Showing posts with label Jalan2 n Makan2. Show all posts
Showing posts with label Jalan2 n Makan2. Show all posts

Tuesday, January 7, 2014

Happy Friendship + Busy Meeting

Smlm dgn hari ni... Busy dgn meting kat hq KL... Berulang hari2. Kuar kul 6am dr rumah. Owh! Letihnya... Sbb seharian meting. Pastu balik pulak. Harung jem bagai. Semalam otw balik. Jumpa 2 accident kat highway. Seremban ngan senawang. Tatau la ape nasib mereka. Meeting2.... Awal tahun biasa sibuk wat unjuran kewangan. Pastu depa nak tau gak. Brp performance belanja last year. Owhhh!!! I'm a happy workers... 99.99% belanja vs waran terima. Hohoho... Just only RM900++  yg x belanja out of RM16++million. Owhhh!!! Berbelanja berhemah sangat kan. Happy2... Eventhough xde sape pun from my top management yg appreciated. X kisah la...  Hari ni ader lg meeting... Sambung unjuran kewangan. Pastu pelaksanaan projek rp3 RMK10. Wohoooo... Sudah start maaaa. Client dah bg approval utk mula certain2 project. 

Happy faces... Ni muka lepas kenyang breakfast... Sebab dah tau nak harung jem. So kuar kat Kajang, pegi Sg Ramal. Breakfast dulu. Menu pagi ni. Roti canai with mutton curry D'Bukit. Ok! Not bad at all. Service bagus & cepat. Mknan pun sedap... Lepas dah kenyang baru hepi nak lyn jem (huh! Nyampahhhhnya jem)


After meeting which is after lunch break... Zassss... Ke Mid Valley pulak. Jumpa my bff & mamat ni. Yeayyy!!! Kali ni Sang Jamey turut serta acara gather2. Ok!!! Lokasi kali ni Dubu-Dubu... Yummehhh... Sedap korean food kat sini. Desert of the day... NY Cheesecake with choc topping. Bawak dr rmh.. Muka hepi giler lepas dpt mkn cheesecake. Nikmatnyaaaa... Lama x mkn kot. Edisi diet harini... Musnah. Carbo yg selamat masuk dlm pewuttt... Roti canai + 3 sudu nasi korea tu + cheesecake + 2 biji kuih. Ok! Sila nangessss!!! Huhuhu... 

Monday, November 18, 2013

Cerita Jalan-Jalan Yang Tertunggak

Ada banyak entri tertunggak yang dok peram... Tatau bila nak rajin menulisnya. Lom boh entry, dah sibuk nak p berjalan lagi... Minggu ni kite masih dalam misi jelajah ASEAN... Tungguuuu... Asyik pending jerkkk... Jogja lom abes citer lagi.... Huhu... Ok2... Tgk la antara entry yg bakal publish nanti ye... 

Guangzhou-Shenzen, China



Butterworth-Bangkok-Chiang Mai-Chiang Rai, Thailand



Chiang Mai, Thailand


Padang-Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia



Danau Toba-Tinggi Raja, Medan, Sumatera Utara, Indonesia


Pulau Pinang, Malaysia

Thursday, November 14, 2013

Bercuti ke Kuala Rompin - Endau - Mersing - Kluang ~ Kenangan Terakhir

Setelah agak lama berada dalam folder DRAFT.... Pagi masa 5-7 Julai, 2013... beberapa hari lagi nak puasa. Entry kali ni adalah kenangan terakhir kami bersama Allahyarham Ahmad. Di kalangan kami mmg pgl Pak Mad jek... Arwah telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini pada 2hb Ogos, 2013... Hampir sebulan selepas sesi menjejaki Kuala Rompin. Moga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yang beriman. Al-Fatihah... 

Salah satu jeti perikanan yang terdapat di Endau


Abah Lan, me, Su & arwah Pak Mad
duduk2 atas buai tepi pantai :)


Alhamdulillah... Kami berjaya menjejaki udang galah
makan2 session kat kedai Mak Ngah... pilihan kami udang galah gred AA
Sekilo dah siap masak RM70 (dapat dalam 4 ekor)
sebab kami berlima... makanya... lebih la sekilo
Sorang makan sekor jek... paling sedap tang kepala udang & otaknya
slurppppp... lembut gitu...
Ape yg kami makan???
Udang gred AA ni 5 ekor
Ulam 2 pinggan
Sambal Belacan 2 piring
Sayur kobis sepinggan
Sayur kacang panjang sepinggan
Nasi 5 pinggan
Air x igt ape dahhh
Semua sekali RM110... Berbaloi kan


Menjejaki sunrise di belakang rumah penginapan... bersebelahan jeti Tg Gemok


OK!!! Beli pulak udang nak bawak balik ke rumah
Setiap hari Ahad, ada pasar minggu yang besar di Kuala Rompin
Taraaa.... siap beli ais & polistren container
Baru la udang segar dpt smp dgn selamat :)

Kat Kuala Rompin pun ade sawah padi yang besar sgt...
mengikut kata kawan... org2 dari Kedah yg berhijrah ke sini yg mengusahakan
maka terhasil lah jelapang padi ni


Daripada atas bukit di Mersing... Nampak kan perbezaan tone warna laut :)


Menjejaki sunrise lagi di Tg Gemok


wlpun xde sunrise ala2 biskut cicah air...
jadi arrrr :P


Jeti ikan kat Tg Gemok


Buddies & colleugues

Tuesday, November 12, 2013

Food everywhere for a few day

Hepi weekend last week... Hasilnya... Taraaa... A few photo for a food hunter. Yummyyyy... Last Sunday my bff & me was lepaking session for ladies day out. Hoyeahhhhh... Cuaca sgt best. Ujan since b4 subuh till asar. X sedar pun. Kuar at 9.30am... Smp rmh smla at 4.30pm... What we have done? Breakfast together at windmill, Marvelaux Hotel. Movie time at Dataran Pahlawan. Lunch at The Breeks, Mahkota Parade. Lps tu... Monday & today lepak rmh mak... Kiter p mkn kat luar je la. Senang... Hasilnya. Yong tau fu. & lauk je tanpa karbo. Huhu


Taraaaa... Antara movie yg best tahun ni. Last tgk 2 tahun lps. Thor. Tq Uder & Kay for make our day so sweet :)

Tuesday, November 5, 2013

Day 9- Menu yang lepas


Disebabkan tak berapa nak peruntukan masa sangat. Maka ni adalah update yg campo2 utk beberapa hari yg lepas. Tgh cuti2 ni, byk keje kan. Tetamu pun ramai yg dtg rumah. Lepas tu... Weekend kat KL. Mmg busy... Tapi sangat hepi. Cuma diet ke laut sket. Sebab ader amek sos. Ade amek gula sket. Huhu... Jenuh. 



Taraaaa... Beger bakar ni si Reza dgn Fiza belanja... Sempena birthday lepas. Tapi... Hanya makan patty daging, salad, keju dan mayo tanpa sos. Sebab kat menu dia ada jual patty je. Bila kat note tu. Tulis la.. Tanak sos. Hehe


Semalam cafe opis tutup. Pastu mmg xde bw bekal utk lunch. So p makan kfc je la. Tips makan kfc kalau ikut2 kan yg baca2 kat internet. Tukar mashed potato kpd coleslaw... Jgn makan kulit dan tepung2... Tukar air berkarbonat kpd air mineral... Jgn amek sos... Taraaaaa... Makanya dpt 2 coleslaw, 2 ketul ayam, air mineral. Kenyangssss...


Hasil kekenyangannnn... Ni semua buang ye...

Tuesday, August 27, 2013

Tahniah Arni & Zamri


Tahniah my superb friend Arnisarina & Zamri... Smlm 25.07.2013 tarikh perkahwinan mereka. Sempat juga sy & rakan2 yg lain dr Melaka konvoi beramai2 ke Kg Sum Sum, Janda Baik, Pahang... Ni gambar pengantin terkejut dgn kehadiran kami. Dia pun tak sangka kami datang. Dah la smp kul 2.25pm mcm tu. hehe... Kelakar mereka berdua ni dgn aksi2 terkejut. Arni dan Zamri cantik sangat dgn persalinan ni. Tahniah korang... Dah alang2 ader kat Janda Baik, kami p cari durian. Yummyyyy... 



Musang king & D24 in da houseeee... Yeayyyy!!! Mkn smp pening... Hahahahaaaaa 

Wednesday, April 10, 2013

Terima Kasih Malaysia Airlines ~ MAS

Just a short & quickly update to appreciate our flag carrier MAS for making my face smiles and my dreams come true. Will update soon about my new short vacation. Keep in touch yaaaa...

~published by iPhone~



Saturday, December 22, 2012

Old Chang Kee, Singapore

Salah satu favourite dish masa jln2 kat Singapore ari tu. karipap dia sedap2. Lebih kurang mcm karipap kat Ikea. Tp yg ni lebih sedap kot. Outlet dia byk leh jumpa kat station2 mrt. Sebiji karipap ni harganya SGD1.60... Air pulak SGD2.00 klu x silap. Boleh request no sugar. Less sugar. Normal. Ni antara Halal food yg menjadi pilihan kat sana. Boleh juga mkn roti dgn kari. Set tu x igt brp dollar. Tapi roti dia lembut. Cuma kita org Malaysia dah biasa mkn roti byk kari sikit. Kat sana terbalik lak. Roti cecomel jek. Kari punya byk. Hihi

~published by iPhone~


Thursday, December 20, 2012

Piala Suzuki AFF 2012 ~ Malaysia vs Thailand

Alhamdulillah... Selamat kembali ke tanah air. Masa kat Bangkok ari tu, kami sempat p tgk separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF 2012. Rezeki ALLAH SWT... Tiada sape jangka. Kami smp jam 1tghr kat Supachalasai Stadium, Bangkok. Jumpa bdk2 ultras Malaya. Tiket abes. Huhu...

Kecewa nya psl. Kami p mkn dulu kat Ramkhamhaeng University. Kat situ byk mknan Halal. Senang sgt2.... Kami tapau siap2 mknan. Risau kebulur masa tgk bola nti.

Tapi... Kami tekad. Xde tiket pun. Kami nak dok gak dpn skrin tv yg besar tu. sokong Malaysia. Dlm jam 6.30pm kami pun p dpn skrin besar. Rezeki kami. Jumpa dgn org Malaysia. Tgh kelam kabut. Tya kat mn tmpt vvip. Nk amek tiket. Sambil dia tya nape x masuk. Kami jwb la. Xde tiket cane nk msk. Huhu... Depa pun xde tiket gak. Tp dgr kata staf2 drpd Kementerian Belia & Sukan ade bagi tiket free... Walawehhhh... Ape lagi. Berkejaran la kami ke arah tempat vvip. Hoyeahhhhh... Syukur sgt. Kami berjaya gak dapatkan tiket masuk. Wlpun masuk dah lambat. Slps dorang nyanyi lagu Negaraku.

Terima kasih Kementerian Belia & Sukan :)











Wednesday, December 5, 2012

Singapore Zoo

Spjg cuti2 di Singapore, kami sempat p zoo kat sana. All the way, kami p by public transport. Kami naik MRT dr Holland Village (sebab dok area situ), pastu turun kat AMK (hub utk bas2). Ikut jek signgae kat situ. Sampai jumpa stesen bas. Amek bas no 138. Kekerapan bas mmg terbaik la & ikut jadual. Bayo sgd1.90 dan naik smp lebam. Stesen terakhir Singapore Zoo.

Kami pilih utk zoo siang & malam. Beli secara pakej. Harga x brp nak igt brp. Rasa mcm x smp sgd40 kot. Zoo kat Singapore ni ok, bersih & mcm2 haiwan ada. Org yg dtg melawat pun ramai. Pilihan makanan halal kat dalam zoo ialah KFC... Elok je lepas makan, hujan pun turun dgn sgt lebat. Aktiviti tertangguh selama 3 jam. Sampai la tram dtg amek kami kat tempat berteduh.

Night safari mlm tu pun, kami naik tram jek. X dpt tgk show sbb dorg x jd buat. Hujan.

Balik, kami naik bas. Turun kat Choa Chu Kang mrt stesen. Pastu terus ke Holland Village nk balik.

~published by iPhone~

   
Jom tunggu bas kat sini. Beratur je ikut lane ni :)





Tgh beratur


pintu masuk SIngapore Zoo... cantik :)


Harimau putih... yg nampak ade 2 ekor... sblm ni kan penah ade kes harimau ni makan pekerja pembersihan kat dalam ni. Ngeri wehhhh.... rimau ni sket punya besaq la



okayyy.... masih di keluarga harimau

With the most sexiest zebra... :P

Aisara, Hanan & Aisya
Depa berhujan... seronok kot budak2 men ujan
 

OKay... sini la stesen Choa Chu Kang
ala2 mcm Phua Chu Kang :P


Friday, November 30, 2012

Masjid Sultan, Singapura

Alhamdulillah... Berkesempatan ke sini masa p jln2 s'pore 15-18 Nov baru ni. Short decision making with jimba2 frenz. Syahdu sgt masa berjemaah di sini. Kami jamak takhir zuhur-asar kat sini. Juga jamak takdim maghrib-isya'. Kalau kebanyakan masjid, lampu chandelier biasa sbg tarikan. Kat sini, kipas yg sgt besar menarik perhatian kite. TQ kat pengurusan masjid



Wednesday, June 6, 2012

Murtabak Mengkasar, Pekan, Pahang

Sempat singgah di Pekan semasa dlm perjalanan ke Terengganu. Sahabat yg sudah mcm saudara sy ni kemungkinan besar akan menetap di sana je kot. Sorang asal Cheras sorang lagi Melaka. Rezeki mereka di sana. Terima kasih reza, fiza & hanah... Maaf atas segala kekurangan.

Malam sabtu yg lepas, kami pegi mkn murtabak mengkasar. Mmg popular murtabak ni. Juga digelar murtabak diraja. Rempah ratusnya agak nipis rasanya. Cuma pada sy, murtabak ni agak kering. Kuah kari yg dibekalkan sekali juga cair. Mkn dgn jeruk bawang pun sedap. Antara gerai yg mendapat sticker program JJCM (Jalan2 Cari Makan). Sedap2... Lain kali boleh pegi lagi... Tapi nk bawa kuah kari sendiri. Hihi :)

~published by iPhone~

Tuesday, March 27, 2012

Hotel Di Yogyakarta

Tengah pening2 fikir dan pilih2 hotel untuk jalan2 makan2 di Yogyakarta, Indonesia bulan depan. Antara short list yg dah ade ialah Ibis Hotel, Novotel Yogyakarta Hotel, Austin Hotel, Rumah Boedi Pavilion, Rumput Hotel & Rumah Mertua. Apekahhh??? Rumput Hotel? Tapi itu antara yg sangat2 berkenan. Dah buat reservation tapi hotel ni x de reply2 pun. Sedih betul. Rumah Mertua??? Sape punya mertua? Yg ni pun berkenan. Tapi ni bukan rumah mertua sy tau. Nama hotelnya saja. X de mak mertua, menginap di hotel mertua pun leh gak. Haha...
Sumber gambar drpd Agoda.Com

~published by iPhone~


Ini antara yang murah... Dekat dengan Pasar Beringhajo & Jalan Malioboro
RM90++ (without tax)


Yang ini di kawasan Tugu Jogja
skrg tgh prmo dgn rega RM122++ (without tax)
dekat dgn Galeria Mall Yogyakarta



Yang ni betul2 berhadapan dengan Jalan Malioboro
yang mana jalan ni memang terkenal dengan pelbagai hasil seni
RM153++ (without tax)



RM124++ (without tax)
antara hotel yang cantik dan lebih kurang 2.5km ke Jln Malioboro



Antara hotel yang menjadi pilihan juga
RM95++ with tax
tapi sampai skrg lom ade reply email drpd hotel ni
Letaknya di Condong Catur, Sleman


Ini juga antara hotel pilhan
berkonsepkan boutique & SPA hotel
reganya RM125++ with tax
letaknya di Jln Palagan Tentara Pelajar
bersebelahan dengan Hyatt Regency Hotel, Yogyakarta

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...