Kalau bercuti ke arah utara dan teringin nak makan nasi ayam yg sedap, jom singgah Ipoh. Lokasi restoran yg berkonsep kopitiam ni letaknya di No. 107, Anderson Road. Nama dulunya dikenali sbg Anderson Road tapi skrg ni juga dikenali dgn nama Jalan Raja Musa Aziz. Lokasi kedai di jalan utama tu je dan letaknya di sebelah kanan (jln sehala) selepas bulatan berdekatan dgn hospital. Berpusing2 gak la dlm 4 ke 5 kali jln tu nak cari kedai ni ari tu. Maklumlah tidak expert ye route ke sana. Sempat singgah kedai jual brg2 bakery & jumpa mcm2 kedai lama kat sana. Klu berminat dgn architecture bangunan kolonial, ambil sikit masa jln kaki di bandar Ipoh lama... Akan jumpa pelbagai rupa bentuk.
Kita cite psl Nasi Ayam Hainan Ipoh ni dulu ye... Secara dasarnya, apa yg sedap dgn set nasi ayam ni pertamanya dah tentu ayam tu sendiri. Ayam hainan panggang jadi pilihan masa makan tu. Sgt memenuhi citarasa. Jgn lupa mencuba set nasi ayam ni ye. Air yg best kat sini asam boi :)
~published by iPhone~
No comments:
Post a Comment