Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Wednesday, November 13, 2013

Puasa Sunat Hari Tasu'a' & Resipi Air Asam

Alhamdulillah... Selesai sudah... Dapat juga menunaikan ibadah sunat ni... Terima kasih kepada kawan2 di fb & wassup sbb tolong peringatkan. Ni antara bagusnya media sosial... :)

Hari ni dapo tak berasap ye... yang wat keje cuma Cik Elba jekkk... Berbuka dgn ikan mambong bakar (dalam oven jekkkk...) cicah (dlm erti kata yang lain... rendam) dgn air asam yg superb yummy... konpem lepas makan tgn bau punya... hehehe...

Resipi Air Asam:-

Bahan2:-
  • 4 biji cili padi hijau (hiris)
  • 1/2 biji cili besar merah (hiris)
  • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 1/2 cwn air asam jawa pekat
  • 1/2 biji tomato (potong dadu)
  • seketul belacan ABC - Hancurkan dalam air 1/2 cawan (kat pack dia tulis Terasi Udang... made in Indonesia)
  • Daun ketumbar kalau suka - hiris
Cara2 buatnya... gaul semua dalam mangkuk... siap je bakar ikan, rendam dalam mangkuk tu... siap leh makan... Later will update pic for Terasi Udang jenama ABC tu ye :)




Another menu for breakfasting... Tauhu bakar... tauhu nya berapa ketul jek.. yang lebihnya salad, timun & taugeh... kdg2 rasa malas nak wat benda alah ni. Tapi bila makan best jek kan... x sedar pun dah abes. Malas sebab nak kena tunggu tauhu dalam oven je sejam... nak bako kacang... kalau xde kacang2 x sedap lak... Tapi kali ni xde kacang... Bako badam je la... dah itu je yg ada... huhuhu... nak wat sos lagik... Sos tauhu bakar paling sedap kalau masak sendiri... Sebab tokleh nak makan kicap... wat sos merah ni :)

Friday, November 1, 2013

Day 4


Ini menu bfast. Siakap stim asam boi... Makan je ni dgn salad sket utk perkumuhan. Hehe


Lunch amek ayam bakar Malaysia dgn salad2 ni. Cicah sket2 dgn mayonis. Salad dressing... Lemon & olive oil. Sbnrnya kombinasi ayam & salad sedapppp... Hehehe

Malam... Sebab busy petang tu. Dan ade keje sket nak ke putrajaya so... Makan badam je dgn air mineral 1 liter. Huhu... 
Go healthy

Tuesday, April 17, 2012

Resipi Sup Kepala Ikan Merah

Hari ni kite kongsi sket resipi sup. Selain tu kite cuba bagi sket tips memilih ikan merah ni. Mcm mana nak tau ikan tu jenis keras atau lembut? Perasan tak kalau kdg2 kite pegi pasar tgk ade ikan merah tu macam kale pink2 slow jek. Kalau hat yg jenis pink slow tu isi dia keras. Nak beli yg jenis lembut... Taraaaa... Pilih hat yg kale merah terang mcm ni rega biasa klu kat sini dlm RM19~28. Tgk musim ikan le kan. Ade yg suka wat kari kepala ikan ade yg lain2 resipi. Tapi kali ni kite share2 resipi sup pulak. Kekdah guna rempah ratus yg berbiji2 ni sbb x guna sup bunjut. Memang nak goreng skali ngan bawang & rempah. Masa makan kena pilih2 la hirup supnya :). Jom tengok bahan2.

Sup Kepala Ikan Merah

Bahan2:-
@ kepala ikan merah (anggaran berat 1kg~1.5kg dibelah 2 atau 4)
@ 1 biji bwg besar hiris nipis
@ 2 inci halia hiris
@ 7 ulas bwg putih hiris
@ 2 sudu kecil ketumbar
@ 2 sudu kecil jintan manis
@ 2 sudu kecil lada hitam biji
@ 2 sudu kecil lada sulah
@ 2 batang kayu manis
@ 5 kuntum bunga lawang
@ 5 biji buah pelaga
@ 2 pokok daun saderi/sup
@ 2 sudu besar serbuk rempah sup
@ minyak utk menumis
@ air utk kuah

Cara2 memasaknya:-
1. Cuci bersih kepala ikan (klu masak kari ade org suka insangnya... Tp nk buat sup buang aihhh semuanya)
2. Cuci & Rendam semua jenis rempah biji spr ketumbar, jintan manis, lada hitam, lada sulah, bunga lawang, kulit kayu manis dgn air air panas.
3. Masak air hingga mendidih dalam periuk & masukkan kepala ikan. Air x perlu banyak cukup hanya lepas sikit je drpd paras ikan.
4. Tumis bawang besar, halia & bwg putih sampai hampir garing dalam kuali lain.
5. Masukkan rempah biji tadi. Airnya disimpan.
6. Bila rempah dah naik bau masukkan pula serbuk rempah sup yg dibancuh dgn air. Biar smp rempah tu masak.
7. Curah bahan2 tumis ke dlm periuk rebusan ikan tadi. Perasakan dengan garam.
8. Bila hampir pekat letak batang daun saderi yg dipotong seinci2
9. Bolehlah dihidangkan panas2. Klu suka letak bwg goreng putih & daun sup.
10. Selamat mencuba

~published by iPhone~


Sup Kepala Ikan Merah
(mata dah ilang... jatuh dalam periuk... :D)



Sinar mata sekor ikan yg segar
(tapi muka tokleh blah la... bibirnya mcm masam jek x redha kot kena tangkap
hahaha)



rempah ratus
(xde sup bunjut... lagipun kalau guna sup bunjut nanti x dpt goreng rempah ni)

Saturday, March 24, 2012

Kari Ikan

Dah masak? Ari ni menu kari ikan selar besar campo terung. Best2...

Monday, March 5, 2012

Patin Masak Tempoyak

Dah mkn mlm lom? Dinner jam 5ptg td merangkap mkn tghr skali ye... X sempat pasal sibuk di 2 site tadi. Hrni kite mkn patin masak tempoyak. Sy suka bhgn kpla ikan. Kurang isi tapi suka kulit2nya. Ikan ni kwn bg, kelmarin dia blk dr Pekan, Pahang. Ikut kata Reza, setiap hari Sabtu ade pekan sari ataupun pasar tani la kat Pekan tu. Kali ni dia blk bawak ikan patin sg Pahang pulak. Ade sekali tu dorang blk bawa udang galah sepit biru. X tau bila boleh p rumah dia kat Pekan tu. Cian... Asyik suh dtg sana. Moga diberi kesempatan 1 hari nanti. Kali ni masak dgn cili besar & kurang pedas sbb org tua xleh mkn pedas2 sgt. Layannnn :)

~published by iPhone~

Sunday, March 4, 2012

Hasil Masa 1 Jam

Dah mkn tghr lom? Kat rmh ni mkn tghr awal. Kul 12 biasa dah mkn. Msk simple2 je, sejam dah siap. Menu ari ni masak kuah lada ikan kembung, kangkung goreng belacan & kembung taucu. Masak cpt2, leh mkn cpt pastu leh buat keje lain gak.

Tadi Reza dtg dgn fmly bagi ikan patin & lampam. Smlm dia blk dari Pekan bawa blk skali ikan tu. Sok2 baru masak. Tq Reza :)

~published by iPhone~

Saturday, February 25, 2012

Asam Pedas Ikan Parang

Jom mkn tghr... Mcm biasa, ujung mgu urusan ambil alih keje2 umah & masak. Hr ni main menu asam pedas ikan parang. Balik dr kursus ari tu, singgah Pantai Puteri, nmpk ikan parang besar 2 & segar baru naik. Sepatutnya mak masak smlm, tp dia terlupa lak. X pe la... Terpaksa bekukan dulu ikan sehari. Best2, ade telur ikan parang juga. Beli separuh je yg bhgn kepala. Jom makan :)

~published by iPhone~

Tuesday, February 21, 2012

Pari Kuah Lada

Dah mkn tghr lom? Menu tghr yg nk dikongsi ialah Pari Kuah Lada. Jam 1:30pm jap lg, kena p kursus smp hr khamis ni. Kat rmh ade atuk, jd kena msk la. Mak ngan bp xde sbb p hosp pakar check mata. Ikan pari msk mcm ni paling terbaik dr Melaka. Kuah lada ni bahan2 mcm asam pedas cuma ada tambahan rempah2 & cara masaknya lain. Nti malam kite kongsi resipi ye. Skrg x dan...

Update::::

-Bahan2
Ikan pari 7 ketul (potong&bersih)
3 sudu kecil lada hitam
3 sudu besar ketumbar
3 sudu besar jintan manis
1 biji buah keras
Cili kering 1 mangkuk besar
1 biji Bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
5 helai daun limau purut
3 batang serai
1 genggam asam jawa
Minyak utk tumis
Air

-cara2 masak

1. Sangai tanpa minyak cili kering yg dah gunting & cuci. Kisar
2. Sangai rempah2 lada hitam, ketumbar, jintan manis, buah keras. Kisar
3. Sangai bawang, serai, halia. Kisar
4. Tumis no 3, kemudian masukkan no 1. Goreng smp terbit minyak.
5. Masukkan air perahan asam jawa & air. Garam
6. Bila mendidih, boleh masuk daun limau purut & ikan
7. Boleh juga letak bendi & terung


~published by iPhone~

Sunday, February 12, 2012

Nasi Dagang Beras Merah

Sarapan pagi tadi sempat masak nasi dagang. Beras ni dah beli lama, simpan je nanti rosak pulak. Kali ni msk gulai ikan dgn gulai udang. Nasi kukus mcm biasa pas tu buat jelatah. Agak selalu mkn nasi dagang ni sbb skrg dah mudah beli berasnya. Dah ade jual beras tu kat pasar :)

~published by iPhone~





set lengkap :)

Monday, January 30, 2012

Ikan Senangin ~ Segar Dari Laut Selat Melaka

Jalan-jalan dan singgah di tepi Pantai Puteri, Melaka. Di sana ada nelayan2 kecil yang menjual hasil tangkapan laut secara segar. Sangat teruja sekiranya dapat membeli ikan segar dari situ. Ini ialah ikan senangin, biasanya kalau kat pasar mesti dapat yang dah merah. Alahai... Sedap ni kukus dengan asam boi. :)

Saturday, April 23, 2011

Colek Ike Temenung

Dah makan? Jom kite makan colek ike temenung ni.... Dalam erti kata lain, ikan kembung ni stim je (paling best kalo bako) pastu nak makan cicah ngan air asam. Tapi, kali ni kan... kat rumah yg serba kekurangan tu, terlupa lak xde asam jawa. Belasah je la kan, pakai limau nipis... Masam pulak mende alah ni... Sib baik belacan dalam peti ais tu masih elok lagi dalam stok. Ini hidangan mudah kan, makan dengan sup sayur bayam. Disebabkan stok beras mmg xde kat rumah tu kan, dan memang sengaja x nak beli beras. Bleh la diet karbo kan... hahaha

Wednesday, May 19, 2010

Bapa Saya Hebat ~ Ikan Parang, Bacang & Nangka Masak Lemak Cili Padi

Kenapa pulak ade tajuk macam ni ye? Hehehe... Selama hampir sebulan mak x sihat ni... Hanya tinggal bapa yang menguruskan rumahtangga di siang hari semengkala menunggukan anak dia balik keje... Hari ni beliau masak lauk yang pada perkiraan hebat la. Lauk tradisional iaitu Ikan Parang, Bacang & Nangka masak Lemak Cili Padi. FFuuhhh....panjang betul nama lauk ni. Hehehe... Ape yang dia teringin nak makan, dia masukkan dalam lauk dia masak ni. Layan kan je la... Sedap ni... Jom makan :-)

Tuesday, May 18, 2010

Sambal Getuk @ Sambal Kertas Surat Khabar

Tung tung tung... tang tang tang... ketuk le sesuka hati kan lesung batu kat umah ... janji dia elok jek halus2... hehehe... Malam ni makan nasi lauk ni jek... Sume owang kat umah ni xde selera nak makan. Lauk2 siang tadi masuk dalam Cik Tong yg sgt berjasa tu... winkingking... Kalau suka pedas letak cili lebih, kalau tak tahan pedas... bersederhana je la ye. Makan ni ngan nasi sejuk jek, tak de keberanian nak makan ngan nasi panas sebab takut bibir akan menebal. Hehehe... jom makan jom :-)
Ni ade sedikit editing... Tadi sembang ngan my best friend kat Sg Siput tu... Cik Gu Sha Fiza kata ni Sambal Kertas. Nape lak dia panggil itu macam??? Hehehe... Jawapan dia... Sebab bila kite dah tumbuk ikan2 bilis ni nampak mcm kertas surat khabar yg ditumbuk lumat. Hahaha... hampehhhh... :P

Sunday, May 9, 2010

Asam Pedas Ikan Parang

Tengahari tadi masak lauk ni ye.. Weekend ni sejak2 My Lovely Mum x leh memasak, maka akan ade request asam pedas la from My Lovely Dad... Yummy!!! Lama x makan ikan yg penuh ngan tulang temulang ni. Mungkin dah musim ikan ni kot kat pasar, tu pasal dapat yg segar bugar. Teringat kepada entry Kak Maria yang jauh di Kota Kinabalu tu. Kata dia hari tu, beli ikan parang ni seekor RM2 jek... wahhhh!!! Dasat la... Murah sungguh... Kat Melaka ni... Sekilo mahunya paling murah RM15... xpe2... lain tempat lain lah harganya kan. Hehehe...

Siakap 3 Rasa

Tengahari semalam masak ikan ni hasil permintaan My Lovely Dad... Masakan kering yang dia suka ialah ni la... Selalu tu kena berkuah lauknya... Sebelum balik ke My Home Sweet Home, siapkan dulu makanan untuk tengahari. Dah siap2 baru leh balik sana kan. Masakan simple2 je kan. Sib baek la My Lovely Dad ni x berapa kisah sgt.

Sunday, April 11, 2010

Ikan Bawal Kukus

Menyorok2 ikan ni... suruh skodeng sket2 jek kot... yummy2... ni makan tghr tadi... Mencari ikan jenahak tapi x jumpa... hanya jumpa ikan ni yg sesuai utk dikukus... Hari tu dah beli bekas yang sesuai leh masuk dalam periuk nasi elektrik tu... jadi hujung minggu di rumah... kite buat projek kukus2 la kan...Letak je ape nak atas ikan ni masa kukus... yang penting kena rasa masakan cina dalam sos dia... letak perahan lemon, sos tiram sket, gula, garam, perahan air halia, asam boi 2 biji, minyak bijan sket...

jom makan...
yang lain atas2 dia tu,, aksesori jek... ikut suka ape nak letak
(letak cili api sket, carrot, tomato, cendawan itam ngan daun bwg)

Monday, April 5, 2010

Grilled Mackerel ~ Tenggiri Bakar

Lagi masakan yang mudah...
Campakkan aje ikan & piring ni dalam oven.
Kisahnya sebab xde bekas nak kukus. Hehehe...
Letak air sikit je...
Lepas 10 minit keluarkan... Buang air tu...
Lepas itu... curahkan air asam pula...
Hiris pula daun ketumbar... Taraaaa....
Yummy2 :-)
Grilled Mackerel ~ Tenggiri Bakar

Thursday, January 7, 2010

Pencuk Ikan Keli Salai

Hari ni hari perkongsian resipi... Buat masakan ni masa kawan2 datang ke Melaka ari tu... Thanks to Abe & sally sebab sudi singgah umah dan juga request nak makan lauk ni hasil tangan My Lubvly Mum... Tapi ME telah diberikan mandat dan kepercayaan from My Luvly Mum untuk menyediakan... Dia dah malas nak masak... muahaha... So suruh je anak dara dia ni masak... senang cite kan... resipi ini juga telah di hapdet kat MYR... boleh juga check di sana ye :-)

Pencuk Ikan Keli Salai

Bahan-bahan ( boleh makan 1 keluarga )
  • 1 kg ikan keli
  • 200 ml santan pekat
  • sebiji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 3 ulas ubi cekur
  • 2 genggam cili api (jenis kecil)
  • 5 helai daun cekur
  • sehelai daun kunyit
  • 2 keping asam gelugor
  • 100 ml santan cair
  • 2 inci kunyit hidup
  • minyak untuk menumis
  • Limau nipis & asam jawa secukupnya (untuk mencuci ikan)
  • garam secukup rasa
  • Daun pisang untuk membalut ikan semasa salai
Cara-cara

  1. Bersihkan ikan keli dan basuh bersih lenidr2nya. Setelah bersih, rendam dengan air perahan limau nipis dan asam jawa. Biarkan seketika. Cuci bersih kembali ikan tersebut. Lumurkan garam dan kunyit sebelum disalai. Balut dengan daun pisang sebelum salai. (menggunakan oven pun boleh juga)
  2. Bawang besar, isi kunyit hidup, bawang putih, serai, cili api, isi cekur dikisar. (Cili api kat rumah ni x de pedas sgt pun... sebab tu pakai banyak... lagipun tujuan utama penggunaan yg pedas ialah nak seimbangkan dengan rasa santan dan ikan tu)
  3. Tumis bahan2 yang telah dikisar sehingga keperangan. Kemudian masukkan santan pekat, asam gelugor dan juga gara. Biarkan ianya memekat dan kacau untuk mengelakkan pecah minyak.
  4. Masukkan pula santan cair dan biarkan memekat juga. Hiris nipis daun kunyit dan daun cekur.
  5. Ikan yang telah siap disalai boleh lah dimasukkan apabila kepekatan kuah telah mencapai seperti yg disukai. masukkan juga hirisan daun cekur & daun kunyit.
  6. siap dihidangkan... sedap dimakan ketika waktu tengahari... best jugak sebagai lauk kenduri kendara :-)


cili api, cekur dan juga limau nipis yg digunakan...
banyak cili api tu kan... bila dah kena santan pekat
jadi x berapa pedas sgt... :-)

Friday, December 11, 2009

Ikan Sardin Cili Api & Tauge Kucai

Siaran makanan yg tertunda... hehehe... minggu lepas masak ni sebab dah boring makan lauk kenduri.... asyik2 daging dan ayam kan... bila la owang kenduri ni nak masak ikan ye??? Ataupun sayur taugeh dgn kucai ni ke... hehehe

Laju ju kami 1 family makan.. sedap

Beli ikan sardin/selayang ni
sebabnya ikan lain xde masa pegi pasar tu...
hentam je le kan :D

Friday, November 13, 2009

Gulai Nasi Dagang Ikan Tongkol

Lama x makan Gulai Nasi Dagang... Sebenanrnya semalam tu nak masak gulai nasi berlauk... tapi bila balik smlm tgk peti ade nenas laks... so tukar plan je ler... Tuan Umah ade "M" sket ler kan... masak benda alah ni sekejap jek... sejam dah siap semua... Lauk dinner semalam.. Makan nak dekat2 kul 7 dah pun... Ade lagi gulai ni kat umah... sebab hanya ME & My Luvly Mum jek yg mkn ikan ni... hehehehe

Satu set utk dinner..
Tapi bukan nasi dagang ye...
nasi tu nasi biasa jek... hehehe
Tengok ni.... org "M"
hehehe... masak x lama
start siang ikan, prepare barang2... sejam jek
x tunggu santan pecah minyak pun...
pastu... ikan pun x rebus dulu...
matikan air dlm piyuk jek.. rebus sekali ngan rempah2
saje masak pekat2... huhuhu... yummy

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...