Entry petang ni kite layan resipi ni ok...... dah ade kat sini (ME dah update)
Bahan-Bahannya (kalau suka makan ikan.. untuk 2 org je boleh... hehehe )
seekor ikan jenahak merah (berat lebih kurang 500 ke 600 gram)
1/2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 batang serai (dihiris)
2 inci halia (yg gemuk dihiris)
2 biji asam boi yg warna merah (dihiris isinya)
sebiji buah tomato yang dibelah menjadi 8
1 sudu kecil garam
3 biji asam boi warna putih (dihiris isinya)
sebiji limau nipis (ambil airnya)
5 biji cili padi (dihiris)
Cara-cara
- Bersihkan ikan dan belah belakang. basuh bersih sebelum diletakkan dalam pinggan untuk dikukus.
- semua bahan2 dihiris. selepas itu, ditabur di atas pinggan yang berisi ikan tadi. taburkan garam dan juga air limau nipis. letakkan tomato yg telah dibelah ke atas ikan tersebut
panaskan pengukus sehingga air mendidih. selepas itu boleh mula mengukus ikan selama 20 minit atau sehingga ikan masak. - siap utuk dihidangkan. tapi dalam resipi ni warna asam boi yg merah tu terlebih la... abis ikan jadi warna merah... so sape2 yg x suka kena la pakai asam boi warna putih je ye... makan dengan nasi panas... sedappppp
No comments:
Post a Comment