Thursday, April 28, 2011

Green & Pink :)






Tempahan ni dibuat pada 28/4/2011 yang lepas... Untuk pertunangan adik kawan. Jauh perginya kek ni smp ke Kedah... Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Entry baru nak update sebab roh rajin memblogging sudah sampai... hehehe... TQ Yan :)

Monday, April 25, 2011

.: Happy Birthday:. 25.04.2011

Happy Birthday

Today is someone birthday... I'm wish that I'll be there...

Sunday, April 24, 2011

Big Sandwiches

Hari Ahad dah kan... adehhh!!! banyak betul keje nak disiapkan. Aktiviti jahit menjahit manik2 ni... Baru siap 1 lengan jek... hari ni igtkan nak siapkan semua... Cadang2 nak anto kat tuan dia esok. Harap2 target mencapai le... Stok barang2 bakery pun lom check lagi ni. Rasa yg xde stoknya... Telur ngan baking jek... yang lain2 masih ade banyak lagik... Ade yang order cupcake pulak. Design simple2 saje...syukur alhamdulillah mintak yg simple... senang keje

Kite makan sandwish je la ye utk brunch (breakfast+lunch) ni... Leftover dinner malam tadi masih ade isi2nya tu... Jadi senang cite, double barrel la... Big Sandwiches... Full with vegetables. Lagipun ade sorang niece kat rumah ni suka... Makciknya lagi la suka kan... senang keja... hahaha...

Apesal penuh kat blkg2 sanwich ni ngan segala makanan segera? Glucose pun ada? Perasa blackcurrent pulak tu... Sape yg minum? Tu minuman untuk KOKO... sape tu? Anak kucing yang kat rumah ni. Doktor suruh bagi minum glucose ni, sebab dia x minum susu... kesian, ambik pun masa dia masih kecil sgt2. Tak penah minum susu... Dibuang orang... Alhamdulillah, walaupun dia x brp besar sgt... tapi sihat nampaknya. Pegi ambil injection imunisasi pun dah beberapa kali. :)

Saturday, April 23, 2011

Colek Ike Temenung

Dah makan? Jom kite makan colek ike temenung ni.... Dalam erti kata lain, ikan kembung ni stim je (paling best kalo bako) pastu nak makan cicah ngan air asam. Tapi, kali ni kan... kat rumah yg serba kekurangan tu, terlupa lak xde asam jawa. Belasah je la kan, pakai limau nipis... Masam pulak mende alah ni... Sib baik belacan dalam peti ais tu masih elok lagi dalam stok. Ini hidangan mudah kan, makan dengan sup sayur bayam. Disebabkan stok beras mmg xde kat rumah tu kan, dan memang sengaja x nak beli beras. Bleh la diet karbo kan... hahaha

Friday, April 22, 2011

Fried Bee Hoon + Calamari Chillies + Mustard Egg

Ini hidangan sarapan pagi + lunch + dinner... hahaha... sekali masak je kan... pastu sekali je makannya...senang betul kalau duduk sendiri... perut sendiri je yg nak diisi. Pastu, masak je la ape yg ade pun. Yg penting agak lengkap la hidangan ni kan. Ade karbohidarat, protein, serat dan lain2 le... (dasar kan, nak senang cite). Lagipun mmg sng msk mcm ni kan, semua benda ade dan yg penting kenyang... hahaha...

Masa balik ke rumah sana tempohari, singgah kedai beli barang2 utk dimakan... terjumpa ngan calamari yg segar ni. Almaklumlah, rumah tu jarang2 balik... jadi stok makanan pun terhad la kan. Hehehe... Yang paling senang masak & digandingkan utk makan ngan fried bee hoon ni ialah calamari chillies. Saje kelar2 tanpa bagi putus sebab utama ialah jumpa telurnya dlm perut tu. Lepas tu... teringin nak cantik2 calamari ni...

Mustard egg tu... biasa kite jumpa dlm hidangan japanese or korean or chinese. Senang je buatnya, dadarkan saje telur 1/2 masak kemudian baringkan sawi yg dah dicelur dgn garam dan dicurah ngan sesame oil. Just love the taste off...

Kali ni rasa hidangannya lebih kpd korean kerana rasa garlic & sesame oil yg agak kuat tu. Suka sangat :)

Thursday, April 21, 2011

Yellow Rosses Cupcakes

Ini adalah salah satu drpd tempahan yang diterima. Bila dah banyak2, tak perasan & tak sempat nak kemaskini kat blog ni. Tempahan diterima drpd jiran yang buat kenduri kahwin anak dia. Kek ni, dia sedekah kat keluarga besan baru tu. Design yang simple sahaja. Tukang buat kek pun suka gak, senang keje... hehehe... x yah penat2 sangat nak tekan aising & halakan muncung nozzle tu. Bila buat bentuk design yang senang ni, beratus2 pun tak terasa sangat penatnya. Tapi ada kenangan lepas buat kek ni, Tukang buat kek jatuh sakit selama hampir seminggu disebabkan sakit gusi geraham bongsu nak tumbuh & juga demam, batuk, selsema... pakej macam2 ada... xpe2... rezeki tu...Alhamdulillah...


Sebahagian daripada ratusan kek yang dibuat. Sengaja buat dot dot dot pink tu... sebab bekas kek tu kan, dot dot dot putih pink...Kek didalamnya ialah jenis coklat lembab kesukaan kanak juga mak ayah kanak2 juga....Bila tengok ros ni, teringat pada janji2 seseorang. Kononnya masa hari konvokesyen nak datang.... Tapi, sampai masa x de pun... :(

Resipi Sate

Ada yang mengejanya sebagai SATE... ada juga SATAY... bagaimanapun rupa parasnya hampir sama walau siapa juga yang membuatnya. Cuma yang membezakannya ialah rasa setiap satu sate tersebut. Kali ini kita akan berkongsi resipi sate yang mudah & senang. Penyediaannya agak mudah, cuma proses pembakaran bagi yang amatur ni kan, harus meleleh air mata dulu barulah boleh mula membakar. Hahaha.... seperti juga kebanyakan jenis BBQ yang lain, sate juga enak jika dibakar menggunakan arang. Penyediaannya juga lebih enak jika dilakukan pemerapan selama semalaman. Jom tengok!!!

Bahan-bahan:-
  • 1kg daging lembu/ayam
  • 5 batang serai
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup (2 sudu besar serbuk kunyit)
  • 1 biji bawang besar
  • 1/3 cawan ketumbar biji
  • 1/3 cawan jintan manis
  • 3 sudu besar kicap manis
  • gula merah secukup rasa
  • garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya:-
  1. Sangai ketumbar & jintan manis (masak dalam kuali tanpa guna minyak).
  2. Hiris lengkuas, serai, kunyit & bawang besar. Kemudian kisar sekali dengan ketumbar & jintan manis yang telah disangai.
  3. Campur bahan2 lain ke dalam satu bekas besar.
  4. Daging seeloknya dipotong nipis dan memanjang.
  5. Perap Daging bersama bahan2 rempah yang telah dikisar tadi.
  6. Simpan didalam peti sejuk semalaman.
  7. Cucuk daging menggunakan lidi buluh sebanyak 3 hingga 4 keping.
  8. Bolehlah dibakar dengan menggunakan arang.

(Tips:- Sate lebih enak jika daging bercampur dengan lemak sedikit. Untuk daging ayam, lembu ataupun kambing... pasti enak... selamat mencuba)

Wednesday, April 20, 2011

Batik Highlight

Kali ni menjahit pulak sipi2 bunga sediada ni utk diserlahkan. Warna bajunya agak suram iaitu hitam & coklat, jadi perlu diserlahkan sedikit la kan. Bunga agak cantik dan senang je utk diikutnya. Takde ape2 nak cerita dah kot... share gambar je la :)


Berkaitan juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...