Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladha 1431 Hijrah

Alhamdulillah... 11 zulhijah 1431H bersamaan dengan 17hb. November, 2010 kita di Malaysia ni menyambut Aildiladha.... :-) Macam biasa la kan, juadah di pagi raya lebih kurang sama je mana2 rumah pun... Tahun ni disebabkan kesibukan, jadinya beraya pun di sini je la.

Ketupat nasi tu, rebus dengan periuk bertekanan tinggi (pressure cooker) je... lagipun buatnya tak banyak, 20 biji je... boleh la rebus dalam periuk tu kan. Menjimatkan masa & gas sungguh la... Mee laksa tu pun rebus dalam periuk yg menjimatkan masa tu... :D

Menu di pagi raya ialah ketupat nasi daun kelapa, lemang, rendang ayam, rendang daging lembu, masak lodeh dan juga laksa penang... Masak pun tak banyak, cukup2 untuk masing2 makan le kan, lagipun aidiladha kawan2 jarang berkunjung ke rumah. Ade buat kek juga... Kek Marble Trio resipi blogger tersohor iaitu Mat Gebu...

Tak lupa juga ingin menucapkan selamat ulangtahun kelahiran yang ke-5 untuk anak sedara Danial Bin Shaaraz. Maaf ye CEKENYEL, uteh tak dapat pegi rumah sebab malas.... hehehe

Akhir kata... Selamat Hari Raya semua :-)

2 comments:

  1. selamat hari aya korban Lia..lamanya menyepi ni..rindu:) hehe.Makcik tak pernah masak ketupat dalam pressure cooker.Boleh try ni:)

    ReplyDelete
  2. Salam cik... selamat hari raya aidiladha... cian kat cik rindu kat lia kan.. xpe, insyaallah dalam masa terdekat ni lia akan cuba mengurangkan kesibukan... hihihi... haah, lia masak ketupat dgn pressure cooker... best2... cepat jek masaknya... jimat masa & gas... hehe

    ReplyDelete

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...