Terima kasih kepada Cik Manggis yang berlaman blog di sini kerana telah berkongsi resipi kuih tradisi masyarakat cina ini... Selalu sangat nampak kuih ni kat kedai2 jual kuih masyarakat Nyonya Baba di Melaka ni... sangat gembira kerana telah berjaya membuatnya sendiri.. Selama ni tengok2 & jeling je le kan...walaupun terdapat sedikit insiden yang tidak diingini semasa membuatnya.. tetapi berjaya la jugak... hihihi... LAYANZZZ...
resipi kek lobak ni... cara2 masaknya adalah mengukus
disebabkan kat rumah sendiri ni xde pengukus yang direct fire
hanya ade pengukus yang kat rice cooker jek...
bila cari acuan... semua x muat....
fikir punya fikir.... masukkan je la dalam oven ni
tapi bakar secara waterbath...belasah je le... cobaaaa :D
Sepatutnya kena letak udang kering sangai... tapi x letak
sebab x suka sgt rasa udang kering banyak...
masa tengah tunggu kuih ni siap bakar, dapat 1 sms
"Salam, akak jadi pulak pegi. Lom sampai lg. Nti tolong
recommend hotel yg selesa & dlm rate...."
Huisyhhh... ade kawan mau datang Melaka la.. Jalan2 kata dia
so... cepat2 le menyiapkan kerja semua...
Minggu ni ade tetamu :-)
Ini... sedap... mesti cuba... buat 1/2 adunan drpd resipi asal
setelah ujikaji dijalankan dengan membakar kuih ni kan....
kesimpulan yang dapat dibuat ialah...
- Sila tutup permukaan atas adunan menggunakan aluminium foil. Kalau x tutup, permukaan kuih akan menjadi kering.
- Tambah lagi 50ml air panas mendidih ke dalam adunan (jika buat 1/2 adunan) sebab nak bagi lembut sikit.
- Masa pembakaran adalah selama 35~45 minit dengan menggunakan suhu 220 darjah celcius dan api bawah sahaja.
- Sila potong kuih bila dah sejuk. Kalau masa panas potong, maka akan jadik le mcm yg dalam gambar ni ye... hehehe :D
Sekian dahulu kesimpulan yg dapat dibuat... hehehe... Minta maaf CM... resipi telah diubah cara memasaknya... :D
fuyooo!!! dah jadi kuih lia ya..minta 5 potong hihi sb nampak banyak tu
ReplyDeleteCM... terima kasih ye... ade lagi kuih ni dlm esbok... kat umah x ramai owang... ambik le tau.. jgn malu2 :D
ReplyDelete