Dijangka kali ni, mknan halal mudah diperolehi.

~published by iPhone~

Monday, April 9, 2012

Nasi Itik Panggang aka Roasted Duck Rice

I'm so busy today... My working hour today 15 minutes reached almost to twelve... Arghh!!! So tired maaa... Audit session covered up for whole state. Begin from 10 o'clock and end up till 5.30pm. My lunch today was very special menu which is roasted duck rice with lime plus for beverages. Walawehhhh!!! Superb menu laaa... Having my lunch at Arked Mara Sg Udang with my collegues. Check it out!!!

~published by iPhone~

Saturday, April 7, 2012

Tengahari tadi...

Masak yg ringkas2 je. Lgpun kami mkn utk tghr je pun. Mlm masing2 dah x mo mkn lauk tghr. Atau dlm erti kata lain, kdg2 x mkn kdg2 mkn tp mknan & menunya lain. Masak pun sepinggan2 je. Menu hari ni sup ayam, ayam msk kicap, smbl blcn, tauge msk taucu serta ulam raja. Ape yg kutip kat kebun ialah ulam raja & cili padi. Ape yg special? Tauge msk taucu boh rencah udang kecik. Best!!!

~published by iPhone~


Set of our luncheon



Taugeh masak taucu letak udang kecik2... yummy



Ulam raja with sambal belacan. Petik2 & kutip2 di kebun :)

Thursday, March 15, 2012

Menu Sarapan Sehari

Weeehhhaaaa... Sarapan & sarapan. My bff chegu chapija dtg dgn kwn dia Intan, sok smlm kami bfast besaq k. Antara menu spt gambaq bwh ni. Satay, penang asam laksa, popiah basah, kuih muih, laksa nyonya & roti canai. Lokasi di Kedai Mak Biah, Limbongan, Melaka.

~published by iPhone~

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...