Tuesday, September 1, 2009

Puding Kopi Susu

Buat puding ni sebab terliur tgk resipi
kat dalam suratkhabar Harian Metro
hari Ahad, 30hb Ogos, 2009 yg lepas.
Skodeng2 kat paper Apis masa dlm kelas.
Pastu smlm suh dia sms resipi :-)

untuk resipi yg telah diolah/diubahsuai
Bahan-bahannya
** untuk lapisan susu
  • 5 gram serbuk agar2
  • 5 sudu besar gula
  • 350 ml air
  • 250 ml susu sejat

@@ untuk lapisan kopi

  • 1 1/2 sudu besar serbuk kopi
  • 50 ml air panas
  • 5 gram serbuk agar2
  • 7 sudu besar gula
  • 400 ml air

&&& Cara-cara membuatnya

  1. Untuk lapisan susu... didihkan air dan masuk gula serta serbuk agar2. Apabila agar2 telah masak dan mendidih, masukkan susu sejat dan didihkan kembali.
  2. Untuk lapisan kopi pula, didihkan air serbuk agar2 dan gula. Bancuh kopi dgn air panas, tapis dan masukkan kedalam bancuhan tadi. Kemudian masak semula hingga bancuhan mendidih.
  3. Apabila hendak melapis, letak loyang kedalam loyang yg lebih besar dan tinggi. Kemudian Loyang yg besar itu diletakkan air sejuk yg dicampur dgn ais. Mula la melapis satu demi satu lapisan. Untuk setiap lapis, garis2kan dgn garfu sebelum diletak dgn lapisan yg seterusnya. Ini adalah untuk memberikan lekatan antara 1 lapisan dgn lapisan yg lain. Kegunaan air sejuk yg dicampur dgn ais ialah bagi membolehkan lapisan agar2 tersebut membeku dgn lebih cepat. Selamat Mencuba :-)

2 comments:

  1. amboi dalam sibuk2 sempat lagi melapis puding. memang nampak sedap....

    ReplyDelete
  2. kak suzi..... tu pasal le menyibukkan diri. Hehehe.... Jangan x tau tau kak.... dalam sibuk sempat menjahit manik2 utk customer Angah kat butik dia tu.... Tapi baju raya sendiri xde.... melapis2 puding ni kan kak... mcm serik jek... lambat siapnya :-)

    ReplyDelete

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...