Friday, September 4, 2009

Daging Lada Hitam

Sempat masak ni utk berbuka semalam 13 Ramadhan 1430 H.... Balik keje singgah Giant pastu beli daging ni dgn brokoli. Resipi main campak2 sendiri.... Tapi presentation tiru Kak Nor yg rajin sgt2 memasak tu.... Daging yg lembut. Mula hiris daging sampai le siap posing tu x sampai 1/2 jam penyediaannya.... x masak banyak pun... cuma sepinggan ni je. Cukup utk kami 5 org makan anak sedara 2 org.... Resipi kemudian ye... nak ke Maxis Centre, Mahkota Parade jap...

Daging Lada Hitam

@@ Bahan-bahannya

  • 350 gram daging ~ dihiris nipis (x hengat dr bhgn mana lembu sebab main ambik jek masa beli kat Giant hari tu..... Harga sekilo RM26.99)
  • 3 biji ubi kentang ~ belah dua pastu hiris
  • sebiji cili merah
  • sebiji cili ijau
  • sebiji bawang besar (ditumbuk)
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • seinci halia (ditumbuk)
  • 3 sudu teh lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 1 sudu teh sos seasoning Maggi
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos lada hitam
  • 5 sudu besar air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng

&& Cara-cara membuatnya

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk iaitu bawang besar, bawang putih, halia dan lada hitam.
  2. Masukkan daging dan ubi kentang yg telah dihiris dan dibersihkan. (masuk sekali senang keje... wakaka). Tunggu sampai empuk.... x lama 10 minit mcm tu dah ok
  3. Bila daging dan ubi dah empuk, masuk semua jenis sos dan air asam jawa + cili ijau dan merah yg dihirs. perasakan dgn garam dan gula.... Siap :D

3 comments:

  1. aduhai.. first2 masuk dah nampak makanan..

    omang aiii.. den dizalimi tuan tanah.. aderkk.
    terliur lak den ni ha. kurang lak puaso eh. huhuu

    raso eh, malam ni nak buko kek luar lah.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. daging masak lada hitam tuh mmg napak menyelerakan laa lia.. ader belen x?heee

    ReplyDelete
  3. maza>> oghang nogori koooo??? jgn batal poso ekau dah lerrr :-)

    sue>> mintak ampun le sue.... xde belen ler daging tu... sekali makan jek :-)

    ReplyDelete

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...