Sunday, May 23, 2010

Tepung Pelita ~ Kuih Sampan

Jom buat kuih tepung pelita ataupun juga dikenali sebagai kuih sampan. Kuih yang sangat mahsyur di negeri Perak ni kan, saje2 dibuat kerana mencuba kemahiran diri. Takut lupa dah cmne nak buat kan. Hehehe... Alhamdulillah berjaya juga walaupun ade sedikit herot berot kelongsongnya. Sampan dah jadik bujur je semuanya sebab salah stapler ujung muncungnya. Tak pe la kan, kelongsong jek herot berot, rasa tetap kekal sedap. Kali ni kite kongsikan cara2 buat sampan ataupun kelongsongnya ye... :-)

Bahan2 untuk Tepung Hijau

  • 5 helai daun pandan
  • 4 mug air
  • 1 mug tepung beras
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 8 sudu besar gula (kalau x cukup manis tambah lagi)
Bahan2 Untuk Tepung Putih (kepala santan)
  • 3/4 biji kelapa
  • 3 1/2 mug air
  • 1/2 mug tepung beras
  • sedikit garam
Cara2 Membuatnya
  • Potong kecil daun pandan dan kisar bersama 1 mug air. Tapiskan daun pandan dan perah. Masukkan kesemua bahan dalam kuali (sebab senang nak kacau). Dengan menggunakan tangan, hancurkan tepung biar bagi sekata dengan air tadi. Dah sekata baru la panaskan kuali dan mula mengacau dengan sudip.
  • Bila dah masak adunan tepung hijau ni, dia akan jadi likat dan cepat membeku.
  • Masukkan 2 sudu teh gula ke dalam kelongsong sampan tadi, dan kukus sehingga gula hancur.
  • Bila gula dah hancur, masukkan pula adunan tepung hijau tadi. Tepung hijau yang hampir keras akan jadi x sekata (sememeh). Kukuskan tepung hijau tersebut, dan adunan akan menjadi sekata semula.
  • Masakkan pula untuk adunan tepung dalam kuali juga. Cara yang sama digunakan utk buat tepung hijau. Kalau nak senang, kisar je kelapa parut tu dengan air.
  • Bila tepung putih dah masak, sudukan masuk dalam sampan yang telah siap dikukus ngan tepung hijau tadi. Kukus sekejap lagi ataupun biar saje adunan tu. Siap...

1. Daun pisang gunting 4 segi

2. Lipatkan seinci di kedua2 hujungnya

3. Akan menghasilkan seperti ini

4. Kelim dihujung sampan dan ketip guna stapler senang

5. Buat pula di hujung sebelah lagi satu

6. Siap pun kelongsongnya...

7. Kukus 2 sudu teh gula sebelum letak tepung hijau.
Akan menghasilkan kuih yg berair manis dibawahnya :-)

12 comments:

  1. salam LIA...hebat..hebat sungguh mu ni mek..kuih sampan pun pandai buat?siap dengan sampan nya..makcik buat guna bekas plastik je sebab tak pandai buat sampan.Sedapkan jika simpan dalam peti ais sat.

    ReplyDelete
  2. Salam Cik... Mana ade hebat la... sampan lia herot berot dibuatnya. Hehehe... sedap2... lia dah simpan stok dlm esbok. Kuih ni kan x tahan lama... jom la kite makan sama2 :-)

    ReplyDelete
  3. salam lia

    mak ai..rajin giler tahap gaban lia ni..menggoda betullah..sedap..sedap..sedapppppppppp.

    ReplyDelete
  4. Salam Datin El... Huhuhu... mana de rajin la. Lia 2 hari duduk je umah malas nak klua2. So kite main masak2 je la... Sedap2 kan kuih muih tradisional ni... Hehehe

    ReplyDelete
  5. Salam Lia, sedapnya kuih ni...pandai sungguh buat sampan tu...cantik jadinya...

    ReplyDelete
  6. Treat And Trick>> salam kak... minta maaf lum sempat berkenalan lagi. Nama akak ape ye? Kuih nisedap kalau sejuk2 kan. Lia mmg suka kuih lembik2 yg berasaskan tepung beras ni. Nyaman je tekak kan. Tang sampan tu yang tak menahan nya kak... herot berot jadinya bila dah tuang tepung. Hehehe... jom kite naik sampan sama2 :-)

    ReplyDelete
  7. lia..akak punyelah teruja...terus buat mlm tadi..tak guna resepi lain kat myresepi sbb smlm godek2 blog lia tak update resepi hari ni dah ada hehehehe...anyway cantik sampan lia buat tu..akak punye lagi herot heheheh

    ReplyDelete
  8. Kak fida... ade ghoje nak buat smlm. lambat le sket nak update. tapi kan kak... pakai resipi ape2 pun kan xpe sebab bahan tetap sama... rasa pun sedap je kat tekak kite. hehehehe...sampan kite herot perot kan kak... x pe le, janji x karam... hehehe... sib baik kat sana ade daun pisang kan kak... kalau kena kawan2 yg kat negara xde daun pisang mesti sedey... huhuhu

    ReplyDelete
  9. salam lia,
    wah....ni dah bole buat jual ni. orang tak kisah sampan herot, asal tak bocor dan sodap...akak pun bole tumpang lenkali ni. hihihi

    ReplyDelete
  10. salam...

    sampan herot... sib baek x karam kan... hehehe... jom2 kite tumpang naik sama :D

    ReplyDelete
  11. ooo ingatkan kuih ni kat klate jer rupanya kat perak pun ada gak yer...baru tau...he he nway sedap buat dlm daun pisang harum semerbak bila dikukus kan...e-na wat dlm bekas je laaaa..huhuuu

    ReplyDelete
  12. hehehe... ade kuih ni... mana2 pun ade kan.. sedap

    ReplyDelete

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...