Wednesday, May 6, 2009

AsaM pEdAs IkAn pARi

weeeeeeehhhhhhhhhaaaaa.... resipi lagi kan... tu le mcm terajin le pulak.. tapi ni le aktiviti bile study week. me suka pegi econsave kat rumah kakak tu dan juga berbelanja barang2 basah. lepas tu... ade org yg tlg menghabiskan makanan... lagi le hepi kan... so me pun dah letak entry ni dalam ni .. check la ye.. kalau x tgk sana... me copy masuk sini je... cuba... jgn x cuba


Asam Pedas Ikan Pari
Bahan-Bahannya (boleh makan sekeluarga ni 6 org)

1/2 kg ikan pari
6 biji bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
2 batang serai (dipecah2kan)
belacan sebesar duit 50 sen
2 helai daun limau purut
cili kering (bila kite blend dlm blender tu dia jadi 500 ml)
*** rempah yang perlu disangrai
1. 1 sudu makan ketumbar
2. 1 sudu makan jintan manis
3. 1 sudu makan lada hitam
### aksesori tambahan
2 biji buah tomato
5 batang bendi
asam jawa segenggam (dicampur dgn air menjadi 1 liter)
garam secukup rasa

Cara-cara

Basuh bersih ikan dengan limau kasturi. sediakan bahan2 tumbuk.

panaskan secawan minyak masak. tumis bahan tumbuk seperti bawang merah, bawang putih, halia, serai dan belacan. bila dah garing masukkan cili yg telah dkisar tadi.

setelah pecah minyak, boleh la masukkan daun limau purut dan juga ikan pari yg telah dibersihkan. masukkan juga rempah2 yg telah disangrai dan juga ditumbuk tu.

setelah ikan separuh masak, masukkan pula air asam jawa.

biarkan mendidih untuk beberapa ketika. dan boleh lah ditambah dengan lain-lain aksesori tu. tomato dan bendi. jgn lupa masukkan garam dan rasa la kemasinan dan kemasaman kuah tu tadi.

No comments:

Post a Comment

Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...