Tuesday, July 14, 2009

Chocolate Cheese Layer Cake

Pagi2 ni nak hapdet pasal Kek Besday anak sedara hari tu. Smlm x sempat le nak hapdet lagipun internet hampeh. So ini le dia hasil dan juga resipi yg nak dikongsi... Telah dihapdet juga di MyResipi.... boleh ke sini juga ye....



Bahan2 utk lapis coklat
  • 1 1/2 cwn gula halus
  • 125g butter
  • 2 biji telur (grade c)
  • 1/2 cwn serbuk coklat/koko (van houten) + 1/2 cwn air panas (bagi larut)
  • 3/4 cwn susu coklat
  • 1 1/2 cwn tepung gandum + 1 sd teh soda bikarbonat + 1 sd teh serbuk penaik (ayak bersama)
  • 1 sd teh esen vanilla

Bahan2 utk lapis cheese

  • 375 g cream cheese
  • 100 g gula halus
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 2 biji telur (grade C juga ye)
  • 50ml air biasa

Cara-cara membuat kek ini:~

  1. Memula kena buat lapisan yg coklat dulu k... Mcm biasa la kan.... Pukul butter dgn gula sampai gula larut dan kembang. Pastu masukkan telur sebiji demi sebiji. pastu masukkan pula campuran coklat (yg dah siap2 bancuh dgn air panas tu). Lepas tu masuk pula susu coklat. Lepas tu boleh la masukkan pula campuran tepung+soda bikarbonat+serbuk penaik dan esen. gaul rata. (masa masukkan tepung tu kena sket2... sambil gaul rata)
  2. Sediakan dulang pembakar yang bersaiz empat segi... x tau le brp ukuran sebab lupa nak ukur. hehehe... Tapi dulang pembakar tu le yg diguna utk buat loaf roti. Kalau sape2 ade dulang yg mmg utk cheese cake lagi bagus. Senang nak bawa keluar nanti.
  3. Panaskan oven suhu 170 darjah celcius selama 5 minit. Bakar pula adunan kek coklat tu selama 12 hingga 15 minit.
  4. Opsss... Lupa lak... sebelum masuk semua adunan kek coklat tu.... ambik 2 sudu besar adunan kek dan masuk dlm plastik (nanti nak guna utk buat corak2 atas cheese pula)
  5. Sementara menunggu kek coklat tu... Kite pukul cream cheese dgn gula sampai kembang. lepas tu masukkan telur dan pukul lagi. Pastu masuk pula tepung dan gaul rata. Last sekali masukkan air.
  6. Bila adunan kek coklat dah siap 15 minit, masukkan pula adunan cheese tadi ke atasnya. Paipkan pula 2 sudu adunan kek coklat tadi. corak2 kan kek kite. ME ni tgn kaku sket. So paipkan lurus2, pastu ambik lidi gariskan jek. Tu yg terhasil corak ini. Kire corak basic la ni. Bakar dengan cara marine bath. Letak dulang bawah dia dgn air. Jgn lupa tutup loyang kek dgn aluminium foil sebab nak bagi permukaan kek yg cantik. Bakar pula selama 40 minit.
  7. Bila dah siap bakar, biarkan aje kek sejuk sendiri dalam oven... Mcm ME bakar malam hari... so biar dia sejuk smp ke pagi. Pastu simpan pula dalam freezer keesokkan sepanjang hari bekerja. Mlm tu boleh le makan... sebab rasa cheese lebih enak disimpan....
  8. ade org suka dan pandai menghias kek menjadi lebih cantik dipandang. Disebabkan ME ni kerastang... so ape yg boleh dibuat ialah pukul whipping cream.. salut di tepi... Pastu ME parut pula Coklat Cadburry Bar dan tampal kat tepi2 kek tu... Siap

2 comments:

  1. Lia....sedapnya kek cheese ni..fvrt makcikmanggis ni!!!asalkan ada cheese hmmm memang "irrisistible"!

    ReplyDelete
  2. yummy...yummy...jgn lupa cuba tau.... Lia suka rasa yg ni x brp masam...sedap la

    ReplyDelete

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...