Wednesday, July 28, 2010

Sulaman Manik2 Semasa Kesibukan

review manik2 yang sempat dihasilkan dalam tempoh masa kesibukan ini.... salah satu penyumbang besar gak la menjadikan diri ini kesibukan... huhuhu... tak dan nak cerita banyak2... sila la tengok kalau2 berkenan dan boleh dibuat rujukan/idea untuk menjahit manik di baju masing2 kan... kesemua sulaman manik2 ini adalah tempahan daripada rakan-rakan. Terima kasih ye rakan2 yang menempah :-)

Tuan punya baju nun jauh di Arab Saudi
disiapkan awal kerana mahu diposkan kepada dia
tema raya mereka di sana tahun ni Citra Warna
bajunya kakak dia belikan dah siap...
manik je tempah

Baju Kak Effliza
baju ni dah lama dalam koleksi... kesian tuan dia menunggu
hihihi... minta maaf ye kak Effliza, lambat sket


Jubah Kak Yati
jubah ni ditempah oleh kak yati utk makan malam PUSPANITA
jenuh menjahit & lakar lukisan atas baju ni
mengambil masa lama utk disiapkan... huhuhu

Baju Baby Aleesya
bayi yg akan berumur setahun lebih ni masa raya nanti
kecik je bajunya... jahit kat leher sahaja :-)

Friday, July 23, 2010

Asam Laksa

Dah buat lama laksa ni... menu yg selalu buat dan mendapat tempat di hati masing2... hehehe... disebabkan selalu buat kan, kali ni versi letak sket ikan sardin dalam tin lak. Kalau ade pucuk gajus dalam salad2 dia tu kan best... tambah pucuk selom lak... yummy!!!

Macam-Macam

Masa kurang mengizinkan untuk terus merencanakan hari2 di blog ini... akan cuba memenuhi kehendak diri sendir meluangkan masa secukupnya... sangat2 sibuk dalam masa 2 bulan ini. Kite kongsikan saja gambar2 kenangan semasa balik kampung bulan lepas. Hanya sebilangan kecil gambar sahaja...


Nasi Ayam Ipoh
Jalan Raja Musa Aziz

nasi ayam ni memang sangat sedap
harus cuba


stesen ketapi ipoh

sekolah st michael


laksa ni sedapnya...
kat padang polo sblh skolah teknik ipoh

setelah berbelas tahun
jejak balik kaki kat sekolah ni...


Taman Jepun

Pasir Salak


Kuih putu
mcm putu piring gak le


sayur ape x tau nama ni
sedap gak


rumah yg seram kat Kuala Kangsar


Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar


melukis mural kat sekolah kebangsaan Jawang


yeay... siap pun muralnya


pegi menara condong teluk intan


masuk dalam gua tempurung


ni la pintu masuk gua tempurung tu


pegi Kellie's Castle pulak


makan ubi rebus ngan sambal & ikan masin


Rose Float


Mee Rebus Ramli


antara tiket2

Sunday, July 4, 2010

Hari ke-2 Balik Kampung Di Batu Kurau & Taiping

7hb. June, 2010 adalah hari ke-2 balik kampung. Sangat hepi sebab balik ke Batu Kurau pulak, walaupun hanya beberapa jam dan sekejap je kat sana. Sebab banyak aktiviti nak buat balik ke kampung kali ni kan, jadi sekejap2 jadi la nyinggah. Jumpa Misya dan keluarga di sana, kebetulan Kak Ti ade balik jadi dpt jumpa anak2 dia, Aina & adik dia. Cuma x sempat jumpa Kak Ti, dia keluar p beli barang. Lepas tu Abg Bahar dgn Kak Ija pun balik dengan anak2 dia, Rifqah pun ade balik juga sekali. Sangat2 seronok sebab ramai balik ke Kg Perak, Batu Kurau ni...

Muhammad Rafiq Mazwan Bin Mazlan
Anakanda ke-2 Misya & Lan
Lahir pada 26hb April, 2010
tarikh ni akan dikenang
sebab sama dgn My Lovely Dad

Pastu balik singgah sini :-)
Taman Tasik Taiping

redup je pemandangan di sini

singgah pula makan di sini
kat mana tu?
Kedai Dolly, Taiping
rasanya dah x berapa sedap la kali ni
berbeza masa zaman2 sekolah dulu
pinggan pun besar, murah dan rasa yg sedap
skrg sume dah berbeza
yeay...jumpa kawan lama yg berbelas tahun x jumpa
yang tudung oren tu la
NorAida Abd Ghani ~ 13 tahun x jumpa
terima kasih kpd Maklong (yg tudung ceklat)
sebab dia la organizer blk kg kali ni... hehehe

Saturday, July 3, 2010

Cuti2 Malaysia ~ 8 Hari Balik Kampung Di Sg Siput, Perak

6hb ~ 13hb Jun, 2010 yg lepas, kite cuti2 malaysia... balik kg di Sg Siput, Perak... Yg sebenarnya, bukan la kampung sendiri. Tapi memandangkan tidak punya kampung, jadi kampung kawan2 tu dah jadi mcm kampung sendiri la kan. Seronoknya org punya kampung kan... aman damai je... Terima kasih kepada rakan karib Shafiza Hassan dan keluarga di Kg Talang, Sg Siput, Perak... Setahun lebih kurang 2 kali balik ke sana. Sangat gembira :-)

kemas2 beg dan barang2
hari nak balik, baru le nak kemas
mcm2 barang kan... Salonpas pun ade
barang2 penting

yeay... sudah di Melaka Sentral
beli Mc'D tapau je utk lunch dlm bas
1 beg sandang dan juga 1 beg tarik... jom naik bas

Sebulan Berlalu

Alhamdulillah... bertemu kembali kita setelah hampir sebulan tidak bersiaran. Tuan Rumah ni macam terlalu sibuk je kan. Dan sememangnya begitulah sibuk dengan pelbagai urusan untuk diselesaikan. Namun akan cuba untuk mengagihkan masa untuk semua. Dengan ini, jom kite cuci sikit pemandangan menarik waktu hampir senja ini. Kelihatan bulan di balik awan dan juga beberapa ekor burung bangau terbang kembali ke sarang. Aman damai dan tenang je... :-)

Saturday, June 5, 2010

Kek Sarang Lebah, Kereta Dilanggar Jiran & Berehat Selama Seminggu

Alhamdulillah... menjadi juga kek ni. Minggu lepas dah buat tapi x jadi sarang lebah, dia jadi sarang semut jek. Lubang tecik2 sangat, kira x jadi la senang cite kan rupa parasnya. Kali ni menjadi seperti yang dikehendaki dan menepati piawaian Kek Sarang Lebah. Kiranya lebah2 leh masuk la kan, x yah susah2 buat sarang dia dah. Hehehe... Dalam2 kegembiraan ni, berlaku kejadian yang menyedihkan tadi.

Lepas je siap membancuh kek ni dan menunggu masa peramnya. Merempit tengok cite The Lucifer kat CH303 tu. Malang tidak berbau, kereta kesayangan telah dilanggar oleh jiran semasa dia mengundurkan kereta dia. YA ALLAH... depan mata ni berlaku, berderau darah naik ke muka. X sempat cakap ape2 dengan jiran tu, cuma tanya kenapa pak cik langgar kereta saya??? Dan bila jawapan yang terkeluar daripada mulut dia hanya gelak ketawa dan dia cakap akan bayar kos baiki, terus je masuk ke dalam tanpa berkata apa2 dah dengan dia. Sebak di dada kerana tiada sebarang perkataan maaf pun yang diberikan. Terus biarkan My Lovely Dad uruskan hal2 tu. Masuk bilik terus nanges jek... Tak mampu nak berkongsi gambar kereta kesayangan. Sedih sangat... Menjaganya selama 6 tahun dengan elok2, org senang2 je langgar kereta tu. Tuan Rumah ni akan berehat selama seminggu kerana percutian & sedikit aktiviti kemasyarakatan akan dilaksanakan selama itu... Kepada rakan2 yang mencari tu... kat sini ditinggalkan Kek Sarang Lebah ni ya... Kecewa kerana dilukai oleh perlakuan jiran tu maka membawa hati yang lara selama seminggu, ataupun lebih di alam maya ini...

Sup Daging & Masih Demam

Sup daging ringkas2 ni je untuk makan malam tadi. Memandangkan masih kurang sihat, jadi pilihan sup yang tidak berempah langsung ni la dan tidak bertumis. Semuanya dicampakkan je dalam periuk. Rebus daging sampai empuk, pastu campak bawang puith, merah, serai. Dah nak angkat, masuk cili dan tomato. Senang yang amat2 la kan. Nak makan perah limau nipis. Tapi tekak ni masih kalah lagi bila makan ni sebab akan jadi perit je. Suhu badan telah turun, tapi tekak makin perit... huhuhu

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...