Thursday, January 7, 2010

Pencuk Ikan Keli Salai

Hari ni hari perkongsian resipi... Buat masakan ni masa kawan2 datang ke Melaka ari tu... Thanks to Abe & sally sebab sudi singgah umah dan juga request nak makan lauk ni hasil tangan My Lubvly Mum... Tapi ME telah diberikan mandat dan kepercayaan from My Luvly Mum untuk menyediakan... Dia dah malas nak masak... muahaha... So suruh je anak dara dia ni masak... senang cite kan... resipi ini juga telah di hapdet kat MYR... boleh juga check di sana ye :-)

Pencuk Ikan Keli Salai

Bahan-bahan ( boleh makan 1 keluarga )
  • 1 kg ikan keli
  • 200 ml santan pekat
  • sebiji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 3 ulas ubi cekur
  • 2 genggam cili api (jenis kecil)
  • 5 helai daun cekur
  • sehelai daun kunyit
  • 2 keping asam gelugor
  • 100 ml santan cair
  • 2 inci kunyit hidup
  • minyak untuk menumis
  • Limau nipis & asam jawa secukupnya (untuk mencuci ikan)
  • garam secukup rasa
  • Daun pisang untuk membalut ikan semasa salai
Cara-cara

  1. Bersihkan ikan keli dan basuh bersih lenidr2nya. Setelah bersih, rendam dengan air perahan limau nipis dan asam jawa. Biarkan seketika. Cuci bersih kembali ikan tersebut. Lumurkan garam dan kunyit sebelum disalai. Balut dengan daun pisang sebelum salai. (menggunakan oven pun boleh juga)
  2. Bawang besar, isi kunyit hidup, bawang putih, serai, cili api, isi cekur dikisar. (Cili api kat rumah ni x de pedas sgt pun... sebab tu pakai banyak... lagipun tujuan utama penggunaan yg pedas ialah nak seimbangkan dengan rasa santan dan ikan tu)
  3. Tumis bahan2 yang telah dikisar sehingga keperangan. Kemudian masukkan santan pekat, asam gelugor dan juga gara. Biarkan ianya memekat dan kacau untuk mengelakkan pecah minyak.
  4. Masukkan pula santan cair dan biarkan memekat juga. Hiris nipis daun kunyit dan daun cekur.
  5. Ikan yang telah siap disalai boleh lah dimasukkan apabila kepekatan kuah telah mencapai seperti yg disukai. masukkan juga hirisan daun cekur & daun kunyit.
  6. siap dihidangkan... sedap dimakan ketika waktu tengahari... best jugak sebagai lauk kenduri kendara :-)


cili api, cekur dan juga limau nipis yg digunakan...
banyak cili api tu kan... bila dah kena santan pekat
jadi x berapa pedas sgt... :-)

4 comments:

  1. Salam Rishaliaza,
    Terpanggil arinini. hihi. lama dah akak cari resipi pencuk ni. suka makan time kenduri aritu. maceh,maceh

    ReplyDelete
  2. Salam Lia....akak tak makan ikan keli...so tak tau nak kata apa lah...tapi mak aiii banyak tu ke letak cili padi.....Akak dah terasa cam nak lompat sampai ke langit ke 7 dah ni!!!Pedas berdesing-desing tu!!!

    ReplyDelete
  3. salam kak indah>> hehehe... kawan lia yg dah 9 tahun x makan pun... ari tu dia siap request bila nak dtg umah lia...suruh masak ni.. dia nak makan :-)

    ReplyDelete
  4. Kak watie>> leh ganti ngan ikan sungai lain rasanya... tapi kena salai dulu la.. baunya harum :-)

    ReplyDelete

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...