Harini 01.01.2014.... Semoga semakin rajin :)
This blog is a personal blog about writer's personal life. Any articles and photos may not be copied in any form.
Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts
Wednesday, January 1, 2014
Saturday, December 22, 2012
Lamb Leg Chop & Ice Lemonade
Lunch tadi... Hya msk ni je. Kambeng ni dah marinate mlm td. Menu yg mudah2 je. Sng keje. Sambil msk leh wat keje lain. Perut Malaysia... Mlm ni mkn nasi gorianggg... :P
Beli je daging belah kaki tu. biasanya agak mahal berbanding bhgn lain. Pastu marinate dgn sos heinz. Yg lain2... Kukus lobak dgn jagung manis. Sos lada hitam bikin sndr leh la boh cendawan putih. Air kena yg masam2 sket. Minum ice lemonade jek. Kenyangggg...
~published by iPhone~
Beli je daging belah kaki tu. biasanya agak mahal berbanding bhgn lain. Pastu marinate dgn sos heinz. Yg lain2... Kukus lobak dgn jagung manis. Sos lada hitam bikin sndr leh la boh cendawan putih. Air kena yg masam2 sket. Minum ice lemonade jek. Kenyangggg...
~published by iPhone~
Labels:
Daging,
Do It Myself,
Do It Myself,
homemade,
makan-makan,
Makan2
Wednesday, March 7, 2012
AdE SuSUk TaK LEH MaKaN SATE???
Tak pasti kat negeri lain mcm mana, tp klu kat Melaka ngan Johor (spesifik sket Daerah Muar) sarapan ade sate/satay pepagi hari tu kira kejadian biasa. Sejak balik menetap di sini selama waktu bekerja hampir 8 tahun ni, tekak pun dah jadi biasa. Nak mkn sate pagi2 baru best. Klu mkn waktu dah mlm tu mcm dah kureng jekkk... Lagipun, agaknya... Mkn sate waktu pagi2 bg cepat hadam kot ye. Esok tu dah bleh klua. Klu mkn mlm lmbt le nak hadam kot sbb kite tdo. Hehe... Tapi masih byk kedai sate yg berjualan di waktu mlm... Jgn risau. Pagi tadi rupanya, ade jamuan kecil2an utk staf yg pindah. Jadi dorang hidangkan sate antaranya. Juadah lain kuih2 basah & goreng, soto & bihun sup serta buah tembikai. Selain bfast oat & roti td, berjaya jugak mkn sate sebanyak 5 cucuk berserta dgn 6 ketul nasi himpit. (gambo tu je letak 3 cucuk pasalnya mangkuk x muat... Kecik nauuuu... Nmpk sgt x bg mkn byk... hehehe....) Tapi kan... Tajuk entry ni bkn nak cite pasal susuk tau... Saje teringat masa tgk drama kat Ch105 kul 1pg hari Sabtu lepas. Susuk Amanda... Agaknya org pakai susuk mmg pantang dia x mkn sate kot ye. Nauzubillah...
~published by iPhone~
Sunday, March 4, 2012
Shanyang Gali Fan ~ Nasi Lauk Kambing Di Guangzhou, China
Tengah2 malam 4/3/2012 ni, kite kongsikan salah satu makanan yg kami makan masa pegi berurusan perniagaan di Guangzhou, China pada Disember, 2011 lepas. Alhamdulillah... Makanan halal muslim di sana memang senang dapat dan sedap2 belaka. Makanan panas2 memang sangat sesuai kami makan sewaktu musim sejuk tempohari.
Salah satu menu yg kami makan ialah nasi lauk kambing & sayur yg digoreng dgn daging kambing. Mula2 tu kami order nasi lauk kambing je... Tapi mcm x sedap la makan nasi xde sayur. Tu yg order sayur ape x tau lak namanya. Masa order ckp je chao qingchai jia yang maaa ~ mau sayur goreng tambah kambing maaa... Guna je pengetahuan bahasa mandarin yg x seberapa tu kan. Hihihi.
Di Guangzhou, China makanannya dihidangkan dlm portion yg besar & kuantitinya banyak. Jadi jgn hairan ye kalau tengok gambar2 masa p China ade 2 chopstik & 2 sudu dlm 1 pinggan atau mangkuk. Selain penjimatan wang, kami juga dpt rasa pelbagai jenis makanan. Berbaloi kan? :)
Ok! Memula sampai order tu ialah nasi lauk kambing. Kambing tu dia hiris nipis, masak mcm sizzling gitu letak batang bawang putih. Pastu dorg tgk mcm kami nk tercekik, dorang anto sup kosong. Best gak sup ni... Rasa lembu. Lepas dah 1/4 pinggan mkn baru dtg sayur goreng letak kambing tu. Sedaappp sangat. Owh!!! Kat sana, kedai mknan yg tipikal tu, dorang x served makanan skali ngan air. Jadi, kami teguk la sup yg dia bagi tu. Lagipun kite org Malaysia, beejalan2 gitu mesti bawa air masak dlm beg kan. Hehehe...
~published by iPhone~
Hirisan nipis daging kambing... Sedap!!!
Sayur yg kat blkg tu... sedap gak!
x tau nama apa... tapi ade gak depa letak capsicum merah :)
Sunday, January 29, 2012
Sate Tulang ~ Minang Dishes
Haisyhhh!!! Biar betul ni? Sate Tulang? Cmne nk mkn? Kali ni menu jln2 & mkn2 kite ke Negeri Sembilan pula ye, kite mkn makanan minang. Ini kali ke-2 ke Retoran Bundo Kanduang, Dataran Senawang, N9 (dekat2 ngan Giant & Mc'D Senawang). Bagi yg stress harung jam kat PLUS highway tu, keluar la exit Senawang dan jalan terus je sampai jumpa Giant Hypermarket. Pastu masuk simpang tu menghala ke Mc'D & Domino's Pizza. Waktu operasi untuk sate ni dlm jam 5:30 ptg ke atas. Harga bagi secucuk sate tulang ni RM1 je. Jom makan2 & jalan2 :)
~published by iPhone~
Thursday, April 21, 2011
Resipi Sate
Ada yang mengejanya sebagai SATE... ada juga SATAY... bagaimanapun rupa parasnya hampir sama walau siapa juga yang membuatnya. Cuma yang membezakannya ialah rasa setiap satu sate tersebut. Kali ini kita akan berkongsi resipi sate yang mudah & senang. Penyediaannya agak mudah, cuma proses pembakaran bagi yang amatur ni kan, harus meleleh air mata dulu barulah boleh mula membakar. Hahaha.... seperti juga kebanyakan jenis BBQ yang lain, sate juga enak jika dibakar menggunakan arang. Penyediaannya juga lebih enak jika dilakukan pemerapan selama semalaman. Jom tengok!!!
Bahan-bahan:-- 1kg daging lembu/ayam
- 5 batang serai
- 2 inci lengkuas
- 2 inci kunyit hidup (2 sudu besar serbuk kunyit)
- 1 biji bawang besar
- 1/3 cawan ketumbar biji
- 1/3 cawan jintan manis
- 3 sudu besar kicap manis
- gula merah secukup rasa
- garam secukup rasa
Cara-cara membuatnya:-
- Sangai ketumbar & jintan manis (masak dalam kuali tanpa guna minyak).
- Hiris lengkuas, serai, kunyit & bawang besar. Kemudian kisar sekali dengan ketumbar & jintan manis yang telah disangai.
- Campur bahan2 lain ke dalam satu bekas besar.
- Daging seeloknya dipotong nipis dan memanjang.
- Perap Daging bersama bahan2 rempah yang telah dikisar tadi.
- Simpan didalam peti sejuk semalaman.
- Cucuk daging menggunakan lidi buluh sebanyak 3 hingga 4 keping.
- Bolehlah dibakar dengan menggunakan arang.
(Tips:- Sate lebih enak jika daging bercampur dengan lemak sedikit. Untuk daging ayam, lembu ataupun kambing... pasti enak... selamat mencuba)
Saturday, June 5, 2010
Sup Daging & Masih Demam
Sup daging ringkas2 ni je untuk makan malam tadi. Memandangkan masih kurang sihat, jadi pilihan sup yang tidak berempah langsung ni la dan tidak bertumis. Semuanya dicampakkan je dalam periuk. Rebus daging sampai empuk, pastu campak bawang puith, merah, serai. Dah nak angkat, masuk cili dan tomato. Senang yang amat2 la kan. Nak makan perah limau nipis. Tapi tekak ni masih kalah lagi bila makan ni sebab akan jadi perit je. Suhu badan telah turun, tapi tekak makin perit... huhuhuFriday, May 28, 2010
Kari Daging + Kacang Kelo @ Mongge
Kari daging yang dimasak pekat dan dicampurkan dengan kacang kelo ataupun juga dikenali dengan lain iaitu mongge sangat sedap dimakan dengan nasi ataupun roti. Macam roti best ni kalau cicah ngan kari kan... roti nan, roti paun/benggali, roti arab, lempeng kelapa, lempeng biasa, cekodok dan segala macam jenis la... roti jalan pun best gak... hihihi... Hari ni cuti Hari Wesak... Bagi penganut2 agama Buddha, hari ni merupakan hari kebesaran mereka la kan. Bagi yang bercuti mcm Tuan Rumah ni... Keje yg makan gaji je la cutinya... keje2 yg hakiki kat rumah ni berjalan macam biasa la kan. Hehehe... Jadi masak kari daging tetel pekat & kacang kelo ni siap2 utk makan tengahari nanti sebelum pulang ke rumah sana ye... Hari cuti2 ni segala macam perkara perlu diuruskan. Harap badan ni sehat2 supaya dapat menjalankan urusan dengan lancar :-)Kepada yang terlupa bagaimana rupa paras kacang kelo atau mongge ni... ataupun yang tidak tahu dan kurang mengenalinya kan... Ini lah dia kacang kelo atau nama lain mongge. Yang ni dah siap disiang ye... kena kikis kulit hijau dia tu. Lepas tu potong2 la. Kalau kite x kikis kulit ijau dia tu nanti maung bau kari tu. OK2... Tuan Rumah ni mahu berangkat pulang ke rumah sana pula ye...
Sunday, May 16, 2010
Daging Salai & Perut + Buah Bacang Masak Lemak Cili Api
Sebelum cite benda2 makanan ni kan, nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik yang telah mendidik diri ini secara formal dan tidak formal juga. Kepada kedua2 ibu bapa, nenek atuk, pakcik makcik, adik beradik, guru2 di sekolah tadika, SK Lepar Utara 8 Pahang, SK Batu Berendam Melaka, SK Trolak Timur Perak, SM Trolak Perak, SM Teknik Ipoh Perak, Kolej Yayasan Alor Gajah, UiTM Arau Perlis, UTM Jalan Semarak KL & Skudai... Rakan2 blogger yg menjadi guru menimba berbagai2 ilmu, rakan2 yg bergelar cikgu di sekolah2 kerajaan dan swasta.... pergh... ramai ni... semua la... SELAMAT HARI GURU!!! Hari2 kite belajar sesuatu yang baru... Pembelajaran sepanjang hayat :-)
Panjangnya nama lauk ni
disebabkan musim buah bacang ni dah melanda negara kan
org2 kat rumah ni request mahu makan benda alah ni
kali ni salai daging + ngan pewut
1kg daging & 1/2 kg pewut lembumasak layur sket
tetapi baunya harummm semerbak dapur
Cik Manggis... sama kan lesung kite ni :-)
sila la pegi umah Cik Manggis kat Jom Borak Jom Makan
sedap2 sumenya makanan Cik Manggis
Saturday, May 1, 2010
Daging Salai + Nangka Masak Lemak Cili Padi
Hujung minggu ni waktu siang adalah giliran memasak... Ambik alih tugas my dad... hahaha... Semalam my mum request mahu makan daging salai, jadi masak ni la... Daging ni my dad yg salai pakai arang, baru la mengaum wanginya... hehehe... Alhamdulillah... dapat makan ramai2 ngan anak2 sedara juga. Ni kan masakan yang ringkas je kan. Cuma nak salai daging tu agak leceh sket. Xyah dah le letak resipi, masakan senang... heheheThursday, April 29, 2010
Burger Daging
Tadi balik lewat drpd tempat keje... waduhhh... banyak keje harus dibuat. Pagi2 esok kena menghadiri mesyuarat di Maju Tower, KL. Seawal jam 9 pagi mesyuarat tersebut diadakan... Jadi tadi petang menguruskan laporan2 yg perlu dibawa bersama utk mesyuarat esok. Warghhhh!!! Pagi esok seawal jam 4.45 pagi sudah harus bangun bersiap2 dan menuju ke destinasi... Mampukah??? Huhuhu... Menjejakkan ke jam 11.57 tgh malam ni pun lum tidos lagik... huhuhu.... kejap2 je lagi mahu tdo dah la....
hanya sempat masak ini utk makan malam...walaubagaimanapun... burger daging ni sedap kan... hehehe
mcm2 nak letak... yg paling best ade cucumber pickled :-)
Wednesday, April 7, 2010
Kerutub Hati Lembu
Beberapa minggu yang lepas... Nampak Datin El masak kerutub daging... Teringat jugak yang kat rumah ade rempah kerutub ni... Hihihi... Sudah lebih 1/2 tahun dok saja dalam esbok tu... Hati lembu ni pulak dah beli minggu lepas... duduk dalam BILIK SEJUK BEKU... hahaha... Petang tadi teringat nak masak menda alah ni... xde la masak yang susah2 pun... kerutub yang simple2 aje... Malas nak korek lengkuas ngan serai kat belakang umah. Jadi hanya letak bawang putih, bawang merah, halia, ngan penumis jek... lepas tu rempah kerutub import drpd Kelantan tu dengan letak santan dan asam keping. Perasakan dengan garam dan gula merah. Manis2 sket... siap....xde sukatan khas semasa memasak... semuanya berdasarkan cukup rasa... hehehe....senang amat jenis2 masakan di dapur yang comel itu.... NDA CUKUP RAJIN BAA...Kepada Datin El... Ni lia dah masak mcm yg dijanjikan tu... heheheSaturday, April 3, 2010
Chicken Soup With Black Jelly Mushroom
Chicken soup with black jelly mushroom... yummy2... makan tengahari tadi semasa balik ke sana... Sup yang agak istimewa sebab suka cendawan hitam tu... Sambil masak tadi melayankan manik2 di depan tv... gembiranya hati dapat rehat2... :-)
Thursday, April 1, 2010
Dinner 2nite
Yummy... dinner 2nite makan beger ni jek... Buat utk sorang sebiji ye... Telah selamat di makan jam 7.15 malam tadi... Masa tengah buat ni, si Cocos call... sudah bakar sama dia... Mahukahhh?? Hahahaha... Abes la Ibu dia pening pala... dah muncung2 kata ibu dia... wakaka... nasib leeeerrrr... sape suruh call x kena masa... :D My Frenz di Bernama itu pun tgh on9 masa tu... dapat dengar cerita je la kan... hahaha.... Esok breakfast pun mahu makan beger je la... sebab masih ade lagi 3 biji rotinya... nanti expired laks...Dapat jugak akhirnya makan beger ni setelah lama dok teringin mahu buat...*** psstttt... mutu gambar kurang elok kerana menggunakan kamera hp je ye :-)
Friday, November 13, 2009
Daging Samudera
Pagi2 tadi kan... masa nak post kat blog... nampak kak Ummi yg kat Kuantan tu update blog dia... Malam semalam dia masak nasi Portugal ngan Daging Samudera.. teruja tgk nasi dia.. menyelerakan... ME balik2 ni x de le buat nasi mcm kak Ummi tuu... hanya dapat Daging Samudera jek... hehehe.. meenurut kata Kak Ummi.... resipi asal daripada Lelayong (yg glamer kat MyR tu...) Kak Hana yg kat Japan pun suke gak buat menda alah ni... ME ambik kat umah Kak Ummi Jek la... pegi le umah Kak Ummi kalau nak resipi.. hehehe...(malas nak C&P)...huhuhu
Thursday, October 8, 2009
Black Pepper Lamb Ribs
Ni juadah berbuka posa minggu lepas... sebenarnya masa membeli daging tu.... rasa nak makan burung puyuh... Mr Kwrshii ckp kat Giant may be ade... bila cari2 xde lakssss... So nampak bebiri ni....dah agak lama x makan daging bebiri... Antara masakan chop yg paling digemari... rasa manis2 pedas... sedap... penah post resipi ni sblm ni kat sini... check la ye :-)
Saturday, September 12, 2009
21 Ramadhan 1430 H ~ Nasi Daging Merah & Sup Ayam Kampung
Juadah semalam ialah nasi daging merah dgn sup ayam kampung.... Nasi tu tapau jek... Angah semalam sedekah kat masjid depan umah ni... Jadi dia bagi sekali le kat kami sekeluarga memandangkan anak2 dia pun berbuka kat umah ni.... Resipi xde yeeee... sebab sup ayam tradisional ni... Mak yg masak... Hehehehe... Layannnnn
(beli ayam ni kat kwn tempat keje
raya tahun ni nak makan rendang ayam kampung
dah order dgn si Farra)
Thursday, September 10, 2009
19 Ramadhan 1430 H ~ Juadah berbuka
Hari ni sibuk sungguh le...
Kelam kabut dibuatnya....
Kite tengok je l ape menu smlm ni.....
warrrgggghhhh busynyaaaaa...
Mangga ni... Kawan My Lovely Dad bagi
Labels:
Daging,
Ikan,
My Lovely Mum Cooks,
Ramadhan 1430 H,
Sayur
Tuesday, September 8, 2009
Daging Masak Merah Madu
Masak ni sebagai juadah sampingan masa berbuka puasa 15 Ramadhan Sabtu lepas.... Disebabkan kat umah tu ramai x leh makan ayam... kena tukar menu jadik daging.... Leh tahan la gak rasa dia... 1st time beli rempah segera utk masak merah ni.... so kite buat ujikaji kkkkk..... proses masak sama mcm Ayam Masak Merah Madu

Daging Masak Merah Madu
@@@ Bahan-bahannya
- 400 gram daging (beli yg lembut tau... nanti liat lak brp lama br leh makan ;D)
- 2 biji bawang besar ~ dipotong bulat
- Sepaket rempah segera Ayam Masak Merah (jenama Maggi)
- 2 biji tomato ~ dipotong dadu
- 1/2 cawan air
- 2 sudu besar madu
- sebiji lobak merah ~ dihiris besar
- 50 ml susu cair
- 1/4 cwn air
- Cili padi utk hiasan
- garam ujung rasa
%%% Cara memasaknya
- Hiris daging mengikut kesukaan masing2. Basuh bersih pastu goreng (bagi lembut). Angjkat dan asingkan.
- Pastu.... bancuh rempah segera tu dgn 1/2 cwn air... tumis sampai masak.
- Masukkan lobak merah dan air... Bagi sampai lobak tu lembut.
- Masukkan madu, susu cair dgn tomato.
- Bila kuah dah pekat, masukkan daging yg dah siap dogoreng tadi dgn bawang di potong bulat... Siap.... kejap jek dah boleh makan... :D
Friday, September 4, 2009
Daging Lada Hitam
Sempat masak ni utk berbuka semalam 13 Ramadhan 1430 H.... Balik keje singgah Giant pastu beli daging ni dgn brokoli. Resipi main campak2 sendiri.... Tapi presentation tiru Kak Nor yg rajin sgt2 memasak tu.... Daging yg lembut. Mula hiris daging sampai le siap posing tu x sampai 1/2 jam penyediaannya.... x masak banyak pun... cuma sepinggan ni je. Cukup utk kami 5 org makan anak sedara 2 org.... Resipi kemudian ye... nak ke Maxis Centre, Mahkota Parade jap... @@ Bahan-bahannya
- 350 gram daging ~ dihiris nipis (x hengat dr bhgn mana lembu sebab main ambik jek masa beli kat Giant hari tu..... Harga sekilo RM26.99)
- 3 biji ubi kentang ~ belah dua pastu hiris
- sebiji cili merah
- sebiji cili ijau
- sebiji bawang besar (ditumbuk)
- 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
- seinci halia (ditumbuk)
- 3 sudu teh lada hitam (ditumbuk kasar)
- 1 sudu teh sos seasoning Maggi
- 3 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos lada hitam
- 5 sudu besar air asam jawa
- garam dan gula secukup rasa
- minyak untuk menggoreng
&& Cara-cara membuatnya
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk iaitu bawang besar, bawang putih, halia dan lada hitam.
- Masukkan daging dan ubi kentang yg telah dihiris dan dibersihkan. (masuk sekali senang keje... wakaka). Tunggu sampai empuk.... x lama 10 minit mcm tu dah ok
- Bila daging dan ubi dah empuk, masuk semua jenis sos dan air asam jawa + cili ijau dan merah yg dihirs. perasakan dgn garam dan gula.... Siap :D
Subscribe to:
Posts (Atom)
























