Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts

Wednesday, November 6, 2013

06.11.2013 ~ Happy Birthday Sista

Happy birthday my lebly sista... Happy many return. 6.11.1977-2013... Today is da day... May Allah SWT bless u n families 4 all the times.

Today menu... 
Breakfast with egg salad with mayo...
Lunch repeat with same salad... Buy changed with chicken grilled
Dinner was speacial with Tomyum Gung (crab & big prawn) & abalon mushroom... Yummyyyyy...  Thanks to my colleugues for tomyum paste made in Haadyai... Witwittt... Depa semua dah p cuti2... Ai bila lagi??? 

Actually, last September my buddyz & me was in Medan, Sumatera Utara, Indonesia. But so many things to do. Wait for my update about it. Next vacation is Yangon, Myanmar. Hoyeahhhh... Counting the day badlyyy... Huhu

Friday, September 27, 2013

Chillies crab

Jom dinner semua... Arini msk chillies crab. Adoiyaiii... Peberet dishes ni. Smlm dah mkn megi tomyam ketam. Arini lg 1/2 ekor kiter msk chillies... Yummmyyy... Simpan perut dr pagi td lg. Kalau nak masak gini. Goreng sekejap ketam ni. Baru aroma yummy... 

Wednesday, July 3, 2013

Tempahan kek... Pepahat cili


Kesibukan membakar kek tempahan... Guna cream cheese ni lagi. 


Hari ni kite dinner dgn megi goreng je la. Sibuk katanya kan. Janji perut kenyang. Masak sndr mmg tidak pernah mengecewakan. Cili jeruk tu pun wat sndr. Sng je kan. Lepas 2 hari dah leh makan. 

Ok... Ni menu smlm.. Biasa org masak kailan belacan dgn udang ke sotong ke. Or ikan masin ke. Kali ni sebab nak senang nya pasal. Nak makan seafood dan sayur. So masak pepahat (bamboo shell) ni pepedas boh belacan boh sayur kailan. Senang cite. Suka beli pepahat ni. Sbb byk isi. Bukan beli yg fresh pun. Beli frozen kat jusco tu. 

Sunday, January 27, 2013

Tomyam Ketam

Minggu ni ade tetamu dtg rmh. Menu tghr td. Ringkas2 jek. Tomyam ketam. Skrg ni bulan penuh. X rugi beli ketam. Isi penuh jek. Manis isinya. Yummyyyy...

~published by iPhone~



Tuesday, January 8, 2013

Seafood blackpper & recipe

Lets dinner... Cooked early & dine it. Pedas kot. Terlebih blackpepper. Ter ke mmg x reti agak? Hihi... Semangat ni. Mlm ni nk menjahit...

~published by iPhone~

Edited:

Resipi request from MissCha

Bahan-bahan:-
  •  Udang segar 8 ekor
  • Sotong 3 ekor
  • Brokoli 
  • lobak merah
  • 1 biji Bawang holland hiris kasar
  • 1 ulas bawang putih cincang
  • 1 sudu kecil lada hitam tumbuk
  • 1/2 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn air)
  • kicap sikit
  • air sikit
Cara-cara masak:  
  1. Tumis bawang putih dgn minyak 1 sudu. Masukkan bawang holland dan lobak merah
  2. Masukkan udang dan sotong (x perlu masak lama... 2-3 minit je)
  3. Masukkan air dgn lada hitam serta brokoli
  4. Letak kicap sikit & pekatkan dgn tepung jagung  




Saturday, April 21, 2012

Resipi Sotong Masak Lemak Cili Padi

Kongsi lagi 1 resipi yg dimasak tghr td. Masa tgh bersih2kan sotong, tgk banyak yg ade telur. Tu yg amek kptsan wat masak lemak. Kerat2 sotong gini supaya telurnya x terkeluar. Cara kerat gini, dulu kak Nor Ganu ajar. Yg blog secubit garam tu. hehe... Jom tgk resipi mudah ni ❤

Bahan2:-
- 3 btg serai... 1 guna utk titik. 2 lg hiris utk blend
- 4 helai daun limau purut
- 25 biji cili padi
- 3 keping kecil asam keping
- 1 kg sotong bersihkan
- 1 biji terung panjang potong kecil
- kunyit
- 1/2 biji kelapa parut

Cara masaknya:-
1. Kisar cili padi & 2 btg serai
2. Masukkan dlm periuk dan letak semua bahan kecuali kelapa parut. Matikan air lada tersebut.
3. Perah kelapa & biar api kecil je. Siap

~published by iPhone~

Tuesday, April 17, 2012

Resipi Sup Kepala Ikan Merah

Hari ni kite kongsi sket resipi sup. Selain tu kite cuba bagi sket tips memilih ikan merah ni. Mcm mana nak tau ikan tu jenis keras atau lembut? Perasan tak kalau kdg2 kite pegi pasar tgk ade ikan merah tu macam kale pink2 slow jek. Kalau hat yg jenis pink slow tu isi dia keras. Nak beli yg jenis lembut... Taraaaa... Pilih hat yg kale merah terang mcm ni rega biasa klu kat sini dlm RM19~28. Tgk musim ikan le kan. Ade yg suka wat kari kepala ikan ade yg lain2 resipi. Tapi kali ni kite share2 resipi sup pulak. Kekdah guna rempah ratus yg berbiji2 ni sbb x guna sup bunjut. Memang nak goreng skali ngan bawang & rempah. Masa makan kena pilih2 la hirup supnya :). Jom tengok bahan2.

Sup Kepala Ikan Merah

Bahan2:-
@ kepala ikan merah (anggaran berat 1kg~1.5kg dibelah 2 atau 4)
@ 1 biji bwg besar hiris nipis
@ 2 inci halia hiris
@ 7 ulas bwg putih hiris
@ 2 sudu kecil ketumbar
@ 2 sudu kecil jintan manis
@ 2 sudu kecil lada hitam biji
@ 2 sudu kecil lada sulah
@ 2 batang kayu manis
@ 5 kuntum bunga lawang
@ 5 biji buah pelaga
@ 2 pokok daun saderi/sup
@ 2 sudu besar serbuk rempah sup
@ minyak utk menumis
@ air utk kuah

Cara2 memasaknya:-
1. Cuci bersih kepala ikan (klu masak kari ade org suka insangnya... Tp nk buat sup buang aihhh semuanya)
2. Cuci & Rendam semua jenis rempah biji spr ketumbar, jintan manis, lada hitam, lada sulah, bunga lawang, kulit kayu manis dgn air air panas.
3. Masak air hingga mendidih dalam periuk & masukkan kepala ikan. Air x perlu banyak cukup hanya lepas sikit je drpd paras ikan.
4. Tumis bawang besar, halia & bwg putih sampai hampir garing dalam kuali lain.
5. Masukkan rempah biji tadi. Airnya disimpan.
6. Bila rempah dah naik bau masukkan pula serbuk rempah sup yg dibancuh dgn air. Biar smp rempah tu masak.
7. Curah bahan2 tumis ke dlm periuk rebusan ikan tadi. Perasakan dengan garam.
8. Bila hampir pekat letak batang daun saderi yg dipotong seinci2
9. Bolehlah dihidangkan panas2. Klu suka letak bwg goreng putih & daun sup.
10. Selamat mencuba

~published by iPhone~


Sup Kepala Ikan Merah
(mata dah ilang... jatuh dalam periuk... :D)



Sinar mata sekor ikan yg segar
(tapi muka tokleh blah la... bibirnya mcm masam jek x redha kot kena tangkap
hahaha)



rempah ratus
(xde sup bunjut... lagipun kalau guna sup bunjut nanti x dpt goreng rempah ni)

Thursday, March 15, 2012

Sotong Penyet :.: Cuti2 Makan2 Melaka

Sesi seterusnya kejadian makan2 & cuti2 Melaka ialah makan tengahari. Walaweehhhh... Sotong Penyet pulak ke? Kami pilih lain2 menu. Ade sotong, pecel lele & ayam penyet... Makan dgn nasi uduk. Set ni RM6.80 harga yg berbaloi bg sy. Kami mkn 3 org dgn set nasi dan juga air jumlahnya RM26.20... Air yg best kat sini limau asam boi. Rasanya limau tu dia blend kot. Kat mana lokasi? Dekat je dgn rumah, kwsn industri Bt Berendam dkt dgn Kamdar & Giant serta SIRIM Melaka :)

~published by iPhone~

Thursday, January 6, 2011

Lokan


Lagu 3 kupang, saku penuh padi
Enam ekor burung, duduk tepi kuali
Bila sudah masak, burung nyanyi saja
Tentu sedap makan, beri pada Raja

Raja dalam rumah, buat kira2....
(lepas ni ape eik???)

Kenapa pulak tiba2 lagu 3 kupang kan? Padahal makanan laut di atas ialah LOKAN bukannya KUPANG... hehehehe... Ini adalah gara2 lupa lirik seterusnya... kesian kan... jenuh dok ingat balik lagu rakyat tu... nampaknya sel2 perkembangan otak semakin mengecut...hahaha... makan sup anai2 byk kot...

Ini adalah lokan pandan, warnanya hijau sedikit berbanding lokan biasa yg berwarna kuning air + coklat cerah. Lokan ini sangat sedap dimasak sambal cili padi berserai. Lokan ni hidup di perairan pertembungan laut & sungai atau nama buku nya ialah MUARA... hehehe... harus berselut tempat tinggalnya. Kali ni jumpa lokan yang besar, beratnya adalah 80+- gram seekor dan besarnya ialah setapak tangan org dewasa. Sila abaikan tapak tangan yg gumuksss itu. Hehehe... Jadi, siapa2 yg berhajat bercuti di Melaka, jangan lepaskan peluang menikmati hasil laut seperti LOKAN ini ye :-)

Thursday, June 3, 2010

Tomyam Udang & Sore Throat

Petang semalam lepas balik keje melepaskan hajat mak sebelum dia buat pembedahan sekali lagi minggu depan ni. Dari minggu lepas lagi cakap nak makan tomyam udang ni. Masak ni x lama pun kan, sekejap la sangat2, tapi nak menunggu cuaca ni la bagi sejuk sket baru best makan tomyam ni. Konon2 semalam tu cuaca macam x berapa nak panas, jadi masak la. Seronok punya makan... huhuhu... lepas jek abes makan, tekak mula sakit. Sore Throat sudah mai la... abes la, dah la makan udang, pedas lagi, masam2 lagi... huhuhu... Tekak mula meragam... Hasilnya diri ini sudah demam. :(

Thursday, May 27, 2010

Bapa Saya Hebat ~ Ketam Masak Lemak Cili Padi

Hari ni masih berkisar cerita Bapa Saya Hebat... Mak lum sihat sepenuhnya. Lagipun, kami bagi cuti rehat kat Mak selama 3 bulan. Lepas ni Mak akan buat sebelah lagi minor surgery left side. Maka kami akan masih macam ni sampai la nanti nak Ramadhan baru Mak boleh masak2 kot. Kalau bapa yang masak, dia memang suka masak lemak cili padi. Semalam sewaktu membeli barang2 dapur di Tesco Melaka, jumpa ketam saiz XXL ni... Harganya pun mampu beli la kan. Ambik 3 ekor jek dan beratnya mencecah hampir 1kg. Anakanda dia balik tadi pas balik keje dah leh makan malam... Terima kasih Ayahanda Tercinta :-)

Hasil makan... sepinggan besar kulit2nya
tapi x leh nak makan seekor la... sebab ketam besar
makan sebelah jek
kenyang2 :-)

Monday, April 5, 2010

Kerang Rebus & Demam

Sejak petang semalam tekak mula rasa perit. Malam tadi dah rasa bengkak... Dok rasa mmg mahu demam la ni kan... Biasanya kalau panas pun boleh tahan lagi kalau x langgar pantang. Masa beli barang2 nak masak semalam nampak kerang. Memula tu cari cik Lala je sebab mahu makan Spagheti Carbonara. Bila lala xde nampak kerang... Tanpa rasa bersalah membelinya... huhuhu... Akibatnya... Selepas enak menikmati kerang & cili kicap ni kan, maka telah menjadi demam... huhuhu... Diri ini pantang kalau tgh2 panas mcm skrg ni makan makanan yang pedas2 dan kerang yg 1/2 masak ni... huhuhu... Sape suruh langgar pantang kan.. nasib le... Tanggung le sendiri kan... Skrg ni makan je le aiskrim vanilla tu nak elak lagi teruk tekak ni membengkak... huhuhu... sadis :(
Bagaimana mahu dapatkan 1/2 masak je kerang ni??? Senang aje... Masak air sehingga mendidih. Kemudian tuangkan aje dalam bekas kerang tu. Biar terendam selama 5 minit pun dah ok. Lepas tu boleh le buang air rendaman tu. Sedia dihidangkan :-)

Monday, February 22, 2010

Prawn Tempura

Just have my dinner tonite... Prawn Tempura with their frenzzz... hehehe... yummy2... with Tabassco Sauce... so hots!!! Tadi balik rumah jap... lepas kemas2 masak ni sementara tunggu senja... sambil my 5 years oldies frenz teman bersms... saje gurau2 dgn dia either nak tlg cuci tingkap or not... dia mintak 1K sbg upah.. mahalnyaaaaa.... :(

Saturday, October 31, 2009

Sambal Udang Petai

Jom makan malam... hari ni makan lambat sket le kan.. nape? sebabnya ialah.. kena masak sendiri... My Luvly Sis balik Melaka la... So ME telah selongkar ape yg patut... hehehe... Pagi2 tadi drive dtg KL... ari ni kena settlekan tesis. Td pegi opis Mr Kwrshii yg kat Shah Alam, tumpang print... wakakaka... Memula td nak pegi beli printer kat The Mines...malas laks sebab pewut lapar ni... so layan dulu.... gambar x cantik lerrr... kamera t'tgl kat umah (Melaka)... ni pakai hp jek... leh la kan...

Ok x???
Mana dapat petai ni???
smlm pegi pasar malam...
beli ni ngan mak... share2... bawak dtg sini
teringat kat mak mertua kakak...
tu yg bawa sket buah tangan..(buah petai...wakaka)

try lagi... ambik gambar ni... leh tahan gak kan....
udang ni besau2 nau leee... semak pinggan

Thursday, September 24, 2009

JuadahTerakhir Ramadhan 1430 H

Salam Aidilfitri semua.... Syukur alhamdulillah kite telah selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan kan... Ini adalah entry yg tertunggak oleh disebabkan kesibukan yg melanda semua muslimin muslimat seminggu yg lepas... Hehehe... Last posa ari tu... ME sempat memasak juadah berbuka... Disebabkankami tinggal 5 org je beraya tahun ni (sebab abang2 & kakak beraya di rumah mertua masing2) makanya.... juadah berbuka ari tu spesel sket le kan... sebab x ramai.... senang nak masak...

ketam yg bakal dikorbankan

cik udang juga....

cik sutun ni....ade telur manyak leeeee

cik bawal putih ni.....

Masak berbagai2 rasa

Ade daging gak ke.... hehehe....

Dah siap pun.... udang sambal petai semangkuk

daging masak kicap pun semangkuk

yg ni lak cik sutun celup tepung (xleh wat semangkuk....)
peberet sume oghang kat umah...hehehe

cik ketam tadi.. dah masak sweet sour

Monday, September 7, 2009

Sambal Tumis Sutun

Ape nak buat eik dgn sutun ni.... Biasa beli utk sekali juadah jek... Dik Wan memang kalu boleh hari2 nak ade menu sambal tumis... x jemu agaknya dia ni.... so ni le hasilnya... Makan ni utk sahur 13 Ramadhan 1430 H yg lepas..... :D


Sambal Tumis Sutun

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...