Jeli yang CikManggis cakap goyang2 semalam tu kan.... Ni le hasil nya.... Hehehe.. Makan Puding Kastard Jeli ni dgn kuah dia.... sedap ni makan sejuk2... Pas balik terawih cari menda alah ni dlm esbok... Resipi cuba2 jek ni.... Rasa pudingnya lembut jek. Kite layan resipi kat bawah ni......
@@@ Bahan-Bahannya
** Untuk Puding Jeli
- Jeli sumi (buang plastik dan guna le brp banyak nak)
- 1/2 bahagian agar2 (yg jenis bertali~kat plastik tulis 35gram)
- 5 sudu besar gula
- 200 ml susu cair/sejat
- 800 ml air
- 4 sudu besar tepung kastard
- 2 titik pewarna kuning telur
** Untuk Kuah Puding
- 1 1/2 sudu besar tepung kastard
- 400 ml air
- 2 1/2 sudu besar gula
- 200 ml susu cair/sejat
- 1 sudu teh perasa butter vanilla
### Cara-cara membuatnya
- Basuh agar2 bertali, kemudian masak dgn air dan gula sampai hancur.
- Bancuh tepung kastard dgn sedikit air dan kemudian masukkan ke dalam didihan agar2 bertali td bersama-sama dgn susu sejat td dan 2 titik pewarna kuning. Masak sehingga likat.
- Dalam masa yg sama buka plastik jeli dan letak ke bahagian dasar acuan. Kemudian tuang puding kastard yg dah masak tu. Biarkan sejuk dan mengeras.
- Untuk kuah puding pula, campur kesemua bahan2 dan masakkan. Sejukkan terlebih dahulu sebelum di tuang ke atas puding td.
- Enak dimakan ketika sejuk2.... Hehehe
No comments:
Post a Comment