Showing posts with label Aidiladha. Show all posts
Showing posts with label Aidiladha. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

Sunset Just Now

Syukur Alhamdulillah... Masih dapat menikmati keindahan Ilahi ciptaanNYA... Suka sgt dgn awan, matahari terbit & terbenam. Lokasi di depan rumah je ni :)



Lokasi: Depan rumah
Tarikh: 9.11.2011

Sunday, November 6, 2011

Aidiladha 1432H - 6.11.11

Salam Aidiladha... Pada tahun ini Aidiladha jatuh pada tarikh hari lahir kak Nani. Hepi besday!!!

Sempena Aidiladha ni juga, terima 2 tempahan kek coklat. Yg ada love besar tu utk kak Finaz (kak ipar Reza)... Manakala yg lg 1 tu utk kak Nani...

Kek besday Kak Nani



Kek besday yg kak Finaz tempah

Pagi2 raya tu bangun & sediakan kuah lontong serta sambal tumis. Tahun ni Angah buat korban, jadinya byk betul daging kat rumah. Kami masak ketupat nasi daun kelapa juga. Selain tu ada rendang & lemang. Mcm raya2 sblm ni, lemang kat rumah ni amek kat Rembau. Abg ipar balik Rembau sebelum raya. Dorang mmg buat lemang setiap kali raya & puasa.

Sesi mengisi beras dalam ketupat


Ketupat dah siap rebus
(rebus dalam pressure cooker je... sejam)


Lontong, sambal tumis, rendang & lemang


Raya kali ni juga seronok sbb semua adik beradik ada serta rakan2 yg x balik beraya. Inah, kwn masa sekolah rendah dulu sambung belajar di Institut Perguruan Melayu Melaka. Kesian pulak dorang tu x balik beraya. Tu yg bawa dorg dtg rumah.


Tengah sarapan & makan kek :)



Mak su & Alya



Inah & rakan2

Saturday, November 5, 2011

Menganyam Ketupat Daun Kelapa

Jom anyam ketupat... Esok dah Aidiladha pun. Tetamu2 ALLAH hari ni di Tanah Suci sudah mula ke Padang Arafah untuk menjalani ibadah wukuf. Alhamdulillah :)

Kali ni sesi anyam ketupat mcm biasa la... Sorang2 ye... Yg lain2 ade lom blk... Yg ade pun x reti anyam. Ketupat daun kelapa ni biasanya kita isi dengan beras biasa la. Masa rebus letak garam sket. Bosan2 menyanyam dpt la siap 49 biji. Ade ketupat jantung, pasar, sate & bawang... Layan :)

Ketupat jantung... belajar dengan kawan kat opis


yeay... siap dah 50 biji



Pelbagai jenis ketupat
yang kiri dengan kanan tu ketupat jantung
paling atas sekali ketupat sate
tengah ketupat bawang
paling bawah tu ketupat pasar

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladha 1431 Hijrah

Alhamdulillah... 11 zulhijah 1431H bersamaan dengan 17hb. November, 2010 kita di Malaysia ni menyambut Aildiladha.... :-) Macam biasa la kan, juadah di pagi raya lebih kurang sama je mana2 rumah pun... Tahun ni disebabkan kesibukan, jadinya beraya pun di sini je la.

Ketupat nasi tu, rebus dengan periuk bertekanan tinggi (pressure cooker) je... lagipun buatnya tak banyak, 20 biji je... boleh la rebus dalam periuk tu kan. Menjimatkan masa & gas sungguh la... Mee laksa tu pun rebus dalam periuk yg menjimatkan masa tu... :D

Menu di pagi raya ialah ketupat nasi daun kelapa, lemang, rendang ayam, rendang daging lembu, masak lodeh dan juga laksa penang... Masak pun tak banyak, cukup2 untuk masing2 makan le kan, lagipun aidiladha kawan2 jarang berkunjung ke rumah. Ade buat kek juga... Kek Marble Trio resipi blogger tersohor iaitu Mat Gebu...

Tak lupa juga ingin menucapkan selamat ulangtahun kelahiran yang ke-5 untuk anak sedara Danial Bin Shaaraz. Maaf ye CEKENYEL, uteh tak dapat pegi rumah sebab malas.... hehehe

Akhir kata... Selamat Hari Raya semua :-)

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...