Thursday, March 29, 2012

New York CheeseCake with Raspberries :.: Recipe

Salam bertemu kembali... Kali ni bersiaran menggunakan Cik Dell pc yg dah lama x update blog. Hehehe... Kali ni kena tulis dalam bahasa Melayu (rojak pun boleh kot) sebab my Bff dah suruh letak resipi sekali. Hehehe... here we go Kak Rina :P

Sebab utama update guna Cik Dell ni sebab nak tepek gambo hasil pertama tembakan daripada my EOS 60D. Hehehe... Amacam? ok x gambarnya? Tanpa di edit ni... Almaklumlah cuma amatur saje kan. Buat kek ni masa hari Isnin lepas. Entry Secretley Baking tu. Tapi baru sempat nak makan malam tadi. Minggu lepas masa membeli belah di Tesco jumpa buah rasberi segar. Terus teringat nak makan new york cheesecake... walaweh!!! Too much cheezy??? Apekahhh??? Lama kot Cik Elba kat rumah tu tidak bekerja. Hahahaha....


Ehem-ehem... belum potong lagi :)


Tips:-
Untuk mendapatkan permukaan yang licin semasa memotong kek ini, pastikan menggunakan pisau yang bersuhu panas. Contohnya sebelum potong, rendam dgn air panas ataupun panaskan sekejap atas api :)


RESIPI NEW YORK CHEESE CAKE

Bahan-Bahan:-

* 325g cream cheese
* 8 sudu besar gula
* 2 biji telur ayam
* 1/2 cawan susu segar
* 1/4 cawan tepung gandum

# Biskut untuk base (sy guna 12 keping biskut sediada kat rumah jenama oat krunch yang ade letak hazelnut & raisin tu... sebabnyaa... hanya itu sahaja biskut yg ade)
# 2 sudu besar butter

(resipi asal yg baca dulu ade letak sour cream dgn extract vanilla... sy x letak pun sour cream sebab x suka masam sangat. Extract vanila pulak sebab x letak sebab sy suka rasa cheese yg original )


Cara-cara membuatnya:-

  1. Memula buat dasar kek dulu... Kisar biskut & ramas dengan butter. Tekan atas acuan. Lepas tu simpan dalam peti sejuk beku.
  2. Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius
  3. Adun creeamcheese dengan gula. Pukul sampai kembang.
  4. Kemudian masukkan pula telur dan pukul lagi.
  5. Masukkan susu segar pukul dan kemudian tepung gandum.
  6. Bakar selama 60-90 minit dengan suhu 170 darjah celcius secara marine bath (bergantung kepada oven masing2
  7. Jangan lupa balut dasar acuan dengan aluminium foil. Kalau x nanti air masuk dalam kek... hehehe....

Guna acuan saiz 5-6 inci

Jemput makan semua.... so yummy & cheezy maaa

Tips:-
*** untuk mendapatkan permukaan kek yang tidak merekah dan pecah semasa membakar, pastikan suhu oven stabil. Sy bakar untuk tempoh 30 minit pertama dengan menutup permukaan acuan dengan aluminium foil. Kemudian 60 minit seterusnya saya buka penutup acuan tersebut.
*** Bagi mengelakkan permukaan kek merekah juga, pastikan kek dibiarkan sejuk dalam oven dan jangan keluarkan untuk sejuk di suhu luar.
*** Paling enak dimakan setelah dibiarkan bermalam di dalam peti sejuk. Jangan letak dalam tempat beku pula.
*** Waktu paling sesuai untuk buat kek ni ialah malam sebabnya kita akan biarkan kek ni bermalam dalam oven. Bila pagi nak pegi keje, kite pun letak dalam peti sejuk. Balik daripada keje petang tu dah enak dimakan.

6 comments:

  1. hooyeayhhh! akhirnye. thank u :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoyeahhh... ade sikit tips kat situ. Hehehe
      Ni la antara entry yg berjam2 nak siap tulis
      pasalnya banyak iklan
      lagipun, keje labih utama kan... hehehe

      Delete
  2. Ya Allah...sedapnyer....tgk gambar pun dah terliur....errr... datang rumah bleh?? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah... sedap kak... gebus jekkk... dan sgt cheezyyy. Boleh je dtg umah. Ade lebih 1/2 biji lagi. Kat rumah yg ade hanya sy, mak, ayah je... adik on & off... tu yg x termakan. Ni baru 6 inci punya acuan je ni. Hehehe

      Delete
  3. Salam singgah.. Nampak sedap sangat. Kena cubalah nanti..

    ReplyDelete

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...