Monday, February 27, 2012

Budi Bahasa Budaya Kita

Hari ini kita akan berbicara sedikit berkaitan BUDI BAHASA BUDAYA KITA. Budi bahasa adalah amalan mulia bagi semua lapisan masyarakat di dunia ini. Pergilah mana-mana negara pun, berbudi bahasa tetap merupakan amalan mulia. Di negara kita sendiri yang terkenal dengan sifat lemah lembut dan penuh sopan, budi bahasa masih diutamakan tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan sebagainya.

Bagaimanapun, masih terdapat segelintir daripada kita yang kekurangan budi bahasa dalam diri dan tutur katanya. Apa yang lebih dikesalkan lagi jika sudahlah tidak berbudi bahasa malahan berkata-kata angkuh semasa meminta pertolongan daripada orang lain.

Pagi ini saya sangat sedih dan kesal sekali ketika menjawab panggilan telefon daripada seorang kontraktor yang pada pendapat dan hemah saya sungguh tidak beretika sekali. Sebagai melaksanakan tanggungjawab sebagai pekerja yang mewakili keseluruhan agensi tempat kerja, saya merasakan ini antara cabaran emosi yang perlu saya hadapi di pagi Isnin awal minggu bekerja. Setelah panggilan ke-3 yang dibuat oleh beliau dan dijawab tenang berdasarkan fakta jelas oleh saya, akhirnya beliau berjaya juga kembali ke lumrah hidup manusia biasa dengan berbudi bahasa dalam tutur bahasanya.

Sekian dulu bicara soal hati yang dapat saya luahkan, semoga menjadi iktibar.



kredit gambar/logo: google

No comments:

Post a Comment

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...