Wednesday, November 17, 2010

Terima Kasih

Terima kasih kepada semua yang memberikan hadiah & kegembiraan... Nampaknya bulan November ni macam2 la kejutan2 yg diterima kan... terima kasih semua :-)

Dalam ni ade Blueberry Cheese Tart
sebagai hadiah kepada ex-bos
semoga beliau serta keluarga mendapat haji yang mabrur

beliau telah menghadiahkan pasu Sarawak yang cantik ni
sangat gembira :-)

Dah 10.11.2010 pun masih ada kek?
kek sempena sambutan hari lahir ni... kawan2 sepejabat yang bagi
pandai dorang ni berlakon tau...
sorang technician tu minta disemakkan surat
(sebelum klua ke tapak projek ada minta dia buat)
tengah serius2 membetulkan draft surat yg dia buat tu
tiba2 ada nyanyi2 beserta kek masuk bilik...
terharu2 :-)

sepetang yang dijayakan oleh mereka... :-)

Salam Aidiladha 1431 Hijrah

Alhamdulillah... 11 zulhijah 1431H bersamaan dengan 17hb. November, 2010 kita di Malaysia ni menyambut Aildiladha.... :-) Macam biasa la kan, juadah di pagi raya lebih kurang sama je mana2 rumah pun... Tahun ni disebabkan kesibukan, jadinya beraya pun di sini je la.

Ketupat nasi tu, rebus dengan periuk bertekanan tinggi (pressure cooker) je... lagipun buatnya tak banyak, 20 biji je... boleh la rebus dalam periuk tu kan. Menjimatkan masa & gas sungguh la... Mee laksa tu pun rebus dalam periuk yg menjimatkan masa tu... :D

Menu di pagi raya ialah ketupat nasi daun kelapa, lemang, rendang ayam, rendang daging lembu, masak lodeh dan juga laksa penang... Masak pun tak banyak, cukup2 untuk masing2 makan le kan, lagipun aidiladha kawan2 jarang berkunjung ke rumah. Ade buat kek juga... Kek Marble Trio resipi blogger tersohor iaitu Mat Gebu...

Tak lupa juga ingin menucapkan selamat ulangtahun kelahiran yang ke-5 untuk anak sedara Danial Bin Shaaraz. Maaf ye CEKENYEL, uteh tak dapat pegi rumah sebab malas.... hehehe

Akhir kata... Selamat Hari Raya semua :-)

Thursday, November 4, 2010

Blueberry Cheese Tart << tempahan >>

Blueberry Cheese Tart ni ditempah oleh rakan sekerja... katanya untuk dibawa balik ke kampung di Serembang sempena Malaysia bercuti menyambut perayaan Deepavali. Dah puas ejas cahaya kat kamera ni, tapi dia masih nampak warna kuning gak... tak pe la kan yg penting kejadian sebenar tak begitu... hehehe... Belajar buat filling cheese ni dgn rakan blogger juga a.k.a pengusaha blueberry cheese tart iaitu Kak Azita Zain di Lestari Kehidupan... belajar secara online je... tapi filling ni yg paling superb setakat ni dah penah buat... Terima Kasih Kak Ita :-)

Monday, November 1, 2010

1.11.2010 ...Happy Birthday To Me...

Syukur Alhamdulillah... atas rahmat2 yang telah DIA berikan kepada hambaNYA ini... menginjak ke tahun seterusnya bertambahlah usianya... semoga beroleh kerahmatan dan diberkati hidup... terima kasih kepada kedua2 ayahanda & bonda atas segala yg telah dicurahkan... kepada adik beradik, anak2 buah, kaum keluarga yg jauh dekat, kepada rakan2 seperjuangan semasa di Sek Keb Lepar Utara 8, Sek Keb Trolak Timur, Sek Men Trolak, Sek Men Teknik Ipoh, Kolej Yayasan Alor Gajah, UiTM Arau Perlis, UTM Jalan Semarak, rakan2 sekerja di Melaka ni, di Kelana Jaya... banyaknya... mcm tak tersebut semuanya... hihi... Terima Kasih atas sokongan yg tidak berbelah bahagi... komen2 membina menjadikan diri lebih dewasa melalui kehidupan... Semoga ALLAH SWT memberkati hidup ini... Amin :-)

Baked Oreo Cheese Cake ini... amek resipi kat rumah Kak Ummi Kuantan... terima kasih kak

Monday, October 18, 2010

Welcome back...

Alhamdulillah... setelah melalui fasa kesibukan selama berbulan2 ini, malam ni berkesempatan berkongsi lagi pengalaman hidup... Terima kasih kepada semua yang masih sudi menjengah walaupun senyap sunyi selama beberapa bulan. Mohon maaf juga kerana tertunggu2 khabar berita. Tuan Rumah sihat2... cuma agak kesibukan. Gambar ceria ini dirakam semasa 1 Syawal 1431H bersamaan tarikh 10hb. September, 2010 yang lepas... Adik selaku jurugambar profesional keluarga kami dengan dslr barunya Nikon D700S, bingkai lebih luas katanya... sudah upgrade kameranya :-)

Sunday, August 22, 2010

Nasi Kerabu

Alhamdulillah... kita selamat sudah menjalani puasa di bulan Ramadhan ini hari yang ke 12 hari ni... Nasi kerabu ni adalah menu berbuka semalam iaitu puasa hari ke 11... cuma lambat sikit updatenya... kesibukan menjahit manik2 comel untuk baju2 pelanggan... hihihi... Nasi Kerabu masakan sendiri daripada dapur rumah yang comel itu... berkongsi makanan bersama2 dengan seluruh kaum keluarga seramai 16 orang, kecuali adinda yang skrg praktikal jururawat di hospital Jitra dan juga kekenada 3 beranak di Cheras Perdana... x pe, nanti kite makan besar ye sebelum raya. Gambar kaum keluarga semua tak sempat nak amek la, sebab kelam kabut ngan anak2 sedara yg ramai itu... :-)

Nasi Kerabu

Ada pelbagai lauk pauk yang sempat dibuat/dimasak sendirian berhad... Penat juga masak bermacam2 jenis lauk ni kan. Mujurnya sesekali je memasak... Ade lauk ayam percik, ikan selar goreng celup tepung, telur itik masin, keropok ikan, solok lada, sambal tumis, sambal kelapa ikan, satar ikan, sayur mayur.... aikkk!!! mana pegi budu dengan air lada???

Nasi Kerabu

haaa... yang ni baru ade air lada dgn budu :-)
jom tengok segala macam lauk pauknya satu persatu
gambar nasi sahaja tak sempat amek... kelam kabut
dengan adik beradik dan anak2 buah yg ramai tu
mana yang sempat je amek gambo ni :-)

Ikan Selar Kuning Goreng Celup Tepung

disebabkan kat pasar masa beli tu xde jual selar kuning yg kecik,
jumpa selar yg besar ni je... terpaksa jugak la beli
daripada x de kan, elok la beli...
besar pun besar la... balik kite operate dia kasi kecik
hahahaha

Budu Cap Orang Kampung

Jauh import budu ni... dari kelantan
memang kirim dengan kawan masa dia balik kampung
stok budu kat rumah ni mmg la x penah surut
sentiasa ade jek...
budu ni sangat sedap la... terasa keenakan ikan bilisnya :-)


Air Lada

stok air lada dah abes... maka buat la sendiri.
Tumbuk cili x berapa lumat, letak cuka dan air sikit
jadik la kan... janji ade:-)

Telur Itik Masin

Kali ni sangat berpuas hati dengan telur itik ni
cantik berseri telur kale oren nya itu
pastu besar lak tu... sekata je semuanya

Keropok Ikan Parang

haaa... amek la... 1 besen gorengnya... maklumlah, keluarga besar
anak2 sedara semalam je dah 8 org
semua kecik2 belaka...
ni kegemaran dorang la ni kan

Sambal Kelapa Ikan

suka betul dengan kelapa ikan yang manis2 sket ni
cara masakan sedikit berbeza la dgn serunding ikan
yang biasa buat tu... yang ini kena goreng sket kelapanya

Satar Ikan

ketidak profesionalan terserlah... ade bungkus kecik, ade yg besau
boleh le tu kan... janji jadi bendanyanya... muahaha

Solok Lada

Walaupun xde lada ijau yang kale ijau muda tu kan,
jadik le pakai yg kale ijau pekat ni...
sedap ni... 1 sudu kecil je letak tepung jagung
nak bagi lekat jek

Ayam Percik

Ayam percik ni baru je lepas bakar... yang ni je Bonda
dengan Ayahanda bekerjasama membuatnya.
Siaplah membakar dengan arang.
Tak sempat nak amek gambau dah curah kuah
sedapnya... terasa hingga kini :-)

Saturday, August 21, 2010

Manik Mutiara Bunga Kecil

Satu lagi tempahan manik yang telah disiapkan, cuma lambat posting je... hehehe... macam kekangan waktu je tau... Tapi cuba juga la sedaya upaya membahagi2kan... Sementara tunggu subuh nak masuk ni, sempat le beberapa entry kan... :D

Manik Mutiara Bunga Kecil

Temapahan ini diterima daripada pelanggan tetap iaitu
Kak Effliza
terima kasih ye kak, semoga raya tahun ni ceria
mengenakan baju pink akak ni
cantik baju ni, corak abstrak

Manik pintal di kedua2 hujungnya ini sebab corak2 abstrak tu
mula2 tambah bunga kecil2 tu je
tapi tuan punya baju mintak tambah mutiara besar
ermmm... nampak penuh sekali design ini :-)

Tak Sengaja... :(

Selepas sahur semalam sementara nak tunggu Subuh masuk... Sempat menjahit manik lagi sepasang untuk pelanggan ni... Ntah macam mana la... tercucuk lak jari sendiri... kelam kabut jugak masa tu... tapi sempat amek gamba utk kenangan... hehehe... dah tak sakit pun, kecederaan kecil je, cuma bekas cucukan itu terasa pepedih jek...

hehehe...
yang kena jari telunjuk... pelik gak le
biasa kena jari2 lain... tapi nak buat cemane kan...
redha je la... nak siapkan cepat baju2 pelanggan ni...
nanti boleh buat keje lain lak...

tengok dekat sikit... haaaa
padan muka... terus segar bugar lepas tu matanya... :D

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...