Kari daging yang dimasak pekat dan dicampurkan dengan kacang kelo ataupun juga dikenali dengan lain iaitu mongge sangat sedap dimakan dengan nasi ataupun roti. Macam roti best ni kalau cicah ngan kari kan... roti nan, roti paun/benggali, roti arab, lempeng kelapa, lempeng biasa, cekodok dan segala macam jenis la... roti jalan pun best gak... hihihi... Hari ni cuti Hari Wesak... Bagi penganut2 agama Buddha, hari ni merupakan hari kebesaran mereka la kan. Bagi yang bercuti mcm Tuan Rumah ni... Keje yg makan gaji je la cutinya... keje2 yg hakiki kat rumah ni berjalan macam biasa la kan. Hehehe... Jadi masak kari daging tetel pekat & kacang kelo ni siap2 utk makan tengahari nanti sebelum pulang ke rumah sana ye... Hari cuti2 ni segala macam perkara perlu diuruskan. Harap badan ni sehat2 supaya dapat menjalankan urusan dengan lancar :-)
Kepada yang terlupa bagaimana rupa paras kacang kelo atau mongge ni... ataupun yang tidak tahu dan kurang mengenalinya kan... Ini lah dia kacang kelo atau nama lain mongge. Yang ni dah siap disiang ye... kena kikis kulit hijau dia tu. Lepas tu potong2 la. Kalau kite x kikis kulit ijau dia tu nanti maung bau kari tu. OK2... Tuan Rumah ni mahu berangkat pulang ke rumah sana pula ye...
salam kak..mcm tak penah jumpa la kacang ni..rupenya ada gak sayur yg tak penah jumpa..hikhik..tapi kalu namanya kari mesti sodap niih
ReplyDeleteIzah... x penah jumpa ye? ni biasa ade dalam masakan india... sedap kacang ni. rupa paras memang la x menarik. kale ijau pekat dan keras lak tu... hihihi
ReplyDelete