Alhamdulillah... setelah melalui fasa kesibukan selama berbulan2 ini, malam ni berkesempatan berkongsi lagi pengalaman hidup... Terima kasih kepada semua yang masih sudi menjengah walaupun senyap sunyi selama beberapa bulan. Mohon maaf juga kerana tertunggu2 khabar berita. Tuan Rumah sihat2... cuma agak kesibukan. Gambar ceria ini dirakam semasa 1 Syawal 1431H bersamaan tarikh 10hb. September, 2010 yang lepas... Adik selaku jurugambar profesional keluarga kami dengan dslr barunya Nikon D700S, bingkai lebih luas katanya... sudah upgrade kameranya :-)This blog is a personal blog about writer's personal life. Any articles and photos may not be copied in any form.
Showing posts with label Ramadhan 1431 Hijrah. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan 1431 Hijrah. Show all posts
Monday, October 18, 2010
Welcome back...
Alhamdulillah... setelah melalui fasa kesibukan selama berbulan2 ini, malam ni berkesempatan berkongsi lagi pengalaman hidup... Terima kasih kepada semua yang masih sudi menjengah walaupun senyap sunyi selama beberapa bulan. Mohon maaf juga kerana tertunggu2 khabar berita. Tuan Rumah sihat2... cuma agak kesibukan. Gambar ceria ini dirakam semasa 1 Syawal 1431H bersamaan tarikh 10hb. September, 2010 yang lepas... Adik selaku jurugambar profesional keluarga kami dengan dslr barunya Nikon D700S, bingkai lebih luas katanya... sudah upgrade kameranya :-)Sunday, August 22, 2010
Nasi Kerabu
Alhamdulillah... kita selamat sudah menjalani puasa di bulan Ramadhan ini hari yang ke 12 hari ni... Nasi kerabu ni adalah menu berbuka semalam iaitu puasa hari ke 11... cuma lambat sikit updatenya... kesibukan menjahit manik2 comel untuk baju2 pelanggan... hihihi... Nasi Kerabu masakan sendiri daripada dapur rumah yang comel itu... berkongsi makanan bersama2 dengan seluruh kaum keluarga seramai 16 orang, kecuali adinda yang skrg praktikal jururawat di hospital Jitra dan juga kekenada 3 beranak di Cheras Perdana... x pe, nanti kite makan besar ye sebelum raya. Gambar kaum keluarga semua tak sempat nak amek la, sebab kelam kabut ngan anak2 sedara yg ramai itu... :-)
Nasi KerabuAda pelbagai lauk pauk yang sempat dibuat/dimasak sendirian berhad... Penat juga masak bermacam2 jenis lauk ni kan. Mujurnya sesekali je memasak... Ade lauk ayam percik, ikan selar goreng celup tepung, telur itik masin, keropok ikan, solok lada, sambal tumis, sambal kelapa ikan, satar ikan, sayur mayur.... aikkk!!! mana pegi budu dengan air lada???
Nasi Kerabuhaaa... yang ni baru ade air lada dgn budu :-)
jom tengok segala macam lauk pauknya satu persatu
gambar nasi sahaja tak sempat amek... kelam kabut
dengan adik beradik dan anak2 buah yg ramai tu
mana yang sempat je amek gambo ni :-)
disebabkan kat pasar masa beli tu xde jual selar kuning yg kecik,
jumpa selar yg besar ni je... terpaksa jugak la beli
daripada x de kan, elok la beli...
besar pun besar la... balik kite operate dia kasi kecik
hahahaha
Jauh import budu ni... dari kelantan
memang kirim dengan kawan masa dia balik kampung
stok budu kat rumah ni mmg la x penah surut
sentiasa ade jek...
budu ni sangat sedap la... terasa keenakan ikan bilisnya :-)
Air Lada
stok air lada dah abes... maka buat la sendiri.
Tumbuk cili x berapa lumat, letak cuka dan air sikit
jadik la kan... janji ade:-)
Telur Itik MasinKali ni sangat berpuas hati dengan telur itik ni
cantik berseri telur kale oren nya itu
pastu besar lak tu... sekata je semuanya
Keropok Ikan Paranghaaa... amek la... 1 besen gorengnya... maklumlah, keluarga besar
anak2 sedara semalam je dah 8 org
semua kecik2 belaka...
ni kegemaran dorang la ni kan
Sambal Kelapa Ikansuka betul dengan kelapa ikan yang manis2 sket ni
cara masakan sedikit berbeza la dgn serunding ikan
yang biasa buat tu... yang ini kena goreng sket kelapanya
Satar Ikanketidak profesionalan terserlah... ade bungkus kecik, ade yg besau
boleh le tu kan... janji jadi bendanyanya... muahaha
Saturday, August 21, 2010
Manik Mutiara Bunga Kecil
Satu lagi tempahan manik yang telah disiapkan, cuma lambat posting je... hehehe... macam kekangan waktu je tau... Tapi cuba juga la sedaya upaya membahagi2kan... Sementara tunggu subuh nak masuk ni, sempat le beberapa entry kan... :D
Tak Sengaja... :(
Selepas sahur semalam sementara nak tunggu Subuh masuk... Sempat menjahit manik lagi sepasang untuk pelanggan ni... Ntah macam mana la... tercucuk lak jari sendiri... kelam kabut jugak masa tu... tapi sempat amek gamba utk kenangan... hehehe... dah tak sakit pun, kecederaan kecil je, cuma bekas cucukan itu terasa pepedih jek...
Friday, August 20, 2010
Makanan Sejuk Beku << Buat Sendiri >>
Diam2 dah nak 10 hari kite menjalani ibadah puasa... Alhamdulillah... masih diberi kesempatan ini. Puasa2 macam ni sesuai sangat buat makanan yang boleh dibekukan... sempat jugak buat benda2 ni... lagipun buatnya senang2 je... mana la mampu nak buat yang susah2 macam kuih yg kukus2 tu kan... hehehe... jom skodeng
ni senang kan buat, kulit beli jek...
dalam masa 30 minit leh dapat banyak... Lumayan
inti senang je ni
isi ayam hiris halus, lobak & timun parut panjang,
daun bawang, daun sup, bawang cincang dan garam
semua tu tak payah nak masak pun...
gaul semua dan gulung
ini pun senang sangat buatnya... hanya perlu roti kepingan,
ikan sardin, bawang besar, daun sup, liamu nipis,
cili besar cincang dan mayonis
tak payah pakai kulit karipap pun... pakai roti je :D
haa... ini lagi la senangnya... hanya perlu sosej, kepingan roti
dengan kulit popia. Dalam masa 10 minit dapat buat 6 ketul.
Tadi sebelum pegi keje sempat buat ni... start potong sosej
jam dah pukul 6.50... siap sume simpan barang dan pegi
kereta start enjin, jam kul 7.00 pagi ade berita kat radio.. hihi
Manik Tabur
Sempat juga menyiapkan projek manik2 ni kan... kena la bahagi2kan masa2 dengan sewajarnya... pening dok fikir2 nak design cemane baju ni. Makanya dah cakap dengan tuan punya baju buat manik takur ikut warna baju/warna bunga. Corak baju ini ialah abstrak... senang juga kalau macam ni kan. Cuma nak menjahit manik tabur ni agak mengambil masa yang panjang... :-)
Friday, August 13, 2010
Nasi Ambeng & Resipi
Salam Ramadhan 1431 Hijrah... Berjumpa lagi kite dengan bulan Ramadhan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan segala amal kite dipermudahkan dan diterima... Amin... Awal Ramadhan ini, mengambil kesempatan bercuti sejak 1 Ramadhan... 6 Ramadhan baru memulakan kerja semula. Kesempatan cuti digunakan untuk mentelaah pelajaran yang mana Sabtu ini 14/82010 akan ade peperiksaan. Selain itu mencuri2 masa sedikit untuk memasak2 juadah berbuka puasa. Nasi Ambeng merupakan juadah yang sangat tersohor dikalangan masyarakat Jawa untuk majlis-majlis keraian dan juga kenduri kendara. Kali ini dikongsikan serba sedikit untuk rujukan diri sendiri dan kawan2 :-)
Nasi AmbengAntara sebahagian lauk-pauk yang dimakan bersama nasi.
Cara hidangannya adalah menggunakan daun pisang.
Oleh kerana kekangan waktu, maka tak sempat la nak demo.
Ini nasi ambeng yang x berapa nak jawa la, sebabnya
tak ada rempeyek yg dimakan bersama nasi
Tempe, Suun, Tauhu KicapTak tahu ape nama masakan ini, tetapi salah satu hidangan wajib la ni
Bahan2:-
- 2 keping tempe (yg 4 segi besar tu)
- 100g suun
- 2 keping tauhu
- 2 labu bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 2 biji cili besar hijau
- 10 biji cili padi ketuk
- kicap manis
- tempe dan tauhu dipotong kecil dan goreng garing. kalau suka boleh letak kentang juga.
- tumis bawang besar, bawang putih, cili besar dan cili padi ketuk. masukkan suun, gula, kicap manis dan garam. kemudian masukkan pula bahan2 yg digoreng garing tadi.
Ayam Masak Kicap Pekatkongsi juga resipi ayam masak kicap pekat ni... rindu2 boleh buat
Bahan2:-
- 500g ayam yg dipotong kecil dan digoreng ( x payah garing2)
- 2 labu bawang besar
- 2 biji cili hijau
- 5 biji cili padi ketuk (saje suka pedas)
- 1 inci halia
- 3 ulas bawang putih
- sejemput asam jawa (bancuh dengan 1/2 cawan air)
- kicap
- 1 sudu makan tepung jagung dibancuh bersama 3 sudu air
- gula & garam
- tumis semua bawang, cili dan halia sampai layu. masukkan pula air asam jawa, garam, gula dan kicap. biar sampai mendididih, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung. kemudian masukkan pula ayam yg dah siap goreng.
Mee Gorengini pula mee goreng yang ringkas... :-)
Bahan2 :-
- 1/2 bungkus mee kuning (250g)
- 1 labu bawang besar yg x berapa nak besar sgt... hehe
- 3 ulas bawang putih
- 1 keping dada ayam yang dipotong kecil2
- 4 sudu cili kisar
- 3 sudu makan udang kering
- 1 biji telur
- kicap, sos tomato dan sos cili
- taugeh
- daun bawang dan daun sup
- Bawang besar, bawang putih & udang kering ditumbuk. Kemudian tumiskan.
- Masukkan pula cili kisar. Bila dah garing, masukkan dada ayam yang dipotong kecil2.
- Cuci bersih mee dan masuk dalam kuali dan kacau sampai masak, pecahkan telur dan masak lagi sehingga sebati. Masukkan garam, sos & kicap.
- Bila semua sudah ok, masuk pula taugeh.
- daun bawang dan daun sup letak akhir.
Urap Pucuk UbiTak de sukatan pula nak masak urap pucuk ubi ni... tapi senang sangat membuatnya... bahan2 yg diperlukan ialah pucuk ubi yg dicelur dan diperah airnya. Bawang merah, bawang putih, cekur dan udang kering di tumbuk halus kemudian ditumis. Masukkan juga cili padi tumbuk. Kemudian, masukkan pula kelapa parut, dan kacau sehingga masak lembab. Kemudian masuk pula pucuk ubi yang dah dicelur tadi.
Serunding KelapaBahan2 :-
- 1/2 biji kelapa parut
- segenggam ikan bilis
- 3 ubi cekur muda (kalau pakai yg dah tua, letak 1 ubi je boleh)
- 2 inci kunyit (boleh je ganti dengan kunyit serbuk)
- 1 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 2 sudu makan ketumbar
- 2 sudu makan jintan manis
- 2 batang serai
- seinci lengkuas
- gula dan garam
- Kisar semua bahan kecuali ikan bilis dan kelapa parut.
- Tumis bahan2 kisar sehingga masak.
- Masukkan ikan bilis dan kelapa parut.
- Masuk gula dan garam dan kacau sehingga masak lembab. (rasa akan manis2 sikit)
Ini ialah pokok cekur yang diambil dari belakang rumah.
Menu nasi ambeng mesti ada cekur ni,
selain baunya yang harum, berjaya juga mengeluarkan angin.
Guna dalam serunding kelapa dan guna urap :-)
Subscribe to:
Posts (Atom)







